Sesungguhnya Rabb kalian tidaklah buta sebelah
Sedangkan Dajjal buta mata sebelah kanannya
Matanya seperti buah anggur yang menjorok Hadis Sahih Bukhari: 4051
tapi macam mana nak tahu benar atau tidak jika berdasarkan hadis semata-mata?
bukankah hadis sepatutnya menerangkan al-Quran, bukan nyer utk create cerita baru.. :-?
test balik, kisah Dajjal takda dalam al-Quran
kisah Nabi Isa as akan kembali pun takda dalam al-Quran..
al-Quran jelas2 cakap Nabi Isa telah diwafatkan... #2205, blog
dan tambahan pula apabila ada hadis sahih mengatakan:
Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya
lagi ler menimbulkan keraguan..
sebab hadis itu bercanggah menzahirkan Allah sekurang2nya mempunyai "sebelah mata"
(bukan mengatakan Maha Melihat, tetapi "MATA", iaitu anggota tubuh yg digunakan untuk melihat)
dan boleh pula kemudiannya membandingkan Allah dengan Dajjal
aper ni?
agenda Yahudi/Kristian ker aper ni?
nak samakan dgn konsep Messiah?
hero akhir zaman daripada Kitab Bible?
satu hadis menaikkan Nabi Musa as (Torah, hadis perintah solat)
satu lagi menaikkan Nabi Isa as (Messiah, hero akhir zaman)
jadi tak masuk akal utk Rasulullah SAW buat cerita macam ni...
dan tak masuk akal Allah nak membandingkan diriNya dengan Dajjal, samada melalui wahyu atau tidak
so.. macam mana nak tahu hadis ini bukan "kata-kata rekaan"?
bukankah jalan terbaik ialah mengimbangi kembali dengan fakta al-Quran?
Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar
biarlah dia mengingkarinya...” [...] (al-Kahfi:29)
pertama, mutasyaabihat.. Allah tak suruh ikut, tinggalkan...
tambahan ler pula siap nak labelkan "SAHIH" dan buat kitab mengenainya
lagi tak munasabah...
dan Allah cakap orang macam ni orang sesat... (refer pada ali-Imran:7)
Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya
Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya
keduanya.. bila hadis tu cakap mata Dajjal
itu bukan kiasan, itu maksud literal ler tu...
hampir semua makhluk Allah ada "MATA"
Dajjal memang ada mata, sebab itu dia "BUTA".. kalau takda mata, buat apa nak cakap dia "BUTA"???
so.. mata Dajjal adalah dimaksudkan secara "literal"
1. Dajjal ada mata
2. Mata Dajjal buta sebelah
dengan maksud mata Dajjal yang difahamkan secara "literal" ini...
hadis kemudiannya membandingkan pula fahaman ini dengan "MATA" Allah..
aper ni?
macam mana nko nak banding satu yang "literal" dengan yang satu yang "kiasan"?
kalau yang first tu "literal"..
yang keduanya mestilah juga difahamkan secara "literal" kerana kedua2nya diperbuat perbandingan pada hadis ini...
so mengikut hadis... Rasulullah SAW cakap Allah ada mata, sepertimana Dajjal juga ada mata
dan bezanya sekadar
Dajjal buta sebelah, Allah pula tidak buta sebelah
aper nie?
dia ni orang Islam ker tak, atau dia faham ker apa yang dia tulis sblm label "SAHIH"?
ni persoalan akidah ni, bukan main2.. :-?
jadi cuba nko explain sikit kat aku
aku dah jelas dengan khusus, takkan jawapan general juga nko bagi... nko percaya ker cerita bukhari bahawa Rasulullah SAW mengatakan Allah ada mata yang boleh dibandingkan dgn mata Dajjal?
nko nak timbulkan isu lain pula, nie aku rujuk expert nkorang...
dia orang anggap Allah ada "mata" kan..
semua mereka di bawah tafsir sebagai"dua mata" dalam surah 52:48?
