BTC USD 85,726.9 Gold USD 4,134.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

01-belanjawan_%28sukan%29-bm.transformed.jpg

Infografik Belanjawan 2020​
 
WARKAH DARI MALAYA: Bila PH Tukar ‘Gear’…
Oktober 14, 2019 editor1 0 Comments
Biasalah, apabila rumah siap pahat pun berbunyi. Begitu juga selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 Jumaat lalu. Riuh-rendah di sana-sini. Yang memuji, yang mengeluh, yang mengeji.
Ia bukan perkara baharu. Sejak zaman BN pun begitu. Malah ribuan tahun sebelum wujudnya BN juga demikian. Dalam ramai-ramai tetap akan ada kumpulan manusia yang tidak akan puas hati tidak kiralah bagaimana elok sekalipun apa yang disajikan kepada mereka.
Biarkanlah mereka. Seminggu dua lagi, semuanya akan reda. Lebih-lebih lagi kalau yang tak berpuas hati itu bangsa saya, yang daya ingatannya tidaklah begitu panjang. Sebab itu jugalah dalam banyak perkara, bangsa saya suka mengungkit-ngungkit. Ia suatu cara untuk membantu mereka mengelak daripada terlupa terus pada sesuatu.
Saya bukan ahli ekonomi, jadi saya tidak mampu melihat buah butir belanjawan yang dibentangkan itu dengan mata Dr Jomo Sundram atau Dr Dr Barjoyai Bardai, atau pakar-pakar ekonomi lain. Saya hanya mampu melihatnya daripada perspektif orang biasa, orang kebanyakan, orang di bawah lantai, orang yang paling merasa sakit bila dipijak, paling merasa perit bila dicubit.
Kecuali beberapa orang penyokong tegar UMNO dan PAS, yang perangainya sekarang sama dengan perangai penyokong DAP dan PKR suatu ketika dahulu, rata-rata kawan rakan saya menyifatkan belanjawan tahun ini lebih baik daripada belanjawan 2019. Sifatnya, kata mereka, lebih menyeluruh. Manfaatnya lebih ramai yang akan dapat rasa. Diskaun tol, kenaikan elaun nelayan, bomba, skim khas untuk graduan bekerja, 33,000 peluang pekerjaan untuk kaum wanita dan banyak lagi, jelas menggembirakan mereka.
Sebagai pemerhati politik jalanan, saya bersetuju dengan mereka. Ya, belanjawan ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. PH nampaknya dah mula tukar ‘gear’. Saya percaya perkara ini mempunyai kaitan dengan tahap kematangan kerajaan Pakatan Harapan. Tahun lalu, ketika belanjawan 2019 dibentangkan kerajaan PH baru berusia 5 bulan. Masih belum hilang gemuruh hasil kemenangan mengejutnya dalam PRU 14.
Tahun ini, walaupun baru berusia 17 bulan, kerajaan PH menampakkan kemajuan dalam konteks kematangannya. Hasilnya kita menyaksikan susun atur belanjawan yang lebih kemas dan lebih meyakinkan.
Saya sering mengingatkan rakan-rakan dalam UMNO yang tidak jemu-jemu mempersendakan kegagalan PH menunaikan janji-janjinya supaya jangan cepat sangat seronok. Berhati-hatilah sikit. Saya khuatir – malah saya menjangkakan – mereka akhirnya akan menggigit jari sendiri nanti. Alasan saya ialah untuk tiga tahun pertama ini, PH akan melakukan pelbagai kesilapan, membiarkan diri dicarut dicerca, namun dalam masa yang sama mereka memperkukuhkan kedudukan. Kemudian, dua tahun sebelum PRU berikutnya, mereka akan tukar ke ‘gear’ yang paling tinggi.
Tiga tahun memang tidak cukup untuk menyelesaikan semua masalah, lebih-lebih lagi apabila mengambil alih sesuatu yang ditinggalkan dalam keadaan agak bercelaru. Tetapi tiga tahun memadai untuk memperkasakan kedudukan dan dua tahun selepas itu digunakan untuk memanfaatkan kekuatan tersebut.
Dengan mencatu di sana dan mencerut di sini, PH mungkin boleh memberikan pelbagai gula-gula kepada rakyat mulai sekarang. Dengan berbuat begitu ia akan kekal popular. Tetapi faedahnya apa? Dengan daya ingatan yang tidak panjang, orang akhirnya akan lupa pada apa yang diberi, kemudian akan mula menagih benda-benda baharu pula. Jadi lebih baik tadah telinga seketika, biar dimaki hamun sekejap, bila saat akhir nanti baru lepaskan peluru.
Bayangkan pada Bajet 2023, kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,800 atau hampir-hampir dengannya sebagaimana dituntut oleh MTUC; BSH dinaikkan lagi pada kadar yang lebih banyak, jumlah penerimanya diperluaskan, elaun nelayan ditambah, pekebun dan pesawah juga diberi elaun yang sama, polis, askar, jururawat dan seumpamanya diberi elaun seperti yang bomba baru dapat. kadar tol diturunkan lagi sehingga ke paras 50%; peruntukan untuk Sabah dan Sarawak diganda-gandakan.
Bayangkan kalau itu berlaku.
PRU lalu menjadikan PH terkenal dengan janji yang bukan-bukan, tidak mustahil mereka melakukannya lagi pada PRU akan datang. Bezanya kali ini mereka mempunyai kuasa, upaya dan masa untuk mengotakan janji-janji tersebut.
Bayangkan pula tujuh lapan bulan selepas pembentangan Belanjawan 2023 itu, ketika mood terima kasih rakyat sedang bersemarak, PRU ke-15 diadakan.
Agak-agak ke lubuk mana pembangkang nak terjun waktu itu?
-ADI ALHADI
 
Knp tak sentuh peruntuk ke sekolah cina lebih bnyk dari sekolah kebangsaan?
 
Nak Tanya pada yang arif di sini, MOF ada mention ka budget utk ECRL atau HSR?

Kalau tak mention projek tu nak bayar bagaimana?
 
Back
Top
Log in Register