BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,130
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,130
Reaction score
346
Points
141

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM​

aedccb7ca3d07777dc6ef7769e459d706a2672c91e76b

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman (dua, kiri) bergambar pada Majlis Perhimpunan Bulanan SPRM di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Turut kelihatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya (dua, kanan), Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesional SPRM, Datuk Junipah Wandi (kiri), dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman (kanan).


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman mewajibkan kesemua warga agensi itu membuat atau mengemas kini pengisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan dari tarikh pemakluman rasmi yang akan dikeluarkan kelak.

Beliau berkata arahan itu merupakan langkah awal di bawah kepimpinannya bagi memperkukuh integriti organisasi, sekali gus untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap SPRM sebagai insititusi yang bebas, profesional dan adil.

“Sebagai mempelopori usaha membina serta meyakinkan kepercayaan rakyat, saya mengarahkan kesemua pegawai SPRM untuk melakukan proses pengisytiharan harta dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemakluman yang akan dikeluarkan.

“Bagi mempelopori hasrat tersebut, saya sendiri akan memulakan proses pengisytiharan harta tersebut, insya-Allah,” katanya ketika menyampaikan amanat sulung pada Majlis Perhimpunan Bulanan SPRM, di sini hari ini.

Abd Halim turut menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk tekanan awam, sentimen media atau dijadikan sebagai alat kepentingan politik.

“Keadilan serta kedaulatan undang-undang tanpa pengecualian dan tanpa kompromi, itulah yang akan dipegang. Integriti bukan sekadar slogan atau lafaz ikrar, ia mesti diterjemahkan melalui keputusan yang dicapai secara rahsia dan siasatan diteruskan tanpa gentar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan warga SPRM agar tidak mencemarkan imej organisasi dengan terlibat dalam sebarang salah laku sehingga menjadi seperti pepatah “kelapa yang ditebuk tupai” atau “setitik nila yang merosakkan susu sebelanga”.

Selain itu, beliau menekankan bahawa warga kerja SPRM perlu berteraskan dua sifat utama iaitu kuat dan amanah, sebagaimana digariskan dalam Surah Al-Qasas.

Abd Halim berkata sifat kuat merujuk kepada kecekapan dan kepakaran dalam melaksanakan tugas, manakala amanah pula mencerminkan kejujuran yang menjadi tunjang kepada perkhidmatan awam.

 
Setuju....jangan jadi masa zaman UMNO.....tukar KP SPRM dengan geng sendiri demi nak lindungi pemimpin UMNO yang korup dan salah guna kuasa sebat duit awam......pastu, orang bawahan mem'back-up' pemimpin dorang sampai ke hari ni. Langsung tak rasa insaf.

Semoga UMNO melingkup.
 
Back
Top
Log in Register