BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
compare balik dengan hadis yang diceritakan oleh Periwayat Terakhir... #1169, #1170 dan #1173

Al-Quran cakap apa?

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku
tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia

(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat di langit dan di bumi
ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

[surah al-'Araaf : 187]

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”

Apa hubungannya tugasmu
dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

Tugasmu hanyalah memberi amaran
kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.


[An-Nazi’at:42-45]

Dan kalaulah (Nabi Muhammad)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)

[al-Haqqa:44]


Hadis cakap apa?

Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya
sepuluh macam tanda-tandanya

Dalam erti kata lain:

Terjadi Hari Kiamat bila berlaku sepuluh tanda kiamat


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.

Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:

Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya:

1. Asap

2. Dajjal

3. binatang

4. terbit matahari dari tempat tenggelamnya

5. turunnya Isa bin Maryam a.s

6. Ya’juj dan Ma’juj

7. tiga kali gempa bumi

8. sekali di timur

9. sekali di barat

10. dan yang ketiga di Semenanjung Arab - yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka


Hadis Riwayat Muslim


If you see mecca with holes in it’s mountains
and when it’s buildings reach (or surpass) it’s mountain tops (the clock tower, and buildings in mecca now built)

then the hour has cast it’s shadow
(meaning it’s shadow has reached us)

the difference being between
looking at an object from a distance and watching it approach us
and looking at an object whose shadow touches us
(Ibn Masud)

Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata:
Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku
dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan
dia memerintah selama tujuh tahun

(Riwayat Abu Naim)

Hadis dari Zarr: Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda:

Jika umur dunia tinggal sehari sahaja
nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku
yang namanya menyerupai namaku
dan nama bapanya menyerupai nama bapaku
ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”.

(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

lawak... :))
 
Last edited:
Periwayat Terakhir... #1169, #1170 dan #1173

Zaman Rasulullah saw
(Al-Quran dihafal, disahkan oleh Rasulullah saw, dan ditulis)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat 1 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-2 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-3 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-4 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-5 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-6 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-7 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Dakwaan Cerita mulut Periwayat Ke-8 (hidup)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Bukhari & Imam Hadis
(250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw)
arrow_down.png

CERITA BERTULIS Bukhari & Imam Hadis

>> SEBAGAI PERIWAYAT SEBENAR & TERAKHIR <<

IAITU
CERITA MEREKA


BUKAN CERITA RASULULLAH SAW & SAHABAT

arrow_down.png

Kitab Riwayat
arrow_down.png

Anda
(bagaimana ANDA mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
(perintah Allah di dalam al-Quran?)​





Siapa suruh nko "beriman" dengan "Periwayat Terakhir"... orang Parsi (Iran)?

bangsa yang suka bertaqqiyah?

orang-orang dari kawasan Iran dan negeri Syiah nie? :))

imam.JPG

Selepas Empayar Abbasid jatuh siapa naik?
Empayar Buyid (Shia Iran) kan?
Empayar Syiah kan? :))

adoih!! sampai dia orang cakap Allah ada biji mata
dan compare pula dgn biji mata Dajjal pun nkorang angguk-angguk lagi... lawak, hehe :eek: rujuk sini

p/s: jangan mamat buta ni (buta sejak lahir) ni yang sebenarnya Dajjal cukup lahhhh.. abis satu dunia kena kencing... hehe
 
Last edited:
ni lagi.. tanda-tanda kiamat oleh JAIS, mana ler dia orang dapat cerita nie... :eek:

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kecil Kiamat amatlah banyak dan kesemuanya telah berlaku diantaranya ialah:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ( Riwayat Bukhari )

2. Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." ( Riwayat Muslim )

3. Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Riwayat Ibnu Majah )

4. Menghias dan berbangga dengan masjid

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai).

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim ).

6. Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Riwayat Ahmad)

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
(Riwayat Thabrani )

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." ( Riwayat Ahmad )

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang".

10. Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
( Riwayat Thabrani )

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" ( Riwayat Muslim )

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." ( Riwayat Ahmad )

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" ( Riwayat Muslim)

14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." ( Riwayat Abu Daud dan Nasai)

15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." ( Riwayat Tarmizi)



Tanda-tanda besar Kiamat

Dari An-Nawwas bin Sam'an r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajjal serta menyatakan:... " Sebenarnya Dajjal itu seorang muda yang rambutnya keriting, biji matanya timbul (buta sebelah)...sebenarnya ia akan keluar di satu jalan di antara Syam dengan Iraq serta ia akan melakukan kerosakan diserata tempat yang ia sampai kepadanya ( dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan, mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya, susah meleset, dandengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan hazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur, juga menjadikan orang yang muda kuat dan gagah terpenggal badannya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya, kemudian kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya, demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukan ke dalam syurganya yang merasai oleh orang itu sebagai nerakanya, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga dan lain-lain lagi".

Nabi Saw bersabda lagi: " Wahai sekalian hamba Allah!Setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, janganlah terpengaruh dengan dakwaannya." Kami bertanya :"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharaja lela di muka bumi". Baginda s.a.w menjawab: "empat puluh hari, hari yang pertama panjangnya seperti sertahun, dan hari yang kedua panjangnya seperti sebulan, dan hari yang ketiga seperti seminggu manakala hari-hari lain, seperti hari-hari kamu yang biasa." kami bertanya lagi:"Ya Rasulullah!jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan sembahyang untuk sehari?. Baginda s.a.w menjawab: "Tidak" tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"... baginda nabi s.aw menerangkanlagi:" Semasa dajjal itu bermaharaja lela Allah menghantar turun nabi Isa al-maseh anak Maryam lalu ia turun berhampiran dengan Menara Putih yang letaknya di timur bandar Damsyik... maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: Ludd, lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana dajjal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu nabi Isa hapuskan kesan keduakaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: bahawa dajjal telaj pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjar-darjat keduidukan mereka dalam syurga. Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada nabi Isa denga firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan dari hamba-hambaku ( Yakjuj dan Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka, oleh itu maka bawalah hamba-hambaku yang bersamamu berlindung di Bkt Tursina, dan Allah keluarkan Yakjuj dan makjuj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seorang kamu sekarang. Lalu nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka. Lalu Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher yakjuj dan makjuj lalu mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tiada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai yakjuj dan makjuj itu. Maka nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah hantarkan kumpulan burung-burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ketempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci mukabumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.Keemudian Tuhan berfirman kepada bumi: " Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahanmu dan kembalikan segala nikmatmu. Maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleg berteduh dengan kulitnya, dan pada masa itu juga diberkatkan tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan mencukupi untuk diminum satu kaum yang besar jumlahnya. Dan susu seekor lembu perahanmencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum. Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik. Lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik mukmin dan muslimdan tinggallah sahaja orang-orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiridan berhubungan jenis seperti haiwan , maka zaman mereka inilah berlakunya kiamat". Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya dari arah negeri syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorangputerdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w bersabda lagi:"maka tingglah sahaja orang-orang yang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satyu sama lain seperti binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya:" Tidak malaukah kamu meninggalkan diri mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang mematikan segala yang bernyawa..." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
( Riwayat Muslim)

Berdasarkan kepada hadis di atas, maka tanda besar kiamat adalah sebagaimana berikut:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

AL-MAHDI

Walaupun al-Mahdi tidak terdapat dalam sepuluh tanda besar berlakunya hari Kiamat namun terdapat banyak hadi-hadis yang sahih menceritakan perihal al-Mahdi.

Al-mahdi adalah seorang lelaki dari kalangan ahli bait nabi yang akan lahir pada akhir zaman iaitu dari keturunan Hasan putera Saidina Ali, cucu Rasullullah s.a.w yang menyamai dengan nama nabi dan nama bapanya iaitu Muhammad bin Abdullah. Banyak terdapat hadis yang sahih menyebutkan tentang mahdi diantaranya ialah:

1. Dari Tsauban r.a bahawa nabi telah bersabda: "Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur lantas mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. " Kemudian baginda s.a.w menyebutkan sesuatu yang akau tidak hafal lalu bersabda; "Maka jika kamu melihatnya berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salji kerana ia adalah khalifah Allah al-Mahdi"

2. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: "Pada masa akhir umatku akan muncul al-mahdi. Pada waktu itu Allah menurunkan banyak hujan, bumi menum,buhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan banyak harta (penghasilan), banyak binatang ternakan, umat menjadi mulia dan dia hidup selama tujuh atau lapan tahun"( Mustadrak al-hakim)

3. Dari Ali r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Al-Mahdi itu dari golongan ahli bait. Allah membaiki dalam satu malam"( Musnad Ahmad)

4. Dari Abu Said al-Khudri r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penganinayaan. Ia berkuasa selama tujuh tahun"(Sunan Abu Daud)

5. Dari jabir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka,Al-mahdi berkata: "Marilah solat bersama kami", Isa menjawab, Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka menjadi amir(pemimpin) bagi sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allahkepada umat ini"( Riwayat al-Haris bin Abu Usamah)

6. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dunia akan lenyap sehingga negeri Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli baitku yang namanya sama dengan namaku" (Musnad Ahmad) dalamriwayat lain: "Menyamai namanya dengan namaku dan nama bapaku"( Sunan Abu Daud)

Wallahua'lam.



