BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhati-hati dengan Telemarketer.

banyak sangat dah kes camni.. jangan dilayan... senang...
 
terima kasih la pada semua. korg memang terbaik. aku dah nampak apa yg patut aku buat dan tak sepatutnya aku buat pada masa hadapan. dengan kes aku ni diharap pada yg taktau tu jadi tahu, yg tahu pula makin berhati2. selalunya mmg aku tak layan sepertimana forumers lain buat. tapi pasti ada harinya kita leka juga.

takda faedahnya pun nak ckp elok2 dgn telemarketer mcm ni, dorg bukan tak tahu dorg bersumberkn benda haram. sedikit kebaikan pun dapat digunakan utk menggerakkan agenda mereka. sekarang dah jd 1 hal nak berurusan memacam semata2 kerana perbualan yg hanya berapa minit. bukan jumlah duit yg aku kisahkan. tp sikap suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kebaikan org lain tu sangat tak patut.

apa pun aku akan buat seperti apa yg disarankan. haraplah dipermudahkan.
 
untuk pengetahuan, bukan aku yg kene, tp bini aku yg kne.. dlm akaun simpanan dia yg dia tak pernah keluarkn duit dan check.. bini aku lak tak pernah cerita apa2 pasal ni kat aku sebab dia ingt perbualan tu sampai situ ja..
tetiba datang call ckp kredit tak cukup untuk potong.. setahun bro kene potongan.. bini aku ni mcm ko la, konon kita ni ada bahasa, tolak cara baik dan tak sangka pulak apa yg dia bualkan tu untuk legalkan perbuatan dia untuk buat potongan..
dan apa yg aku tau, benda yg dia buat tu dan rakaman perbualan tu adalah cukup untuk sah potongan wang dari akaun dari segi undang2.. kalo salah takkan syarikat bole idup kan..
lepas aku tau, 2 bulan bbro macam2 aku buat dan tehegeh2 call compeni tu untuk stop.. tp harammm... serius aku pun buntu bro.. duit cukup bulan dok tolak lg, pilihan aku waktu tu clearkn semua duit dari akaun bini aku..
last aku nk buat repot polis, tp tetiba cam tergerak nk minta pendapat dari bank negara.. mmg terbaik la bank negara, setlekn problem aku.. 1 minggu ja setle..
dah bertekak gk nk refund, tp byk gk songel dan bank negara ckp cam benda ni legal, susah nk refund.. takpe lah.. bg aku duit tu tak kemana kalo diorg tipu, redha dan mintak rezeki aku tu dikembalikan dengan bentuk lain.. waktu tu bini aku siap sarat nk beranak lg bro, nk guna duit.. tu la antara simpanan yg ada.. tiap2 bln potongan lebih dari yg hg kne potong, besar gk la, tak ingt berapa..
kalo apa yg aku tulis ni dapat bantu org, aku syukur sgt.. sbb time aku dulu aku takde arah, taktau ngan sapa nk minta tolong..
sekarang ni kalo telemarketer call mmg aku kurang hajar, kalo ckp elok2 depa ni nk menipu ambil kesempatan ja

setahun tu. memang payahlah. kita tahu tapi keluarga, saudara mara dan kawan2 tak tahu. jadi sebarkan. biar sampai melingkup kerja camni. tah berapa banyaklah agaknya kes mcm isteri kau ni ye.
 
den beli topap ritu pun rasanya ilang RM 5.07 sen
 
okay update sikit.

semalam polisi tu sampai rumah. aku bca setiap isi kandungannya. dan tarikh pembatalan dan utk mendapat refund adalah dalam masa 2 mggu. dia akan start kira dari tarikh dia buat pemotongan duit di akaun kita.

hari ni selepas lunch aku pun terus pergi je kat hq uniasia di jln tun tan siew sin. dan terus pergi dekat customer service ckp nk buat pembatalan dan nk refund. nasib baik tak byk sgt proses nya. cuma tu la dorg akan proses duit tu dlm masa 2,3 mggu lg. cek akan dihantar ke alamat. pekerja dia ada tanya aku kenapa nk batal, aku ckp tak minat je. walaupn sebenarnya aku minat tp akibat rasa tertipu aku nk batalkan. dah tentunya bg dorg apa yg dorg buat tu sah kan? malas pnjang cerita. lagipun yg menjual tu hanya agen. bukan staf dlm building tu. kalau dia kerja situ nak aje aku jumpa pastu bambu. aku bkn jenis marahkan nyamuk kelambu dibakar. so pekerja uniasia tu bertuah dpt ex customer cm aku ni. hehe

terima kasih pada warga CG sekalian.

sekian.
 
Kawan2 CG, jgn expose CVV number yg 3digit blkg kad tu. Bnd tu umpama kebenaran utk pemotongan
 
Back
Top
Log in Register