serban hitam
Active Member
- Messages
- 1,147
- Joined
- Aug 14, 2009
- Messages
- 1,147
- Reaction score
- 147
- Points
- 33
Empat tentera didakwa rogol gadis bawah umur
SEREMBAN - Empat anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun pada 14 Disember lepas.
Nor Effendi Mohd Yusof, 22, Muhammad Khairi Mohd Rashid,22, Ismail Darus, 20 dan Mohammad Shahrul Md Noor, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Amran Jantan.
Kejadian didakwa berlaku dalam sebuah kereta di kawasan kebun pisang dekat Masjid Kampung Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson, antara 2.10 pagi dan 2.40 pagi.
Nor Effendi menghadapi dua pertuduhan iaitu rogol dan samun, Ismail dan Muhammad Khairi pula dikenakan satu pertuduhan rogol, dan Mohamad Shahrul dikenakan dua pertuduhan rogol.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, ASP So Phon dan mereka kesemua tidak diwakili peguam.
Keempat-empat tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin. Kes akan disebut semula pada 29 Jan tahun depan.-Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/1855.asp
Dua anak polis antara tiga ditahan terlibat samun
PULAU PINANG 28 Dis. - Dua anak anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar bandar ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan di Jalan Terengganu di sini pada pukul 5.20 pagi kelmarin.
Menurutnya, dalam operasi itu polis turut merampas dua buah motosikal yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan samun di kawasan sekitar Daerah Timur Laut.
"Semua mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah dan hasil pemeriksaan kita menemui parang yang dibalut dan disembunyikan pada salah sebuah motosikal.
"Kita percaya senjata tersebut digunakan untuk kegiatan samun di sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut di sini hari ini.
Turut hadir Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif penggunaan dadah.
"Semua mereka ditahan reman sehingga hari esok," katanya sambil menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu walaupun keluarga anggotanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm