ipp
Active+ Member
- Messages
- 4,916
- Joined
- Jan 28, 2010
- Messages
- 4,916
- Reaction score
- 60
- Points
- 30
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan2 yg budiman.
Baru2 ni, alhamdulillah aku berjaya selesaikan urusan pembelian sebuah rumah 2nd hand kos sederhana-rendah. Tapi belum duduk lagi. Tengah cat dan pasang pagar. Entah bila nak siap. Semua nak buat sendiri, jimat kos punya pasal.
Segala kerja2 tu aku buat dgn kawan2 rapat. Hujung2 minggu je boleh buat sebab tak kerja. Hari2 bekerja, kadang2 aku pegi sorang2 cuma buat touch up sikit2.
Hujung minggu, kadang2 sampai dekat maghrib bekerja. Maka dari situ timbullah sedikit cerita yg kurang enak.
Diceritakan oleh seorang sahabat, apakala beliau tengah solat Asar kat tingkat bawah dan aku pula masa tu tengah asyik mengorek lubang utk tiang pagar, dia terdengar bunyi pintu dihempaskan di tingkat atas. Sedangkan dia sangat pasti, semua pintu tu dah disendal dgn batu bata. Sebenarnya ada 2 pintu yg aku terpaksa cabut tombolnya sebab dlm rumpun kunci yg owner bagi, takda kunci tombol bilik2 tu. So, sendal dgn batu bata sementara nak tukar tombol baru.
Lepas solat, dia cerita kat aku. Masa tu dah lewat, dah dekat pukul 7 dah. Aku tak berapa nak puas hati sgt, terus naik atas, cek semua pintu. Semua terbuka seluar2nya dan tersendal dgn baik. Takkan la angin yg masuk dari tingkap dapat tiup daun pintu yg disendal tu...
Jadi, aku pikir mungkin pintu rumah sebelah yg kawan aku tu dengar. Utk sementara, dia mengiyakan aje kemungkinan tu.
Tapi beberapa hari lepas tu, dia bukak cerita balik. Dia sebenarnya sgt yakin bunyi pintu yg dia dengar tu adalah dari tingkat atas rumah aku. Aku boleh bayangkan apa yg dia dengar. Kalau bunyi dari rumah sebelah, tentu bunyinya cuma sayup2. Tapi kalau dia kata dia yakin sgt, tentu bunyinya kuat.
Tambahan katanya lagi, sorang kawan lagi pun turut merasakan sesuatu kat rumah tu. Kawan yg lagi sorang ni pelik sikit. Dia pernah nampak benda yg org lain tak nampak masa tengah melalak ramai2 berkaraoke kat dewan sekolah dari malam sampai ke pagi. Jadi, kalau kawan yg ni rasa sesuatu, aku sedikit lebih percaya. Tapi dia ni jenis yg tak berapa nak bercerita sgt. Pasal lembaga merenung tajam dari tingkat dua bangunan sekolah masa kitorang tengah asyik melalak kat dewan tu pun dia tak cerita. Tiba2 je dia masuk dewan, lepas tu buat kerja sikit, lepas tu tido. Tapi bila aku tanya sama ada dia ada rasa sesuatu kat rumah aku, dia sengih je. Kata dia, buat tahlil, solat hajat sikit, dahla...
Ada sesetengah org boleh rasa fenomena super natural camtu. Ada org pulak, tak sensitif langsung, macam aku. Memang la masa kawan kata ada bunyi pintu dan aku sorang2 naik atas utk cek pintu, ada la rasa meremang bulu roma sikit. Tapi setakat tu je la. Bila turun bawah, jadi normal balik. Sedangkan kata kawan tu, sejak buat kerja kat rumah ni, bukan itu kali pertama dia rasa semacam.
Org kata, bila rumah ditinggalkan tanpa penghuni, ada makhluk lain yg menumpang tidur, tumpang berkeluarga, malah mungkin sampai tahap tumpang berkampung. Rumah ni pulak dah sekurang2nya 3 tahun ditinggalkan kosong, kata beberapa org kawan yg menyewa berhampiran.
Jadi, persoalan yg aku nak mintak buah pandangan tuan2, nak buek camno yg sepatut eh ni yo?
Memang tak pelik kalau ada makhluk lain yg menumpang. Tapi, aku jumpa sorang imam yg aku kenal, kata dia takda apa2 sebab kiri kanan rumah ada org tinggal. Rumah tu bukan terpencil. Tapi kata org lain pulak... Jgn kata rumah, kalau satu bilik tak dijenguk dlm sebuah rumah yg meriah pun, bilik tu akan dihuni oleh penghuni yg tak bayar sewa.
Dulu aku pikir, dah siap urusan kemas rumah nanti terus pindah je dgn kawan2. Nak pindah masuk sorang2, aku tak berani. Diorang pun sanggup bayar sewa kat aku, cun sgt la tu. Tapi aku dah sound awal2, kalau tiba2 aku nikah nanti, aku halau je semua. Hahaha... Tuan tanah kedaun.

Last edited: