BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batil dan sesat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohamad Asri​

KANGAR 24 Julai - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan dakwaan pihak tertentu melihat Nabi Muhammad SAW secara jaga atau 'yaqazah' sama ada dalam bentuk hakiki ataupun roh dalam majlis dianjurkan adalah batil dan sesat.

Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika membacakan keputusan hasil mesyuarat jawatankuasa tersebut kali ke-18 selama dua hari bermula kelmarin berkata, dakwaan melihat Nabi terdedah kepada tipu daya syaitan.

Kata beliau, selain itu boleh membuka pintu kerosakan dengan pelbagai tujuan seperti takbur atau ujub dan suma'ah (menceritakan amalan ibadah).

“Justeru, apa-apa dakwaan melihat Nabi yang membabitkan implikasi syarak seperti pegangan akidah, hukum-hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat.

“Begitu juga dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat dakwaan pihak tertentu yang mendakwa melihat Nabi hadir dalam program selawat dianjurkan, malah turut menyediakan kerusi kosong, selain melambai-lambai tangan seolah-olah menyambut kedatangan baginda.

Tambah Mohd. Asri, dakwaan melihat Nabi tidak pernah dinukilkan melalui riwayat sahih kepada mana-mana sahabat sekalipun ketika saat-saat baginda getir dan begitu juga generasi Tabi'ien atau masyarakat selepas sahabat Nabi.

“Kemungkinan berlakunya 'yaqazah' secara roh adalah dakwaan diragui dan ditolak para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-'Asqalani, al-Sakhawi dan al-Qusyairi,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Asri turut menyatakan jawatankuasa sama turut memutuskan untuk menolak jihad yang dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Al-Qaeda kerana aktiviti dilakukan tidak jelas dan boleh membawa keburukan kepada umat Islam.

“Apa yang dilakukan oleh IS dan Al-Qaeda tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.

“Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama perang jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka bukanlah jihad sebenar, apatah lagi membunuh mereka yang tidak terbabit dalam peperangan seperti wanita dan kanak-kanak,” katanya.
 
smlam solat isya..tengok dari belakang imam nie mcm kenal,ragu2..masih eh,eh..rupa2 tuan mufti..datang xdidendang..pergi xdicanang
 
bathil dan sesat terus dia bg..apa yg dia karut ni sampai camtu sekali..hal tu,jka org tu berdusta dibinasakan Allah..xperlu wat fatwa2 gini.sehingga wat hukum sesat dan bathil sedangkan ilmu tentng tu xde..ulama muhaqiqin suh menolak jika sesiapa ada keraguan padanya aje..xde pun kata sesat dan bathil..ekau lak pandai2 wat fatwa lebey ulama dr ulama lak ko dr maza..
 
Wow....
Aku salute prof...
Walaupn akan ada yg menentang atas pelbagai hujah.

Sdgkan rokok dh difatwakan haram pun org masih hisap, atas pelbagai hujah juga.

Maksud aku, dia keluarkan fatwa supaya org jelas ttg hukum yg diputiskan. Bukan setakat menolak kalau ada keraguan.

Pada aku x salah pun tindakan dia. Lgpn, hukum tu bukan dtg dr dia sorg, dh dibincangkan semestinya. Dn yg berbincang tu, sudah tentu ahli2 dlm ilmu yg sewajarnya.

Siapa la aku berbanding mereka.
 
Orang dah mati, mana boleh muncul semula di dunia. Masih tak jelas tak tahu lah nak cakap apa.:)
 
Sokong prof maza..
Berani kerana benar walaupon pahit
 
bathil dan sesat terus dia bg..apa yg dia karut ni sampai camtu sekali..hal tu,jka org tu berdusta dibinasakan Allah..xperlu wat fatwa2 gini.sehingga wat hukum sesat dan bathil sedangkan ilmu tentng tu xde..ulama muhaqiqin suh menolak jika sesiapa ada keraguan padanya aje..xde pun kata sesat dan bathil..ekau lak pandai2 wat fatwa lebey ulama dr ulama lak ko dr maza..

bila ulamak cg berkata-kata...
 
memang betul apa Dr Maza cakap...
Salute pada Dr Maza
 
Back
Top
Log in Register