Belanjawan Selangor 2021

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
MB Bentang Belanjawan 2021 Petang Ini, Strategi Tangani Kesan Covid-19

30.10.2020 - Shah Alam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentang Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor (DNS) jam 3 petang hari ini. Belanjawan itu dirangka bagi merancakkan ekonomi negeri bagi mendepani cabaran kesan pandemik Covid-19. Membawa agenda kesejahteraan rakyat, ia memberi penekanan kepada sektor kesihatan awam, pertanian, pelancongan, usahawan mikro dan pendigitalan.

Pembentangan boleh disaksikan secara langsung melalui TV Selangor http://selangortv.my Orang ramai juga boleh menyaksikannya melalui Facebook Live Media Selangor. Untuk berita terkini, layari portal SelangorKini, https://selangorkini.my

Pembentangan termasuk teks ucapan dan sorotan isi utama juga boleh diikuti di laman web rasmi http://www.amirudinshari.com/selangor2021



Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/mb-...1-petang-ini-strategi-tangani-kesan-covid-19/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Belanjawan Selangor 2021 Tumpu 5 Tonggak Utama

30.10.2020 - Shah Alam, Belanjawan Selangor 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) jam 3 petang esok memfokuskan lima tonggak utama. Sekretariat akhbar Dato’ Menteri Besar dalam kenyataan berkata fokus itu adalah pertanian, pelancongan dan agropelancongan serta kesihatan awam dan bandar berdaya huni.

Selain itu, katanya, tumpuan diberikan terhadap usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar serta penciptaan kekayaan dan industri kreatif. Rakyat boleh mengikuti pembentangan belanjawan menerusi laman sesawang http://www.amirudinshari.com/selangor2021 atau melayari http://www.selangortv.my.

Pembentangan juga boleh diikuti melalui saluran TV Selangor, http://selangortv.my dan Facebook Live Media Selangor. Sebelum ini, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata belanjawan kali ini sangat penting kerana berkait rapat dengan agenda kesejahteraan warga Selangor dan strategi merancakkan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/mb-belanjawan-selangor-2021-tumpu-lima-tonggak-utama/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Lebih 3J Penduduk Dapat Manfaat 43 Inisiatif Pakej Selangor Prihatin

30.10.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan 40 daripada 43 inisiatif bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua bagi menampung kesan wabak Covid-19.

Sejumlah RM264.4 juta, bersamaan 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk, kata Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2021 hari ini.

“(Pakej Selangor Prihatin) bertujuan memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada 20 Mac lalu, Kerajaan Negeri membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta, manakala fasa kedua pula RM272.5 juta diperuntukkan pada 1 April lalu.

Tiga inisiatif yang masih berjalan seperti berikut:
– Bantuan kepada pesakit Covid-19
– Tabung khas bantuan Covid-19
– Inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance

Pada 13 Julai lalu, Kerajaan Negeri membentang pakej fasa ketiga bernilai ekonomi RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/leb...manfaat-43-inisiatif-pakej-selangor-prihatin/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Belanjawan Selangor RM2.3B, Berjaya Turunkan Lagi Defisit RM10J

30.10.2020 - Shah Alam, Belanjawan Selangor 2021 dijangka mengalami defisit RM123 juta, kira-kira RM10 juta lebih rendah daripada peruntukan dalam belanjawan tahun ini. Kerajaan Negeri menjangka memperoleh hasil berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan pula sebanyak RM2.3 bilion, kata Dato’ Menteri Besar ketika membentang belanjawan hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata “Kerajaan Negeri masih mengekalkan momentum kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan terus berdaya tahan” demi manfaat rakyat, komuniti perniagaan dan pembangunan ekonomi.

“Justeru, Kerajaan Negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2,323,000,000 bagi Belanjawan Selangor 2021,” katanya dalam pembentangan bertema Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat.

Jelasnya, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan defisit sejak tiga belanjawan lalu kepada “jumlah yang munasabah menerusi usaha perbelanjaan berhemah, budaya kerja cekap dan berintegriti.”

