BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belia Bantu Perkukuh Integriti Maklumat - Pegawai PBB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Belia Bantu Perkukuh Integriti Maklumat - Pegawai PBB​

4dc8984a6d789cb5cbae17758a0dc06c6a4f46a6b179d

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Komunikasi Global, Melissa Fleming (kanan), menyampaikan pandangan pada sesi Media and Youth Dialogue di sini hari ini. Dialog tersebut membincangkan isu komunikasi global, penyebaran maklumat serta penglibatan belia dalam landskap media yang semakin berkembang.

Golongan belia diseru agar membantu memperkukuh integriti maklumat dengan cara menggunakan media sosial secara bertanggungjawab, manakala platform digital pula perlu memastikan perkhidmatan mereka kekal sebagai ruang yang selamat daripada penipuan dan penyalahgunaan.

Timbalan Setiausaha Agung Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Komunikasi Global Melissa Fleming berkata penglibatan golongan itu amat penting, dan beliau sendiri mahu mendengar pandangan serta pengalaman mereka dalam mengharungi persekitaran maklumat yang kini semakin kompleks.

“Saya mahu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mampu mengubah persekitaran maklumat melalui komunikasi yang baik, dengan menggunakan platform media sosial masing-masing mereka boleh menyebarkan mesej yang dapat mengubah dunia ke arah lebih baik.

"... platform media sosial juga perlu bertanggungjawab dan memastikan ia menjadi ruang yang selamat untuk orang ramai berkomunikasi serta meluahkan pandangan secara bebas tanpa menjadi sasaran serangan atau diperdaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Media dan Belia Mengenai Integriti Maklumat dalam Era Digital: Memperkukuh Kepercayaan, Menangani Ucapan Kebencian dan Maklumat Palsu di sini hari ini

Terdahulu dalam dialog berkenaan, Fleming menegaskan bahawa kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam mengawal selia platform digital serta menetapkan standard bagi membendung penyebaran maklumat salah, maklumat palsu disengajakan dan ucapan kebencian.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memainkan peranan lebih proaktif memandangkan syarikat teknologi lebih didorong untuk meraih keuntungan.

"Syarikat pada asasnya mempunyai satu matlamat iaitu keuntungan dan mereka tidak akan mengawal selia diri sendiri. Kita perlu membantu media yang berkhidmat untuk kepentingan awam, dan kita juga perlu menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat terus daripada sumber asal," katanya.

Fleming berkata ekosistem maklumat perlu dilihat secara menyeluruh, merangkumi platform media sosial, kecerdasan buatan (AI), media tradisional, pengiklan serta institusi awam.

Beliau turut menyeru syarikat pengiklan dan perhubungan awam memainkan peranan lebih besar, sambil menyatakan banyak jenama tanpa disedari membiayai pihak yang menyebarkan maklumat palsu dan ucapan kebencian melalui pengiklanan dalam talian.

 
Back
Top
Log in Register