Disediakan oleh:

Ustaz Khairuddin Bin Haiyon
Penolong Pengarah Unit Penerangan & Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS


(personal note: tanda-tanda umat Jahilliyah dan dalam kawalan manusia dan iblis untuk realisasikan, dan dizinkan/dirancang oleh Allah untuk menyesatkan manusia serta bagi memisahkan orang beriman dan tidak beriman.. biasa ler tu, apa yang pelik sangat dengan tanda-tanda nie.. takda apa2 yang special pun) rujuk sini dan sini

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh Syurga

(At Taubah: 111)

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman
dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu)
sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman)

Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya
Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya
dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

[Al-i-’Imran:179]

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka
atau anak-anak mereka
atau saudara-saudara mereka
ataupun keluarga mereka


Mereka itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka
dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya

dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka tetap kekal di dalamnya
Allah reda akan mereka dan mereka reda akan nikmat pemberianNya

Merekalah penyokong-penyokong Allah
Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

[Al-Mujadilah22]
 
Last edited:
X pyh la susah payah buat thread mcm ni. blh mengelirukan pembaca. Kalau rasa nak query byk sgt hadis2 nabi, pendpat2 ulamak, baik gi jumpa ustaz2 @ ulama'2. Setiap apa yg kita tulis, kalau ada yg terpesong dr islam sbb tulisan kita, maka kita pun akan dpt saham neraka sama. Bygkanlah, kalau 1000 yg baca, 10% yg terpesong, brp byk dh saham neraka kita dpt.
adoyai...
 
X pyh la susah payah buat thread mcm ni. blh mengelirukan pembaca. Kalau rasa nak query byk sgt hadis2 nabi, pendpat2 ulamak, baik gi jumpa ustaz2 @ ulama'2. Setiap apa yg kita tulis, kalau ada yg terpesong dr islam sbb tulisan kita, maka kita pun akan dpt saham neraka sama. Bygkanlah, kalau 1000 yg baca, 10% yg terpesong, brp byk dh saham neraka kita dpt.
adoyai...

bagus ler tu... ada 100 orang yang berserah bulat2 kepada ayat2 Allah.... mana boleh jadi apa2...
mereka telah "berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh"

berbanding mereka yang berserah bulat2 kepada ayat-ayat manusia .. puja, tunduk dan patuh (sembah)... rujuk sini
manusia yg nko puja dan patuh tu boleh buat seekor "lalat" ? (rujuk sini) :))

Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)
[Az-Zumar:12]

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada (ayat-ayat) Allah
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh
dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan

[Luqman:22]

bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya (bulat-bulat) kepada Allah
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya

maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[Al-Baqarah:112]

Katakanlah:
“Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain dari Allah
setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas nyata dari Tuhanku
dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam

[Ghaffir:66]

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada (perintah, ayat-ayat) Tuhan mereka

[Al-Nahl:99]
 
Last edited:
rujuk sini dan sini

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair
amatlah sedikit kamu beriman
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam

[Al-Haqqa:41-43]
 
Last edited:
Berani kt carigold je ni..ajak jumpa guru/ustaz/ulama'...senyap, dolak dalik...Golongan anti hadis memang mcm ni. what ever lah..

Tp nak tau jgk mcmn kamu solat? cara kamu solat diambik dr mana?

Aku tau kamu x blh jwb punya...hehehe...xpelah. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah...
 
Berani kt carigold je ni..ajak jumpa guru/ustaz/ulama'...senyap, dolak dalik...Golongan anti hadis memang mcm ni. what ever lah..

Tp nak tau jgk mcmn kamu solat? cara kamu solat diambik dr mana?

Aku tau kamu x blh jwb punya...hehehe...xpelah. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah...

rujuk sini dan sini

apa definisi solat ikut al-Quran? :-?
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register