BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NADMA Harap Belanjawan 2027 Perkasa SMART Dengan Peralatan Terkini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,580
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,580
Reaction score
350
Points
141

NADMA Harap Belanjawan 2027 Perkasa SMART Dengan Peralatan Terkini​

2538ea784e0311fcde74a8ac5ec2bbf56ab4e43f5b913

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim (dua, kanan) menyaksikan wakil Sekretariat INSARAG, Belit Tasdemir (dua, kiri) menyerahkan sijil Pensijilan Semula (IER) kepada Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Abdul Manaf Che Isa (kanan) pada Majlis Pensijilan Semula International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) Pasukan SMART hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berharap permohonan pada Belanjawan 2027 mendapat kelulusan bagi membolehkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus dilengkapi peralatan terkini selaras dengan perkembangan teknologi operasi itu.

Ketua Pengarah NADMA Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata permohonan peruntukan dibuat setiap tahun menerusi proses saringan belanjawan, khususnya bagi memastikan pasukan khas negara itu sentiasa mempunyai keupayaan dan peralatan terbaik.

“Teknologi dan peralatan digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat sentiasa berubah, justeru SMART perlu bergerak seiring dengan perkembangan untuk meningkatkan keupayaan pasukan. SMART satu pasukan khas, jadi peralatannya kena yang terbaik,” katanya.

Meor Ismail berkata demikian selepas majlis meraikan kejayaan SMART mengekalkan pengiktirafan sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) di sini hari ini.

Beliau berkata keperluan memastikan keanggotaan, kepakaran individu serta peralatan SMART sentiasa terkini juga penting bagi mengekalkan pengiktirafan antarabangsa pasukan itu.

Belanjawan 2027 dijadualkan dibentang di Parlimen pada 9 Okt.

Berhubung pengiktirafan itu, Meor Ismail berkata ia sah untuk tempoh lima tahun dan SMART perlu menjalani penilaian semula pada 2031 bagi memastikan pasukan itu terus memenuhi piawaian ditetapkan.

SMART mengekalkan pengiktirafan sebagai pasukan Heavy USAR menerusi INSARAG External Reclassification (IER) 2026 selepas menjalani penilaian lapangan selama 36 jam melibatkan 173 kriteria termasuk aspek perintah dan kawalan, tindak balas perubatan, pencarian teknikal, logistik serta keupayaan menjalankan operasi antarabangsa.

Terdahulu, Meor Ismail dalam ucapannya berkata Malaysia akan terus melabur dalam keupayaan USAR termasuk menambah baik peralatan, latihan dan penyelarasan antara agensi.

 
Back
Top
Log in Register