And be patient, [O Muhammad], for the decision of your Lord, for indeed, you are in Our eyes. And exalt [ Allah ] with praise of your Lord when you arise. Sahih International
So wait patiently (O Muhammad SAW) for the Decision of your Lord, for verily, you are under Our Eyes , and glorify the Praises of your Lord when you get up from sleep. Muhsin Khan
Now await in patience the command of thy Lord: for verily thou art in Our Eyes: and celebrate the praises of thy Lord the while thou standest forth Yusuf Ali
And (endure) patiently under the Judgment of your Lord, (for) then surely you are under Our Eyes, and extol with the praise (s) of your Lord when you rise up. Dr. Ghali
so.. nko rasa kenapa mereka tafsirkan sebagai "OUR EYES"???
aku rasa dia orang ni jauh lagi handal daripada nko..
dan samalah macam hadis kat sini, Bukhari buat cerita Allah itu ada mata...
nko percaya ni?????
dan kalau nko percaya Allah ada mata... (walaupun mata Allah itu bukan seperti mata manusia atau tidak dapat digambarkan)
lantak nkolah... maka taklah jadi isu..
"our eyes" tu nko percaya satu mata ker? dua mata ker? beribu2 mata ker?
peduli apa aku, dah memang pegangan agama nkorang macam tu, Allah ada mata
aku nak buat camner.. hehe )
(pada aku lemah ler kalau Allah perlukan anggota, macam makhluk yang memerlukan anggota, mata, tangan, kaki, mulut... etc.)
SEBALIKNYA... isu yang aku bangkitkan ialah bukan pasal Allah ada mata ker, kaki ker, tangan ker...
tetapi pasal apa cerita tu buat perbandingan "MATA DAJJAL DAN ALLAH"
nko baca tajuk thread, nko mampu tak faham apa itu isu?????
tetapi isu dia "perbandingan" Allah dengan tubuh makhluk secara langsung..
(sebab tu tajuk thread "Kenapa perbandingan "MATA DAJJAL & ALLAH?")
yang mana terkandung di dalam hadis ni...
dan mana "SUBJEK" yang dijadikan sebagai perbandingan pada ayat nko bagi
bersamaan dengan kaedah perbandingan dan context isu ni? #11
Sesungguhnya Rabb kalian tidaklah buta sebelah(maksud kiasan? literal?)
Sedangkan Dajjalbuta mata sebelah kanannya (maksud literal, disokong hadis lain merujuk kpd anggota mata)
dan "mata" itu bukan dalam kategori "sifat" bro..
tetapi dalam kategori "anggota" (eye = the organ of sight)
yeler, aku tahu nko akan kata tak sama dengan apa2 pun..
semua pun akan kata macam tu..
tetapi mata itu adalah "anggota" (organ)
kalau nko kata melihat, mendengar, bersuara, mengasihi, penyayang..
itu baru boleh dikira dalam kategori "sifat" (attribute, trait, character)..
jadi...
mata = anggota, organ
buta = sifat
tangan = anggota, organ
menyentuh = sifat
kaki = anggota, organ
berjalan = sifat
nak korna pun biarlah tak kantol, banyak kali sangat dah nie.. hehe )
p/s: hadis membandingkan "sifat", dan juga "organ" Dajjal & Allah
camner tu bro.. mazhab nkorang ni dah ikut pengaruh daripada akidah Muktzilah, Yusuf Qadrawi yang cakap.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah = Pengaruh Akidah Muktzilah = Allah ada "Mata"
sebab tu dia orang tafsir Allah ada "mata", gaya pemahaman geng muktazilah.. rujuk post #181... )
lemah ler kalau Allah perlukan anggota tubuh, macam manusia pula, memerlukan mata untuk melihat..
kalau takda mata, takleh lihat ler? tuhan jadi buta?
macam hadis kat thread ni pula..
timbulkan isu "BUTA" dan banding pula "MATA" Dajjal dgn Allah, lagi hancussss... hehe
p/s: Ash'ari.. orang Parsi lagieee... zaman Imam Hadis pula tu.. hehe )
tonton kesimpulan permainan Ash'ari pada minit 15:35
sebab tu tafsiran cakap, Allah ada "MATA".. aper nie? post #233
agama geng2 PARSI yang hidup sezaman dengan Imam Hadis, zaman 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW... )
apsal pula?
