ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohamad Asri
KANGAR 24 Julai - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan dakwaan pihak tertentu melihat Nabi Muhammad SAW secara jaga atau 'yaqazah' sama ada dalam bentuk hakiki ataupun roh dalam majlis dianjurkan adalah batil dan sesat.
Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika membacakan keputusan hasil mesyuarat jawatankuasa tersebut kali ke-18 selama dua hari bermula kelmarin berkata, dakwaan melihat Nabi terdedah kepada tipu daya syaitan.
Kata beliau, selain itu boleh membuka pintu kerosakan dengan pelbagai tujuan seperti takbur atau ujub dan suma'ah (menceritakan amalan ibadah).
“Justeru, apa-apa dakwaan melihat Nabi yang membabitkan implikasi syarak seperti pegangan akidah, hukum-hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat.
“Begitu juga dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat dakwaan pihak tertentu yang mendakwa melihat Nabi hadir dalam program selawat dianjurkan, malah turut menyediakan kerusi kosong, selain melambai-lambai tangan seolah-olah menyambut kedatangan baginda.
Tambah Mohd. Asri, dakwaan melihat Nabi tidak pernah dinukilkan melalui riwayat sahih kepada mana-mana sahabat sekalipun ketika saat-saat baginda getir dan begitu juga generasi Tabi'ien atau masyarakat selepas sahabat Nabi.
“Kemungkinan berlakunya 'yaqazah' secara roh adalah dakwaan diragui dan ditolak para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-'Asqalani, al-Sakhawi dan al-Qusyairi,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Mohd. Asri turut menyatakan jawatankuasa sama turut memutuskan untuk menolak jihad yang dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Al-Qaeda kerana aktiviti dilakukan tidak jelas dan boleh membawa keburukan kepada umat Islam.
“Apa yang dilakukan oleh IS dan Al-Qaeda tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.
“Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama perang jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka bukanlah jihad sebenar, apatah lagi membunuh mereka yang tidak terbabit dalam peperangan seperti wanita dan kanak-kanak,” katanya.