BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi 9 bulan dirawat di ICU, ibu saudara didakwa tuang gam ke dalam mulut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Bayi 9 bulan dirawat di ICU, ibu saudara didakwa tuang gam ke dalam mulut​

3606221.webp

Hanya tidak puas hati wanita berkenaan bertindak di luar jangkaan. Foto janaan AI PuneMirror.in

PUNE – Seorang wanita didakwa menuang gam ke dalam mulut anak saudaranya yang berusia sembilan bulan selepas bertengkar dengan abangnya, menyebabkan bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Polis berkata, suspek dikenal pasti sebagai Saniya Sheikh, manakala kes disiasat susulan laporan yang dibuat bapa mangsa, Altaf Nadeem Sheikh, 39.

Menurut siasatan awal, Altaf dan seorang lagi abangnya tinggal bersama dalam sebuah keluarga besar serta telah lama berdepan pertikaian keluarga.

Polis percaya kejadian berlaku sejurus selepas salah satu pertengkaran tersebut apabila suspek didakwa menuang Fevikwik, sejenis gam segera berasaskan cyanoacrylate, ke dalam mulut bayi berkenaan.

Ibu mangsa, Zainab, hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila bayinya muntah, manakala bibirnya didapati melekat.

Beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital Besar Sassoon untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Mangsa dimasukkan ke ICU dan menerima rawatan segera.

Pegawai Kanan Polis, Manisha Patil berkata, keadaan bayi itu kini semakin baik dan sedang menjalani proses pemulihan.

Dalam laporannya, Altaf turut mendakwa isterinya diugut oleh suspek selepas bertanyakan mengenai kejadian tersebut.

Beliau juga mendakwa dua lagi individu yang dinamakan dalam laporan polis datang ke hospital dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dan sedang menyiasat semua dakwaan yang dikemukakan.-Agensi

 
Back
Top
Log in Register