ni kan hadis yang sama mempunyai pengaruh Muktazilah
dua2 pun hidup zaman yang sama.. 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW
dan bangsa pun sama, geng2 Parsi... hehe
dan ni kan ulama nkorang dah cakap...
apsal.. nko reject Yusof Qadrawi ker?
suruh cari ulama lain pula?
nko siapa nak reject Yusuf Qadrawi? (cth soalan yang aku selalu kena) )
p/s: geng2 PARSI ni bahasa arab Quraish Dialect sebenarnya failed, banyak bukti.. orang Uzbekistan mana ada cakap arab, tambah ler pula Quraish Dialect... dia orang guna Turkic language, Parsi dan pengaruh Zoros.
rujuk post #1447 - tafsiran Quran dan Quraish Dialect
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya (Quraish Dialect).. [Ibrahim:4]
('Abdah bin Sulaiman) berkata; "atau asysyaitan (definitive) aku tidak tahu mana yang dikatakan oleh Hisyam.[/COLOR] Sahih Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan Makhluk, 3032
dah beribu tahun pun.. dengan pergerakan yang macam2 nama...
orang jahat pun dari geng yang sama.. hehe
dan freemason tu kira nama baru juga
iaitu selepas puak2 ni melarikan diri ke scotland pada tahun 1300+...
dan sebelum tu knights of templer..
sebelum tu pun ada lagi.. ada lagi.. ada lagi.. ada lagi..
yang pastinya, semua ni agenda dan perancangan yang telah pun wujud beribu2 tahun dahulu..
dan diserapkan ke dalam agama Islam setelah kewafatan Rasulullah SAW dan keturunannya...
yang mana banyak telah dibunuh... (kalau keturunan Rasulullah SAW dibunuh, bagaimana pula yang membawa kebenaran Islam, selamat juga ker? tak takut kena bunuh? boleh pula jadi ulama terkenal? buat apa pula keturunan Rasulullah SAW melarikan diri kalau selamat?)
dan nasib baik ada yang terselamat, dari Sayyidina Husein
keturunan Siti Fatimah dan Sayyidina Ali
banyak yang lari ke nusantara
tapi dia orang ni tak pakai nama syeikh, syed or nama arab berketurunan Rasulullah
mereka menukarkan nama mereka kepada nama penduduk tempatan agar tidak dikesan...
jadi, perdayaan ni bukanlah sesuatu yang baru atau akan wujud... perdayaan ini telah pun wujud dan berakar umbi sejak beribu tahun dahulu..
keseluruhan cerita yang kita tahu hari ini adalah palsu.. cerita Dajjal, cerita Nabi Isa as akan kembali.. siapa sahabat Rasulullah SAW.. ETC.
sapa yang tak rujuk kembali dan berpegang teguh dgn kebenaran al-Quran, selamatttttt
p/s: bagaimana Bukhari melabelkan (mendefisikan) siapa itu sahabat Rasulullah SAW...
Dajjal tiada dalam Quran
Nabi Isa as akan kembali tiada dalam Quran..dua2 pochik!
semuanya hanyalah melalui cerita hadis
pada zaman pembunuhan keturunan Rasulullah SAW dan orang2 yang bawa kebenaran...
siapa bawa kebenaran, dia akan mati.. jangan mimpi boleh jadi hero pada masa itu
(kecuali imam-imam hadis parsi dan mereka2 yang sewaktu dengannya.. sebab tu takda imam hadis orang arab dari mekkah atau madinah)
dan juga pada zaman melebihi 4 juta hadis palsu timbul secara mendadak...
dan juga pada zaman pemerintahan boneka-boneka kerajaan parsi yang teguh nak membalas dendam ke atas Islam
maluler, sebuah kuasa besar boleh berkali2 jatuh ke tangan puak yang dianggap orang2 purba (orang Islam)..
oleh itu, kemungkinannya..
tiada Dajjal, yang ada hanyalah permainan Iblis
tapi of courselah, takkan nak guna nama Iblis
kantol ler.. so, create character baru... "Dajjal" (Anti Christ)
dan incorporate dalam semua agama-agama besar... semenjak ribuan tahun dahulu
control orang-orang berkuasa... dan pemimpin2 agama, media, universiti etc...
