BTC USD 85,949.3 Gold USD 4,158.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

ni dari Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

2 jam

Ada YB PH perli kenapa pembangkang tiada belanjawan alternatif. Sebenarnya, bajet alternatif ada 2 fungsi. Pertama, menunjukkan kemampuan pembangkang untuk memerintah lebih baik daripada kerajaan sedia ada. Kedua, bagi memalukan kerajaan dengan memberi persepsi bahawa pembangkang boleh memenuhi impian rakyat

Fungsi pertama tak terpakai sebab pembangkang hari ini adalah bekas kerajaan dan terbukti boleh memerintah lebih baik. Kita ambil satu contoh - peluang pekerjaan. PH hanya mampu merancang untuk sediakan 350 ribu pekerjaan dalam masa 5 tahun (ya 5 tahun maknanya sampai terlebih penggal).

Perbandingannya antara 2009 hingga 2017, sebanyak 2.26 juta pekerjaan dicipta yang mana 530 ribu daripadanya adalah pekerjaan berkemahiran tinggi. Kerajaan lama tak bising macam Syed Saddiq sebab menyediakan pekerjaan ini memang tugas hakiki kerajaan. Jobjobjob apa bendanya?

Fungsi kedua juga tidak terpakai sebab kedua-dua BN dan PAS ni tak pandai menipu macam PH. Tak pandai berjanji bulan bintang yang akhirnya tak mampu nak buat pun. Contohnya kalau PH konsisten nak buat pendidikan percuma, mana usaha sekurang-kurangnya agar PTPTN boleh self sustain tanpa memerlukan bantuan kerajaan? Sedangkan anggaran kutipan bayaran balik tahun ini hanya RM2 bilion - berbanding dana pinjaman tahunan RM3 bilion yang diperlukan PTPTN.

Sekurang-kurangnya pada zaman kerajaan lama, PTPTN sudah boleh self sustain. Tahun 2016 dan 2017, kutipan bayaran balik adalah RM3.43b dan RM3.98b - cukup bagi pusingan dana pinjaman tahun seterusnya.

Jadi pembangkang tak perlu belanjawan alternatif. Sebab melalui belanjawan PH, rakyat sudah tahu dua perkara:
1. PH bodoh
2. PH menipu
#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

 
Najib Razak

· 3 jam ·



Agak terdesak juga cubaan kerajaan PH melalui BERNAMA untuk memuji bajet 2020 Guan Eng.

Ini yang dilaporkan.

"BELANJAWAN 2020 | Pengenalan caj kesesakan dapat menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang ketika waktu puncak selain mengurangkan jumlah kereta persendirian yang memasuki kawasan bandar."

Caj kesesakan ini merupakan penjenamaan semula caj tol lebuhraya seperti diumum Guan Eng dalam bajet.

Dulu, PH bantah. Kata kejam.

Tukar nama je, terus jadi benda baik dan dipuji.

https://www.malaysiakini.com/news/495628

71968031_10156411392545952_5944830831880044544_n.png




mj1.PNG


mj2.PNG
 
Najib Razak

Semasa mengumumkan Bajet 2020, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Tinjauan Hasil Ekonomi untuk tahun 2019.

Anggaran hasil dari cukai SST untuk tahun 2019 telah dinaikkan RM4.8 bilion dari RM22 bilion kepada RM26.8 bilion.

Sebab utama yang diberi Kementerian Kewangan kenapa hasil SST dinaikkan?

Jualan kenderaan 4WD/SUV telah meningkat 77.4% berbanding tahun 2018 iaitu jauh diluar jangkaan.

Dan kenapa jualan 4WD/SUV meningkat 77.4%?

Kerana Proton X70.

"In the PV segment, higher volume was seen in sub segments of four-wheel drive or SUV, and window vans, while passenger cars and MPV have suffered decline. The SUV sub segment jumped 77.4% or 28,983 units to 66,447, mainly boosted by Proton Holdings Bhd’s X70 sales."

https://themalaysianreserve.com/…/carmakers-sold-296334-un…/
Ironi
Najib "jual negara" menyumbang kepada sasaran defisit kerajaan PH untuk tahun 2019 dapat dikekalkan walaupun hasil dari sumber-sumber lain jatuh.
Muka surat 8:

https://www.treasury.gov.my/pdf/hasil/2020/seksyen2.pdf
Imej mungkin mengandungi: teks


1.1K
 
@kopirait Boleh senaraikan item item dlm pembentangan bajet di first post tak? Senang nak rujuk. Thx.
 
PH fikir Malaysia mudah lupa.
Elaun kritikal Bomba telah diumumkan lulus oleh BN pada 21 Mac 2018 sempena Hari Bomba tahun itu.
"Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.
https://www.bharian.com.my/…/anggota-bomba-dapat-elaun-khas…
Lepas PRU14, PH batalkan elaun khas ini.
Sehingga DYMM Agong diminta untuk campur tangan pada bulan Julai tahun 2019 ini untuk mengembalikan elaun khas Bomba.
Kertas cadangan elaun anggota bomba diserah kepada Agong, kata Zuraida
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kertas-cadangan-elaun-…/
BN yang lulus,
PH yang batal,
Agong yang tolong kembalikan,
PH pun kembalikan,
Lepas itu, PH tanya kenapa dulu BN tak lulus.
Jika BN masih mentadbir dan elaun Bomba lulus pada tahun 2018, besar kemungkinan elaun ini juga akan dinaikkan lagi untuk tahun 2020 untuk menghargai anggota Bomba akibat tragedi 6 ahli Bomba mati lemas pada bulan Okt 2018 serta tragedi kematian saudara Muhammad Adib.
Page Suara Rakyat:
https://www.facebook.com/…/a.199846193527…/1395878460590667/
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
 
Tiada sesen pun dana TAR UC disalur kerajaan masuk tabung parti, kata MCA

October 13, 2019 4:33 PM

Tunku-Abdul-Rahman-College-University.jpg

Lim Guan Eng didakwa sengaja tidak memberikan geran yang sesuai kepada TAR UC kerana dendam politiknya terhadap MCA. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong hari ini menjelaskan tiada satu sen pun dana yang diterima daripada kerajaan atau penderma untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) disalurkan ke akaun parti.

“Perlu ditegaskan pemimpin MCA tidak pernah mengkhianati sebarang kepercayaan atau melakukan salah laku dalam mentadbir lembaga amanah TAR UC.

“Semua ahli lembaga amanah TAR UC tidak menerima apa-apa gaji, ganjaran atau elaun.

“Saya mencabar mana-mana pihak untuk tampil dan buktikan ahli lembaga amanah TAR UC menerima gaji, ganjaran atau elaun,” katanya dalam kenyataan sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meminta lembaga itu melepaskan jawatan mereka jika mahu pembiayaan kerajaan.

Wee berkata Lim dengan sengaja enggan memberikan geran yang sesuai kepada TAR UC kerana dendam politiknya terhadap MCA.


“Adakah dia fikir dia raja dan boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu?

“Walaupun Dr Mahathir Mohamad adalah menteri kewangan, menteri pendidikan dan perdana menteri dari 1981 hingga 2003, beliau tidak pernah gagal memperuntukkan geran yang sesuai untuk Kolej TAR ketika itu.

“Apakah perbezaan antara struktur dulu dan sekarang? Adakah Chow Kon Yeow, Teresa Kok atau mana-mana alumni lain yang dilantik sebagai pengerusi lembaga amanah Kolej TAR semasa tempoh perdana menteri keempat?

“Fakta masih sama, iaitu MCA mengasaskan Kolej TAR pada 1968 dan seterusnya dinaikkan menjadi Kolej Universiti TAR pada 2012.”

Wee juga menjelaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang juga diasaskan MCA, tidak pernah memohon geran yang sesuai dari kerajaan.

Wee berkata ia kelihatan seperti belanjawan kerajaan diputuskan berdasarkan keinginan dan kecenderungan Lim.
“Adakah Lim begitu berkuasa sehingga dia akan membuat keputusan sama ada TAR UC menerima pembiayaan kerajaan atau tidak, bukan seluruh Kabinet?

“Adakah dia sengaja membuang peruntukan (geran sepadanan) untuk TAR UC dari Belanjawan 2019 dan 2020 Bajet supaya dia boleh menetapkan keadaan ini (MCA menyerahkan kawalan lembaga) dan kemudian mengembalikan pembiayaan?

“Ini adalah tidak munasabah kerana pada 2019, TAR UC telah diperuntukkan RM5.5 juta untuk perbelanjaan pembangunan.”

 
Back
Top
Log in Register