BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah, Integriti Tunjang Utama Pengurusan Harta Dan Institusi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,138
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,138
Reaction score
346
Points
141

Amanah, Integriti Tunjang Utama Pengurusan Harta Dan Institusi​

9e90baedfc551280f2a5c82878430d426a75cea14834d

Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Memelihara amanah dalam mengurus harta bukan sekadar tuntutan undang-undang malah merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat merangkumi Maqasid Syariah bagi menjaga kepentingan umat secara keseluruhannya.

Khutbah Jumaat hari ini yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertajuk “Harta: Ujian Atau Bekalan?” menekankan bahawa kekuatan sesebuah institusi tidak terletak pada sebesar mana aset yang dimiliki tetapi pada integriti, ketelusan dan keadilan dalam pengurusannya.

Teks khutbah itu memaklumkan institusi yang dipertanggungjawab mengurus harta rakyat seperti Tabung Haji dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu dipelihara dengan ketelusan tinggi kerana melibatkan simpanan serta titik peluh jutaan pendeposit daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti petani, nelayan, pekerja, penjawat awam, usahawan selain suri rumah.

Sehubungan itu, semua pihak bertanggungjawab memastikan amanah tersebut diurus secara telus, profesional dan berintegriti agar hak para pendeposit terus terpelihara.

"Kita juga bersyukur apabila usaha pembetulan dan pemulihan dapat dilaksanakan sehingga institusi umat terus diperkukuh serta mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan lebih baik demi maslahat agama, bangsa dan negara," menurut khutbah itu.

Khutbah itu turut memaklumkan bahawa amanah bukan sahaja dituntut daripada setiap individu bahkan menjadi asas dalam mengurus institusi dan ekonomi umat kerana setiap sen akan dipersoal di hadapan Allah SWT kelak.

Selain itu, Islam melarang segala bentuk rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang merosakkan kepercayaan masyarakat serta memusnahkan kesejahteraan ummah.

"Demikian juga menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memelihara harta dan wang yang diamanahkan oleh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk petani, nelayan, pekerja, penjawat awam, suri rumah dan para pendeposit," menurut khutbah berkenaan.

Sehubungan itu, segala usaha memperkukuh tadbir urus, memulihkan institusi ekonomi umat serta melindungi kepentingan rakyat hendaklah sentiasa disokong agar amanah terus terpelihara dan keadilan dapat ditegakkan.

 
Back
Top
Log in Register