(bukti perancangan semenjak beribu2 tahun dahulu.. oleh makhluk yang hidup beribu2 tahun.. Iblis)
dan untuk memerangkap, create pula watak Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman... watak hero, "Messiah"
rupa2 nyer.. Nabi Isa palsu, yang mana watak dilakonkan oleh Iblis dan konco2nya..
(sebab tu geng kafir pun promote hero akhir zaman, "Messiah", Lord of the Rings)
tapi.. tapi.. tanda-tanda akhir zaman?
itu mudah jer, sapa2 pun boleh buat...
tanda-tanda akhir zaman yang datang daripada tindak-tanduk manusia sendiri
apa yang susah sangat? pemimpin pun Iblis control.. semua dirancang rapi dan dalam kawalan..
termasuklah kerajaan, institusi, point of energy dan pencemaran makanan, serta global vibration manipulation.. negative dan fear vibration!
tanda-tanda daripada Allah bukan bercorak yang sedemikian, tetapi daripada sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh makhluk...
so.. follow Dajjjal (Anti Christ) pun hancur...
follow Nabi Isa palsu (Messiah) pun hancur..
dua2 jalan adalah perangkap... perangkap Iblis agar semua umat mati dalam kekufuran
nak buat camner.. dah memang janji Iblis di dalam al-Quran.. dan ini jer satu2 jalan utk perangkap orang Islam
mesti create plan yang nampak ianya jalan yg berada pada jalan Allah dan ada mukjizat
baru orang Islam boleh terpedaya, ikut dan patuh...
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik” Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. [Al-Hijr:39-41]
ambik nko, eksyen sangat tak nak ikut al-Quran
oleh itu, berpegang teguh kepada al-Quran
inilah satu2nya kitab yang Allah akan soal diakhirat..
Allah taka akan tanya kitab2 lain..
apsal? nko ingat aku berdakwah ker? hehe..
kalau aku nak berdakwah, buat apa aku rembat nkorang punya akidah? hehe )
dan apsal? nko ingat aku frust ker kalau takda orang ikut
nko ingat aku frust ker berada dalam puak "amat" minoriti
nampak sangat nko tak pernah baca al-Quran..
anti al-Quran, hehe.. )
nko silap ler bro... takda nyer aku frust berada dalam puak amat minoriti
lagi bagi keyakinan aku hampir kepada kebenaran yang sebenar adalah...
especially selepas melihat bagaimana puak majoriti sebenarnya tidak langsung beriman pun dgn al-Quran
melainkan beriman dengan ajaran-ajaran nenek moyang mereka...
mulut jer cakap beriman, hati orang atheist...
Islam + Secularism... mazhab atheist ni... hehe
dan ni ayat al-Quran membukti betapa bertuah nyer menjadi puak "amatlah sedikit"
kerana mengikut al-Quran, "amatlah sedikit" yang beriman kepada al-Quran...
kerana mengikut al-Quran, "amatlah sedikit" yang bersyukur..
maka, "amatlah sedikit" yang lepas pada Hari Akhirat..
so nko ingat aku sedey ker dengar berita macam ni??? kirim salammmmmmm..
sebab tu sikit pun aku goyang untuk berbahas ngan nkorang ni, lagi kelakar adalah... hehehe )
dan nko teruskanlah angan2 nkorang
sikit pun aku tak sedih, betull.....
tengok perangai nkorang, dah terbukti al-Quran itu benar..