Pecahan jumlah hasil dan perbelanjaan bagi tahun depan seperti berikut:

* Anggaran Hasil: RM2.2 bilion

– Penyumbang utama adalah premium tanah: RM1.03 bilion (46.98 peratus)
– Penyumbang kedua terbesar adalah hasil cukai tanah: RM545.84 (24.81 peratus)
– Penyumbang ketiga terbesar adalah pemberian persekutuan: RM206.85 juta (9.40 peratus)

* Anggaran Perbelanjaan: RM2.323 bilion

** Perbelanjaan mengurus: RM1.220 bilion (53 peratus)
– Emolumen: RM439.96 juta
– Perkhidmatan dan bekalan: RM520.43 juta
– Aset: RM4.80 juta
– Pemberian dan kenaan bayaran tetap: RM203.51 juta
– Perbelanjaan-perbelanjaan lain: RM51.30 juta

** Perbelanjaan pembangunan: RM1.103 bilion (47 peratus)
– Pembangunan infrastruktur: RM337.3
– Pembangunan ekonomi : RM279.7 juta
– Pembangunan sosial: RM299.9 juta

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/bel...lion-berjaya-turunkan-lagi-defisit-rm10-juta/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Selangor Peruntuk RM369J Jayakan Agenda Digitalisasi

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Sejumlah RM369 juta diperuntuk bagi menjayakan agenda Negeri Pintar Ulung dan Agenda Digitalisasi dalam Belanjawan Selangor 2021. Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bagi menggerak ekonomi secara holistik melalui transformasi sistem perkhidmatan, sosial, perniagaan dan keusahawanan, penciptaan nilai serta seni kreatif.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan dasar itu juga memecahkan stigma bahawa pendigitalan tidak membunuh peluang pekerjaan, sebaliknya mewujudkan peluang pekerjaan.

“Ini adalah kunci terutama mendepani cabaran pengangguran akibat Covid-19 yang bermakna kita akan berjaya mengelak daripada terjerumus kepada perangkap teknologi. (Situasi ini) seperti yang disebut dalam buku The Technology Trap: Capital, Labor, and Power in the Age of Automation oleh Carl Benedikt Fray,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Amirudin berkata tumpuan ke arah pendigitalan juga sebahagian daripada agenda mencipta sumber pendapatan baharu untuk Kerajaan Negeri berlandaskan prinsip “tiada siapa tertinggal di belakang”.

Beliau berkata agenda itu tidak bersifat eksklusif kepada golongan menengah dan atasan sahaja tetapi merangkumi keseluruhan rakyat Selangor.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/selangor-peruntuk-rm369-juta-jayakan-agenda-digitalisasi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Selangor Advance Terima Tambahan RM30J, Bantu PKS Terjejas

30.10.2020 - Shah Alam, Program Selangor Advance menerima dana tambahan RM30 juta untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas susulan penularan Covid-19. Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan awal RM100 juta mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir RM75 juta digunakan bagi membiayai usahawan, pembekal dan kontraktor.

“Selangor Advance merupakan konsep pembiayaan rantaian bekalan membolehkan pembekal dan penyedia perkhidmatan yang berurus niaga dengan agensi kerajaan serta anak syarikat kerajaan mempunyai aliran tunai mampan. Kemampanan aliran tunai dan kelangsungan perniagaan untuk PKS akan memberi kesan pengganda kepada ekonomi serta sektor pekerjaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/selangor-advance-terima-tambahan-rm30-juta-bantu-pks-terjejas/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
RM3J Laksana Projek Perintis 5G Pada 2021

30.10.2020 - Shah Alam, Sejumlah RM3 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek rintis perkhidmatan 5G tahun hadapan. Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bagi mencapai berhasrat sebagai menjadi negeri yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di Malaysia.

