BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkukuh Tatakelola, Laksana Program Pegawai Integriti Bertauliah - PM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
105e58356a5083d3278bffe587eee0ea69b265316a507

Kredit: Fb Anwar Ibrahim

Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, sebaliknya usaha itu perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam catatan menerusi Facebook beliau berkata pendekatan bersepadu melibatkan sektor awam, swasta serta masyarakat penting bagi memastikan agenda pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Beliau berkata perkara itu ditegaskan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang turut bersetuju melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah sebagai antara langkah memperkukuh tatakelola nasional.

Anwar berkata isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat termasuk kesihatan awam, alam sekitar serta integriti nasional.

“Kerajaan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat serta memperteguh keyakinan terhadap institusi negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register