berita yang selalu kita dengar

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Empat tentera didakwa rogol gadis bawah umur

SEREMBAN - Empat anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun pada 14 Disember lepas.

Nor Effendi Mohd Yusof, 22, Muhammad Khairi Mohd Rashid,22, Ismail Darus, 20 dan Mohammad Shahrul Md Noor, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Amran Jantan.

Kejadian didakwa berlaku dalam sebuah kereta di kawasan kebun pisang dekat Masjid Kampung Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson, antara 2.10 pagi dan 2.40 pagi.

Nor Effendi menghadapi dua pertuduhan iaitu rogol dan samun, Ismail dan Muhammad Khairi pula dikenakan satu pertuduhan rogol, dan Mohamad Shahrul dikenakan dua pertuduhan rogol.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, ASP So Phon dan mereka kesemua tidak diwakili peguam.

Keempat-empat tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin. Kes akan disebut semula pada 29 Jan tahun depan.-Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bterkini/1855.asp


Dua anak polis antara tiga ditahan terlibat samun

PULAU PINANG 28 Dis. - Dua anak anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan di Jalan Terengganu di sini pada pukul 5.20 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam operasi itu polis turut merampas dua buah motosikal yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan samun di kawasan sekitar Daerah Timur Laut.

"Semua mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah dan hasil pemeriksaan kita menemui parang yang dibalut dan disembunyikan pada salah sebuah motosikal.

"Kita percaya senjata tersebut digunakan untuk kegiatan samun di sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif penggunaan dadah.

"Semua mereka ditahan reman sehingga hari esok," katanya sambil menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu walaupun keluarga anggotanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
 
Sponsored Post

mojotudam

Active Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
1,160
Reaction score
0
Points
20
ye la. yang jahat semuanya tentera ngan polis. orang awam biasa ni baik2 belaka
 

bojed

Active Member
Joined
Oct 31, 2007
Messages
1,930
Reaction score
25
Points
30
Ini yang stok takde iman.

Yang baik2, ada je kat luar sana.

Aku ingat lagi masa kecik2 dulu kat kampung, sepit basikal aku patah. Ada satu lori askar ni berhenti dan tumpangkan aku sampai rumah. Siap bagi aku nasi bungkus dia lagi. Respect beb!
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
emm.byk lagi berita yg slalu kite dengar

cth nye

kemalangan bas ekspress

dah mcm musim plak..tiap2 tahun msti kemalangan #:-S
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,098
Reaction score
268
Points
91
tak lah selalu sangat didengar pun...
lebih kerap dengar...
polis tembak mati perompak,
polis tangkap perompak....
jgn kerana seko kerbau habih kita nak palitkan
lumpur kat semua...
apa2pun syabas polis & tentera yg baik,
yg jahat sekor dua... mcm gak org awam, g jahanam lah...
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
kerane nila beberape titik rosak susu sebelange:p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register