melonjak2 iman aku, makin teguh gila pula keyakinan aku dgn al-Quran
dan memang layak pun orang-orang macam ni tak dapat hidayah
orang-orang yang sombong dan kufur ingkar dengan ayat-ayat Allah.. hehehe... )
amatlah sedikit bersyukur = amatlah sedikit orang beriman
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [Ar-Rum:30]
Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit! [Sad:24]
Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah amatlah sedikit kamu mengambil peringatan [Al-A’raf:3]
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati amatlah sedikit kamu bersyukur [As-Sajdah:9]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. [Ar-R’ad:1]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir
dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur. [Al-Furqan:50]
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan
dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. [Al-Israa’:89]
Oleh itu, janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran
kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu
tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya. [Hud:17]
Katakanlah; “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat
ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka
(dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):
“Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya
maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik
sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman):
“Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing)
nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya
(sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat)
tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan SEMUA jin dan manusia
maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini
Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi
dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)
dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka
dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
[as-Sajdah: 11-15]
so? aper backup nko nak beriman dengan kitab selain kitab Allah?
alasan daripada al-Quran
alasan daripada hadis
alasan daripada fakta kehidupan
alasan daripada guru aku..
alasan daripada hujahan nkorang sendiri
rujuk post #1, #2, #3 dan #4
nko ada alasan aper? pochikk....
tukang fitnah, gelak, caci, dan kafirkan orang.. itu jer kerja nkorang..hehe
dan nko ikut nenek moyang nkorang cakap jer...
padahal nenek moyang nkorang yang benar2 mengetahui realiti
dia orang pun sebenarnya reject, 100%... tapi buat2 tak tahu dan senyap2
fokus kepada jaga perpaduan...
dan paling utama, sebab semua sedar itu ketetapan Allah, dalam al-Quran pula tu...
jadi, takda sapa2 halang..
nasib nkoranglah, terkena getah..
teruskan, aku takda hal tengok nkorang ramai2 sesat, semua pun takpa
sebab itu adalah bukti al-Quran itu benar... iman aku pun makin kukuh
berita gembira kepada yang beriman dgn al-Quran.. hehehe )
itulah kesilapan nko..
nko ingat hidayah Allah pada "label", "branding" dan "certificate"
padahal Allah jadikan semua ini bagi memastikan "jalan yang benar" dan "jalan yang salah" akan sentiasa ada sehingga Kiamat
untuk memastikan setiap orang hendaklah sentiasa berusaha sendiri mencari kebenaran...
jadi semuanya kena bermula dengan "sesat"... agama Islam atau tidak..
dan kemudian berusaha sendiri cari kebenaran
itulah namanya "keadilan"....
kepada orang Islam, dan juga orang kafir...
takda nyer tiket FREE ke syurga.. hehe )
tapi nkorang otak keldai... hehehe
asal lahir dalam Islam, pula2 keluarga ulama ker.. atau nama Syeikh
terus kira confirm dan prasan boleh masuk syurga...
pelik2 la pubin..baik ko tnya pada ustaz2 yang mane ustaz tu dalam kepala dia ada 30 juzuk al-quran dan hadis2..kalo ko tnye forumer cg amat jarang disini yg al-hafiz dan tau terjemahan serta hadis2 sahih ni..persoalan mcm ni nnti ada mengelirukan sesetengah pihak...lewat tido pubin..solat sunat ke?
pelik2 la pubin..baik ko tnya pada ustaz2 yang mane ustaz tu dalam kepala dia ada 30 juzuk al-quran dan hadis2..kalo ko tnye forumer cg amat jarang disini yg al-hafiz dan tau terjemahan serta hadis2 sahih ni..persoalan mcm ni nnti ada mengelirukan sesetengah pihak...lewat tido pubin..solat sunat ke?
pelik2 la pubin..baik ko tnya pada ustaz2 yang mane ustaz tu dalam kepala dia ada 30 juzuk al-quran dan hadis2..kalo ko tnye forumer cg amat jarang disini yg al-hafiz dan tau terjemahan serta hadis2 sahih ni..persoalan mcm ni nnti ada mengelirukan sesetengah pihak...lewat tido pubin..solat sunat ke?
mai kot mana hadis tu?tuhan dah kabo dlm quran..tidak ada 1 pun yg sama dgn DIA..baca quran dh ler pubin..bukan semua hadis boleh trm bulat2..sesat nnt..hanya 1 golongan saja tuhan terima di akhirat nnt..ASWJ...