BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Baru Beli Rumah Lama

aku baru pindah rumah minggu lepas.. apa yg aku buat? aku azankan setiap penjuru rumah bermula dari sebelah kanan.. lepas azan baca surah kursi kemudian hembuskan dari penjuru yg kita azankan tu ke penjuru yang satu lagi.... ulangkan kat penjuru yang seterusnya..kira imaginekan kita tengah buat pagar segi 4..

tahun 2009 dulu aku penah kena kes yang sama macam tt..nampak kelibat budak2 berlari sedangkan rumah tu kosong 4-5 tahun takde org... meremang bulu roma tu takyah cakaplah... tengahari terik pun berdiri je.. waima aku baru nak masuk gate rumah tu... terasa ada org yang tengah tenung kita,, pintu rumah kena terajang malam hari.. macam2 ganggguan yang dia buat.. rumah tu jauh dari rumah yang lain.. sampaikan kawan aku yang gi kat rumah tu kena warning dlm mimpi.. yg pelik bini dia pun mimpi benda yang sama.. sampai demam member..aku relek je.. last sekali aku panggil sorang abang tu gi tangkap benda tu.. hasilnya dapatlah tangkap anak dan mak.. aku nampak dengan mata aku sendiri kelibat dalam botol tu..

kalau TT ada rezeki lebih buatlah kenduri doa selamat kat umah tu.. takpun buat cara aku tadi.. kalau rajin baca yasin kat satu bilik sorang2 pada malam hari.. seelok-eloknya 7 kali.. kalau nasib TT baik dia akan datang pada bacaan yang ke 7 tu.. ni kawan aku penah buatlah.

Insyaallah...
Aku tanya beberapa member pun, macam2 jugak methodnya. Yg pasti, kita kena pasang niat nak buat pagar.
Insyaallah, nanti aku buat. Pasal baca yasin 7 kali tu, nak suruh dia muncul ke? Taknak den ai... :-SS
 
aku dah kena dah dgn rumah b'hantu (maksud aku berjin).. bukan nak mereka cerita..aku penah menyewa rumah teres 2 tingkat..first time masuk rumah tu aku rasa mcm ada something tp erm wat tak tau sbb mgkn perasaan aku jer kot...bila dah tgl kat rmh tu bbrp hari, barulah 'dia' menunjukkan diri...start dr tu rajinlah kami m'baca yasin, klu waktu mlm pasang cd bacaan al-quran..dah ok sikit tak da menunjukkan 'diri' tp mhadirkan 'diri' dlm mimpiku..tp lepas pasang ayat qursi berulang2 dr hp sepanjang mlm...ok sikitlah...dpt jgk tido lena..dlm bbrp bulan jgklah tgl di rumah tu..mmg tak tenang tgl rumah tu..bukan aku jer yg kena..kadang2 ada jer terasa ada yg memerhati kita...akhirnya aku bpindah keluar...dan tgl kat rumah flat..wlupun bising tp tak pe lah...aku jd trauma sikit...itu jer lah pengalaman aku...takda tambah2 citer..(citer aku ni aku dah ringkaskan) aku tak tau bercerita...hehe

Kau duduk sorang ke? Berani sangat dah tu...
 
Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.

a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, "amanarasuul... " dan empat Qul.

b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini "Allahumma rabiissamaawatissab'i wamaa azlalna warabbil ardinassab'i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a'uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa".
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa "A'uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq", kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca "bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa 'alallhi tawakkalnaa" sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam "assalaamu'alaikum... ." jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah "assalaamu'alainaa wa 'alaa 'ibaadillahis solihiin". Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.

c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.


Wallhu a'lam bissowaab

sumber

Thanks bro. Banyak membantu ni...
Insyaallah, semoga dijauhkan drpd gangguan pengganggu...
 
Dulu ayah aku bukak rumah pun baca yasin 4 penjuru malam jumaat keliwon
aku ler tukang suluh lampu tu time darjah 1
menggeletar ya amat smpi konsentrasi bapak aku pun lari

ini bukak lot banglo tau, baca tepi pagar, keliling hutan..
mula2 baca tgh2 rumah dulu kat dlm
pastu baru 4 pagar.. tak silap tepat jam 12 malam..
 
