BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebanyak 100,904 Warga ATM Selesai Isytihar Harta, Perkukuh Integriti Pasukan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sebanyak 100,904 Warga ATM Selesai Isytihar Harta, Perkukuh Integriti Pasukan​

678220e3a9ec91df5998baea338a8d066aaa3df770331

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman

Sebanyak 100,904 atau 97.53 peratus pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selesai mengisytiharkan harta masing-masing bagi memperkukuh tahap tata kelola dan integriti pasukan keselamatan itu.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata selain pengisytiharan harta, sebanyak 105,536 atau 98.7 peratus warga aktif ATM di seluruh negara juga telah menyempurnakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah.

Beliau berkata kefahaman warga ATM mengenai perkara tersebut turut disokong melalui penerapan modul integriti yang melibatkan 4,240 warga di 26 pusat latihan.

"Saya sendiri telah mengisytiharkan harta sebelum ini, namun apabila menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera saya isytiharkannya sekali lagi, dan arahan sama turut diwajibkan kepada semua panglima perkhidmatan serta pegawai kanan.

"Bagi jawatan kritikal yang berisiko tinggi seperti bahagian perolehan dan pengurusan kewangan, pihak ATM melaksanakan inisiatif penggiliran penugasan secara berkala setiap 18 bulan bagi mencegah sebarang ruang kelemahan yang boleh mendedahkan kepada risiko ketirisan," katanya dalam temu bual khas sempena Hari ATM ke-93, di sini.

Mengulas lanjut, Malek Razak berkata ATM juga memperkasakan instrumen pengurusan risiko melalui penguatkuasaan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah ATM 2026-2030, pembangunan Pelan Integriti dan Antirasuah serta Pengurusan Risiko Rasuah (CRM).

Beliau berkata dari segi mekanisme semak dan imbang, pihak ATM secara tegas melaksanakan Audit Pengurusan Standard ATM (SATM) serta siri audit tidak berjangka bagi memastikan tadbir urus yang melibatkan aset, kewangan, keselamatan dan sumber manusia sentiasa telus.

"Langkah ini amat kritikal dengan setiap penemuan audit mesti disusuli dengan tindakan korektif dan penambahbaikan serta-merta," katanya.

Selain itu, beliau berkata pemantauan tata kelola itu turut dipantau rapat oleh Unit Integriti Kementerian Pertahanan serta Jabatan Inspektor Jeneral di peringkat Markas ATM.

 
Back
Top
Log in Register