BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Mujahid pun senyap je sekolah mubaligh dapat lagi bnyk dari sekolah tahfiz.
 
Dah sampai hari ni takde sorang pun melayu PH berani tegur. Memang sah boneka cina
 
Yg mana? Mungkin saya terlepas pandang
Pg cek dlm notification. Artikel saya bagi cuma pandangan penganalisa politik jalanan. Dalam CG ni pun ramai pakar2 ekonomi. Mungkin tuan tersilap orng utk ditanya.
 
Cadangan Belanjawan 2020 menurunkan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 boleh disesuaikan mengikut budi bicara negeri - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin
 
LIM_GUAN_ENGd_1571029574.jpg

Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Foto BERNAMA
​
Beban unjuran hasil diuji - Perbendaharaan

KUALA LUMPUR: Bebanan unjuran hasil Belanjawan 2020 sudah diuji, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan bajet berdasarkan unjurannya sejak dua tahun lalu, dan berkeupayaan untuk mengekalkannya untuk tahun depan.

"Jika terdapat sebarang kontigensi, sudah pasti, kami akan membuat semakan perlu, namun buat masa ini - tidak! Ia sudah melalui ujian stres," katanya kepada pemberita pada Forum Belanjawan 2020, di sini hari ini.

Dalam ucapan belanjawannya minggu lalu, Lim berkata sekiranya persekitaran luaran yang lebih buruk daripada jangkaan, kerajaan bersedia untuk mengambil langkah-langkah kontingensi untuk memberi sokongan atau rangsangan kepada pertumbuhan.

Dalam Tinjauan Ekonomi 2020, Kementerian Kewangan (MoF) berkata hasil kerajaan persekutuan dijangka merosot sebanyak 7.1 peratus kepada RM244.5 bilion pada 2020.

"Bagaimanapun, selepas tidak memasukkan dividen istimewa sekali daripada Petronas dalam anggaran yang disemak semula pada 2019, pendapatan dijangka meningkat 4.8 peratus," katanya.

Hasil cukai akan terus menjadi penyumbang utama hasil kerajaan persekutuan pada 2020, dengan jumlah kutipan sebanyak RM189.9 bilion.

MoF berkata hasil cukai kepada peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjurkan kekal stabil pada 11.8 peratus, manakala kutipan daripada cukai langsung dianggarkan berkembang 5.2 peratus kepada RM142.7 bilion, atau 75.1 peratus daripada jumlah hasil cukai.

Sebahagian besar kenaikan ini disumbangkan oleh kutipan cukai pendapatan korporat dan pendapatan individu yang lebih baik, masing-masing sebanyak RM75.5 bilion dan RM37.4 bilion. - BERNAMA

sembang la sampai mana pun.. lepak la dalam kabinet tu dalam 2 - 3 ahun lagi.
 
FW945934_PG04_280919_CYBERKNIFE_BN201909272547-mpr-960x655.jpg

AGENDANASIONAL
Cukai individu berpendapatan lebih RM2 juta dinaik ke 30 peratus
Oktober 14, 2019 2:07 pm

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun peningkatan dua mata peratusan dikenakan ke atas cukai pendapatan bagi pendapatan dikenakan cukai melebihi RM2 juta, namun kadar itu masih antara yang terendah di rantau ini.

Beliau berkata, kadar baharu itu dicadangkan oleh Bank Dunia, namun pada kadar yang lebih tinggi iaitu 35 peratus.
“Walaupun, dinaikkan kepada 30 peratus, kita masih antara yang paling rendah (berbanding negara jiran),” katanya pada Forum Belanjawan 2020, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan percaya kenaikan itu mampu ditanggung oleh pembayar cukai terlibat.
Semasa membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat lalu, Lim bekata, bagi memastikan strukur percukaian individu yang lebih berstruktur, kadar baharu dicadangkan ke atas pendapatan bercukai melebihi RM2 juta, meningkat dua mata peratusan kepada 30 peratus berbanding 28 peratus kadar semasa.

Peningkatan ini memberi kesan ke atas kira-kira 2,000 individu berpendapatan tinggi dalam negara.
Forum Belanjawan 2020 anjuran bersama Malayan Banking Bhd, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dan RHB Banking Group itu bertujuan menyediakan platform untuk pegawai kerajaan, pakar industri dan koprorat untuk berkongsi pandangan dan jangkaan mereka susulan pembentangan Belanjawan 2020.

– BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register