BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan Selangor 2026

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

14.11.2025 - Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.86 bilion atau 57.6 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan menjadi komponen terbesar mencakupi 39.8 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala RM1.37 bilion (42.4 peratus) bagi tujuan pembangunan. Perkara yang dibelanjakan termasuk bagi pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) fasa kedua, kenaikan harga kontrak selaras dengan pelaksanaan gaji RM1,700.

“Ia juga melibatkan khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelenggaraan yang masing-masing melibatkan 26 jabatan, elaun majlis pengurusan komuniti kampung, peruntukan bagi elaun jawatankuasa dan petugas masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu Dewan Negeri Selangor, di sini.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2026 meningkat RM70 juta atau 5.4 peratus berbanding 2025 dengan tumpuan kepada sektor sosial. Beliau berkata kenaikan peruntukan sektor sosial sebanyak 30 peratus iaitu RM360 juta adalah merangkumi persediaan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi pada tahun depan.

“Ia termasuk jangkaan kemelesetan ekonomi dunia dengan menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar sebagai teras kesejahteraan rakyat,” katanya.

Amirudin berkata pada tahun depan kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip sebanyak RM2.8 bilion dengan premium tanah dijangka menjadi antara penyumbang utama sebanyak RM1.02 billion bersamaan 36.3 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.

“Penyumbang kedua terbesar adalah hasil cukai tanah iaitu sebanyak RM691.27 juta (24.7 peratus) manakala penyumbang ketiga terbesar adalah daripada pemberian Persekutuan iaitu RM263.16 juta bersamaan 9.4 peratus. Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2.8 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM3.23 bilion, maka Belanjawan 2026 mengalami defisit dianggarkan berjumlah RM430 juta,” katanya.

Bertemakan 'Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’, belanjawan itu akan digerakkan melalui enam tekad iaitu Sumber Hasil Negeri, Peluang Ekonomi Rakyat; Reformasi Tadbir Urus Memartabatkan Bangsa; Mencorak Pendidikan Melakar Masa Depan; Keunggulan Seni Budaya dan Kemantapan Generasi Muda; Selangor Negeri Penyayang; dan Kelestarian Alam Sekitar dan Kebitaraan.
1763118789773.png
 
Last edited:
Selangor Peruntuk RM8 Juta Baik Pulih Pendawaian Sekolah Agama

14.11.2025 - Kerajaan Selangor memperuntukan RM8 juta bagi kerja baik pulih dan naik taraf pendawaian elektrik di sekolah agama yang kritikal di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar, guru serta kakitangan sekolah, selain meningkatkan kualiti pembelajaran serta kesejahteraan semua pihak yang terlibat. Beliau berkata berdasarkan rekod JAIS, terdapat 13 buah sekolah berusia lebih 20 tahun dan dikenal pasti mengalami masalah pendawaian elektrik yang merupakan antara punca berlakunya kebakaran.

“Pada Ogos 2025, berlaku kebakaran di Maahad Integrasi Teknologi dan Sains (MITS) Jugra dan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kes kebakaran berlaku di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bagi mengatasi insiden serupa, peruntukan berjumlah RM8 juta ini diperlukan untuk menggantikan sistem pendawaian elektrik yang telah uzur dan rosak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan RM1.4 juta tahun depan untuk membiayai naik taraf tandas di 14 buah masjid di laluan utama di seluruh Selangor. Beliau berkata program naik taraf kemudahan berkenaan bertujuan untuk menjadikan rumah ibadat itu lebih selesa dan mesra pengguna termasuk kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Selain itu, kerajaan negeri juga akan meneruskan insentif Haji Muasassah Selangor pada tahun depan membabitkan peruntukan RM9 juta, dengan setiap seorang jemaah akan mendapat sumbangan RM1,500, meningkat RM500 berbanding tahun ini," katanya.
1763118348719.png
 
Kutipan Hasil Selangor Cecah RM2.49 Bilion, Atasi Sasaran Awal

14.11.2025 - Jumlah kutipan hasil Selangor mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November 2025 yang merupakan peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion. Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri yakin jumlah itu dapat mencapai lebih RM2.7 bilion pada akhir 2025.

“Ini merupakan satu pencapaian amat memberangsangkan bagi kerajaan negeri dalam keadaan ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar pada ketika ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata rizab Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Selangor yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan, berjumlah RM4.83 bilion setakat 12 November 2025. Pada masa sama, rizab kerajaan negeri terus meningkat sejak 2018 yang berjumlah RM2.7 bilion. Beliau berkata prestasi kewangan kerajaan negeri sehingga 12 November 2025 turut mencatat lebihan sebanyak RM402.58 juta susulan tindakan yang sentiasa mengamalkan pendekatan perbelanjaan berhemah.
1763118623265.png
 
Belanjawan Selangor 2026 - Insentif Muassasah Haji Di Naikkan Kepada RM1,500

14.11.2025 -Insentif Muassasah Haji jemaah haji Selangor akan dinaikkan kepada RM1,500 berbanding RM1,000 seorang tahun depan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak RM9 juta disediakan bagi tujuan itu daripada kerajaan negeri dan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)

“Sejak insentif ini dilaksanakan pada tahun 2022, seramai 18,000 jemaah muassasah telah dibantu kerajaan negeri,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Amirudin berkata, program insentif sama tajaan penuh kerajaan negeri juga akan diteruskan pada tahun depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1.2 juta.

“Atas usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Tabung Haji adalah dianggarkan peruntukan ini akan dapat memberi peluang mengerjakan haji kepada seramai 75 bakal jemaah haji. Pelaksanaan insentif ini bagi tahun pertama pada 2024 telah dapat membiayai seramai 36 jemaah haji dalam kalangan asnaf fakir miskin sebelum ditingkatkan kepada 46 orang tahun ini,” katanya.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/11/14...entif-muassasah-haji-dinaikkan-kepada-rm1500/
 
Selangor Beri Rebat Cukai PBT Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan pemberian rebat cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi penduduk yang mempunyai fasiliti dan teknologi mesra alam di rumah. Antara inisiatif yang layak mendapat rebat termasuk pemasangan panel solar bagi mengurangkan kebergantungan kepada grid nasional, sistem penuaian air hujan, pengasingan sisa di rumah yang memudahkan proses kitar semula, unit pengecasan kenderaan elektrik serta sistem pengkomposan sisa makanan. Menerusi Belanjawan 2026 Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penduduk negeri itu yang memasang semua fasiliti berkenaan akan menikmati sehingga 100% rebat cukai bagi tahun taksiran 2026 dengan memohon kepada PBT masing-masing serta melalui proses semakan.
1763483936419.png

Setiap PBT akan memperuntukkan jumlah pengecualian cukai RM1 juta bagi tahun taksiran 2026 bagi MBPJ, MBSA, MBSJ, dan MBDK, manakala Majlis Perbandaran akan menyediakan peruntukan RM200,000 dan Majlis Daerah Sabak Bernam akan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi tujuan rebat cukai taksiran. Selain itu, kerajaan Selangor juga akan mula menukar tiang lampu konvensional di pejabat kerajaan negeri, jalan negeri serta PBT dengan teknologi tiang lampu solar yang lebih cekap penggunaan tenaga. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga menjadikan negeri itu lebih mesra alam.​
 
Back
Top
Log in Register