MuslimProgrammer
Legendary Member

- Messages
- 10,561
- Joined
- Apr 30, 2014
- Messages
- 10,561
- Reaction score
- 2,747
- Points
- 261
- Awards
- 1
50 terkaya Malaysia 2024, 3 je nama melayu.
Kat situ dah boleh tau.
Melayu ramai jutawan kepala bana
First sekali, ayat saya kat first post tu tertulis "AKAN" (bermaksud di MASA DEPAN)...akan kuasai ekonomi kembali... sekarang memang tak ramai dalam top list tu... tapi kita predict berdasarkan tengok trend businessman melayu yang berjaya sekarang makin bertambah ramai macam cendawan..
Yang kedua,
contoh dalam satu negara tu, ada 1 juta rakyat yang berbangsa asal negara tu.... dan kebanyakan rakyat dia semua berniaga besar2.... dan dalam rakyat dia tu, ada seorang bangsa berasal dari China (contohnya).......dan seorang China ni adalah orang paling kaya no SATU di negara tu, adakah menjadikan dia menguasai ekonomi?? jawapannya tak ... ... sebab bilangan bangsa China kat negara tu tak ramai.... dia sorang je...
sebab tu, bila nak kata isu kuasai ekonomi ni bukan pasal tengok top 10 atau top 50 tu sahaja...
bagi saya, saya berbangga sebab Melayu sekarang bukannya mentaliti "cukup-cukup makan" dah... tapi Melayu sekarang punya mentaliti adalah untuk capai target lebih besar... bagi saya, itu benda yang bagus.... diorang bayar cukai, negara kita juga yang makin maju... bila negara maju, kita juga yang dapat rasa nikmat tu.... so bagi saya, kita patut puji lah peningkatan jutawan-jutawan peniaga yang berbangsa Melayu dan juga Islam... insyaALLAH, suatu masa nanti, kita tidak lagi dipandang buruk oleh bangsa lain.... kita akan sama-sama respect each other... kerana masing-masing (India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban), semuanya saling memberi sumbangan pada negara...
Last edited: