BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi jatuh sungai dari jambatan gantung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-jambatan-gantung.jpg

Tangkap layar video menunjukkan keluarga itu berjalan ke tepi sungai selepas terjatuh dari jambatan gantung. - Instagram

JAKARTA – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila motosikal yang dinaiki bersama bayi mereka tergelincir lalu terjunam ke dalam sungai di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan, lapor portal berita Tribunnews.

Kejadian berlaku di Jambatan Gantung Simpang Warga semalam.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @beritainformasikal menunjukkan seorang lelaki sedang mendukung bayinya sambil berjalan ke tepi sungai.

Penduduk setempat  segera memberikan bantuan dengan menghulur sebatang kayu yang panjang sebagai tempat berpegang.

Laluan jambatan itu dibina daripada besi, menyebabkan motosikal yang dinaiki mereka tergelincir akibat licin.

Keluarga tersebut berjaya diselamatkan, meskipun air sungai mencapai paras pinggang orang dewasa. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register