ni lagi.. tanda-tanda kiamat oleh
JAIS, mana ler dia orang dapat cerita nie...
TANDA-TANDA KIAMAT
Tanda-tanda kecil Kiamat amatlah banyak dan kesemuanya telah berlaku diantaranya ialah:
1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ( Riwayat Bukhari )
2. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." ( Riwayat Muslim )
3. Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Riwayat Ibnu Majah )
4. Menghias dan berbangga dengan masjid
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai).
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim ).
6. Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Riwayat Ahmad)
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
(Riwayat Thabrani )
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." ( Riwayat Ahmad )
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang".
10. Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
( Riwayat Thabrani )
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" ( Riwayat Muslim )
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." ( Riwayat Ahmad )
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" ( Riwayat Muslim)
14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." ( Riwayat Abu Daud dan Nasai)
15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." ( Riwayat Tarmizi)
Tanda-tanda besar Kiamat
Dari An-Nawwas bin Sam'an r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajjal serta menyatakan:... " Sebenarnya Dajjal itu seorang muda yang rambutnya keriting, biji matanya timbul (buta sebelah)...sebenarnya ia akan keluar di satu jalan di antara Syam dengan Iraq serta ia akan melakukan kerosakan diserata tempat yang ia sampai kepadanya ( dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan, mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya, susah meleset, dandengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan hazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur, juga menjadikan orang yang muda kuat dan gagah terpenggal badannya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya, kemudian kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya, demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukan ke dalam syurganya yang merasai oleh orang itu sebagai nerakanya, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga dan lain-lain lagi".
Nabi Saw bersabda lagi: " Wahai sekalian hamba Allah!Setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, janganlah terpengaruh dengan dakwaannya." Kami bertanya :"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharaja lela di muka bumi". Baginda s.a.w menjawab: "empat puluh hari, hari yang pertama panjangnya seperti sertahun, dan hari yang kedua panjangnya seperti sebulan, dan hari yang ketiga seperti seminggu manakala hari-hari lain, seperti hari-hari kamu yang biasa." kami bertanya lagi:"Ya Rasulullah!jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan sembahyang untuk sehari?. Baginda s.a.w menjawab: "Tidak" tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"... baginda nabi s.aw menerangkanlagi:" Semasa dajjal itu bermaharaja lela Allah menghantar turun nabi Isa al-maseh anak Maryam lalu ia turun berhampiran dengan Menara Putih yang letaknya di timur bandar Damsyik... maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: Ludd, lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana dajjal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu nabi Isa hapuskan kesan keduakaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: bahawa dajjal telaj pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjar-darjat keduidukan mereka dalam syurga. Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada nabi Isa denga firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan dari hamba-hambaku ( Yakjuj dan Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka, oleh itu maka bawalah hamba-hambaku yang bersamamu berlindung di Bkt Tursina, dan Allah keluarkan Yakjuj dan makjuj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seorang kamu sekarang. Lalu nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka. Lalu Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher yakjuj dan makjuj lalu mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tiada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai yakjuj dan makjuj itu. Maka nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah hantarkan kumpulan burung-burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ketempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci mukabumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.Keemudian Tuhan berfirman kepada bumi: " Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahanmu dan kembalikan segala nikmatmu. Maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleg berteduh dengan kulitnya, dan pada masa itu juga diberkatkan tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan mencukupi untuk diminum satu kaum yang besar jumlahnya. Dan susu seekor lembu perahanmencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum. Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik. Lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik mukmin dan muslimdan tinggallah sahaja orang-orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiridan berhubungan jenis seperti haiwan , maka zaman mereka inilah berlakunya kiamat". Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya dari arah negeri syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorangputerdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w bersabda lagi:"maka tingglah sahaja orang-orang yang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satyu sama lain seperti binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya:" Tidak malaukah kamu meninggalkan diri mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang mematikan segala yang bernyawa..." (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
( Riwayat Muslim)
Berdasarkan kepada hadis di atas, maka tanda besar kiamat adalah sebagaimana berikut:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
AL-MAHDI
Walaupun al-Mahdi tidak terdapat dalam sepuluh tanda besar berlakunya hari Kiamat namun terdapat banyak hadi-hadis yang sahih menceritakan perihal al-Mahdi.
Al-mahdi adalah seorang lelaki dari kalangan ahli bait nabi yang akan lahir pada akhir zaman iaitu dari keturunan Hasan putera Saidina Ali, cucu Rasullullah s.a.w yang menyamai dengan nama nabi dan nama bapanya iaitu Muhammad bin Abdullah. Banyak terdapat hadis yang sahih menyebutkan tentang mahdi diantaranya ialah:
1. Dari Tsauban r.a bahawa nabi telah bersabda: "Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur lantas mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. " Kemudian baginda s.a.w menyebutkan sesuatu yang akau tidak hafal lalu bersabda; "Maka jika kamu melihatnya berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salji kerana ia adalah khalifah Allah al-Mahdi"
2. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: "Pada masa akhir umatku akan muncul al-mahdi. Pada waktu itu Allah menurunkan banyak hujan, bumi menum,buhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan banyak harta (penghasilan), banyak binatang ternakan, umat menjadi mulia dan dia hidup selama tujuh atau lapan tahun"( Mustadrak al-hakim)
3. Dari Ali r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Al-Mahdi itu dari golongan ahli bait. Allah membaiki dalam satu malam"( Musnad Ahmad)
4. Dari Abu Said al-Khudri r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penganinayaan. Ia berkuasa selama tujuh tahun"(Sunan Abu Daud)
5. Dari jabir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka,Al-mahdi berkata: "Marilah solat bersama kami", Isa menjawab, Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka menjadi amir(pemimpin) bagi sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allahkepada umat ini"( Riwayat al-Haris bin Abu Usamah)
6. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dunia akan lenyap sehingga negeri Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli baitku yang namanya sama dengan namaku" (Musnad Ahmad) dalamriwayat lain: "Menyamai namanya dengan namaku dan nama bapaku"( Sunan Abu Daud)
Wallahua'lam.
Disediakan oleh:
Ustaz Khairuddin Bin Haiyon
Penolong Pengarah Unit Penerangan & Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS
(personal note: tanda-tanda umat Jahilliyah dan dalam kawalan manusia dan iblis untuk realisasikan, dan dizinkan/dirancang oleh Allah untuk menyesatkan manusia serta bagi memisahkan orang beriman dan tidak beriman.. biasa ler tu, apa yang pelik sangat dengan tanda-tanda nie.. takda apa2 yang special pun) rujuk sini dan sini
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh Syurga
(At Taubah: 111)
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman
dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu)
sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman)
Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya
Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya
dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
[Al-i-’Imran:179]
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah
bapa-bapa mereka
atau anak-anak mereka
atau saudara-saudara mereka
ataupun keluarga mereka
Mereka itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka
dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka tetap kekal di dalamnya
Allah reda akan mereka dan mereka reda akan nikmat pemberianNya
Merekalah penyokong-penyokong Allah
Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
[Al-Mujadilah22]