“Pada peringkat awal, Kerajaan Negeri berhasrat menyediakan infrastruktur 5G di Bangunan Setiausaha Kerajaan 1 dan melaksana projek rintis untuk keselesaan serta keselamatan kakitangan. (Ia juga untuk manfaat) pelawat serta orang ramai yang berurusan dengan Kerajaan Negeri di dalam bangunan tersebut dan kawasan sekelilingnya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan akan dilaksana Smartsel Sdn Bhd bersama Bahagian Pengurusan Maklumat.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/rm3-juta-laksana-projek-perintis-5g-pada-2021/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Dana Inovasi Selangor Sokong Syarikat Pemula Teknologi

30.10.2020 - Shah Alam, Dana awalan RM100 juta diperuntuk bagi pelaksanaan program Dana Inovasi Selangor bagi menyokong usaha perkembangan syarikat pemula yang strategik. Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu akan mengenal pasti syarikat teknologi yang berpotensi untuk menerima pelaburan modal teroka.

“Inisiatif ini berpotensi sebagai pendokong kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga dengan golongan sasaran adalah syarikat pemula yang boleh membawa masuk teknologi terkini. Usaha ini bagi memacu transformasi Negeri Pintar 2025 dan menjana enjin pertumbuhan ekonomi baru negeri Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut dijangka bakal melengkapi inisiatif latihan usahawan oleh Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang (Sitec) di bawah program Brand 100 yang melahirkan hampir 500 syarikat pemulan sehingga kini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/dana-inovasi-selangor-sokong-syarikat-pemula-teknologi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
PRODUTK Bantu IKS Urus Tenaga Kerja Secara Digital

30.10.2020 - Shah Alam, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK) diperkenal bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) Selangor ke arah pendigitalan. Dato’ Menteri Besar berkata langkah permulaan selaras Revolusi Industri 4.0 membantu pengusaha IKS mengurangkan kos dan mendigitalisasi urus tadbir tenaga kerja di Selangor.

“Sebagai permulaan, syarikat penyedia perkhidmatan bersedia menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mendaftar bermula 1 Oktober hingga 31 Disember. Syarikat yang mendaftar pada hari terakhir kempen masih boleh menggunakan sistem tersebut untuk tempoh tiga bulan selepas itu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau menjelaskan selepas tempoh berkenaan, PKS boleh memilih untuk meneruskan penggunaan sistem tersebut dengan kadar ditetapkan syarikat pemberi perkhidmatan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/produtk-bantu-iks-urus-tenaga-kerja-secara-digital/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,468
Reaction score
3,673
Points
236
Pendigitalan Operasi Kurangkan Masa Hantar Dokumen Pindah Milik

30.10.2020 - Shah Alam, isiatif pendigitalan operasi (Digital Goverment Approval) diperkenal bagi mengurangkan tempoh penghantaran dokumen pindah milik dan pemulihan data. Dato’ Menteri Besar berkata strategi di bawah Kerajaan Pintar melibatkan urusan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dengan peruntukan RM2 juta.

“Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan, semua urusan kaunter PTGS dihentikan selama hampir dua bulan dan pelanggan hanya dibenar membuat bayaran secara dalam talian,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata PTGS turut memperkenal mekanisme penyerahan dokumen secara “dropbox” dan bayaran melalui draf bank bagi mengatasi isu kesesakan di kaunter. Amirudin menjelaskan pada 27 Julai, PTGS memperkenalkan “smartbox” untuk pembayaran dalam talian oleh individu atau firma guaman berdaftar.

Pelanggan hanya perlu masuk ke dalam Portal Smartbox yang dibangunkan oleh PTGS dan semua bayaran dibuat di dalam portal berkenaan.

“Sehingga 24 Ogos, “Smartbox” mencatat kutipan RM2.8 juta bersamaan lebih 12,000 transaksi, satu angka yang belum pernah dicapai melalui sistem bayaran di kaunter,” kata beliau lagi.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pendigitalan-operasi-kurangkan-masa-hantar-dokumen-pindah-milik/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register