BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,562
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,562
Reaction score
322
Points
141
e2d78490bef70cf07c978e6d4ddd7677692d53bb58c4a


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026, selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt lepas.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Bertemakan "Belanjawan Rakyat", ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).

 
Back
Top
Log in Register