Last edited:
Dulu ayah aku bukak rumah pun baca yasin 4 penjuru malam jumaat keliwon
aku ler tukang suluh lampu tu time darjah 1
menggeletar ya amat smpi konsentrasi bapak aku pun lari

ini bukak lot banglo tau, baca tepi pagar, keliling hutan..
mula2 baca tgh2 rumah dulu kat dlm
pastu baru 4 pagar.. tak silap tepat jam 12 malam..

Wa... Macam rumit je tu bro. Ni level yg bukan org kebanyakan punya aktiviti ni. Ni dah kira org yg dada berisi je boleh buat.
Harap2 kes rumah aku ni level rendah la...
 
Kata dia, buat tahlil, solat hajat sikit, dahla...

buat la apa yg patut ...
jangan takut dgn jin setan semua tu .... tentang habis2an ..
 
Yg seram2 dlm thread ni cuma cerita dari org lain. Cerita aku sendiri tak seram. Cuma sikit2 je. Harapnya, cukup la setakat sikit je tu.

Sebab tu aku letak dlm seksyen santai. Mod, jgn alih ke seksyen seram pulak. Aku masih nak anggap semua ni tak seram. Aku nak anggap apa2 yg aku kongsi kat sini benda biasa, santai je...

Satu cerita, baru jadi semalam. Aku dgn kawan konon nak sambung mengecat. Boleh pulak dia terperasan kat dinding ruang tamu yg dah dicat ada kesan tompok2. Aku dah perasan lama benda tu. Tapi aku buat2 tak kisah je.

Kesan tu macam kesan tapak tangan. Macam tapak tangan berdebu yg ditampar2 kat dinding. Tapi bentuk dia tak sekata. Ada nampak macam tapak dan jari. Ada nampak macam jari je. Ada yg entah apa bentuk entah.

Boleh anggap, masa bekerja mengorek lubang pagar yg dah tentu mengotorkan tangan, ada yg tersentuh dinding. Tapi tengok pada kuantiti kesan tu, tak nampak macam tak sengaja. Kalau tersentuh sambil lalu takkan banyak macam tu. Tambah pulak, ada kesan yg tinggi. Dekat2 nak cecah lantai tingkat 1. Kalau ikut skala ketinggian aku, nak sentuh situ memang kena guna tangga.

Yg ni, aku tak tau nak anggap apa utk alihkan fikiran aku. Bila aku sorang2, aku boleh buat2 tak kisah. Tapi kalau berdua, anggapan org lain pulak yg mempengaruhi fikiran aku.

Last2, tak jadi mengecat. Cuma cek lampu mana tak berfungsi, pergi Giant beli bulb kalimantang dgn starter je. Pagi ni aku pegi pasang kot. Sorang2, sebab kawan tu kerja pagi. Aku kerja petang...
 

Attachments

  • 1.2 MB Views: 18
Last edited:
Ada org cadangkan letak air dlm lesung batu. Letak lesung tu tengah rumah semalaman.

Ni cuma utk detect kehadiran penumpang tak bayar sewa tu. Kalau ada, air dlm lesung tu akan kering esoknya. Sama ada penumpang tu minum atau buat main air dlm lesung tu. Tapi kalau takda penumpang, air tu tak kering.

Kawan tu dah buat. Memang menjadi... Tapi...

Tapi, aku rasa macam lebih baik kalau tak tau ada ke takda. Kalau aku tau ada, makin bertangguh la kerja2 kat rumah tu... Bila nak siap? Dah siap nanti baru boleh ajak org buat tahlil ke, doa selamat ke, yasin ke, solat hajat ke...

Apa pendapat korang, patut ke aku buat ujian tu?
 
aku pon baru beli rumah baru,alhamdulillah ler takder aper2,bukak cd ngajilah,surah al-baqarah klu baca 3 hari benda tu takleh masuk,klu hari2 dia surrenderlah.:-?
 
Back
Top
Log in Register