BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Baru Beli Rumah Lama

bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin.
 
stendet la tu...even rumah akak ni pun, masa cuti sekolah ari tu tinggal lama la jugak...dkt2 sebulan sbb blk kg n gi jalan2...

bila balik sini semula, time tdo kat ruang tamu (kes tertdo smbil tgk tv la ni)....akak terasa ada benda dtg....akak ni jenis kalau kena tindih tu bukan mcm org lain kena....yg kena tindih smpi sesak2 nafas tu....akak, kalo kena...akan rasa meremang dan seram satu badan...mmg sgt2 meremang....nak sebut Allah pun tak mampu...rasa kebas segala otot bhgn muka...but once bila dpt sebut Allah tu.....hilang rasa meremang tu tp still ada la rasa sikit2 yg tinggal...

2,3 kali gak kena hujung thn lps....sblm2 ni takde maybe sbb jarang tinggal rumah lama camtu...

smpi skrg tak citer ngan husb.....ekekekke....

lps renovate rumah tu,sblm stay situ...ajak org2 surau buat solat hajat, baca yasin....pastu buat la makan2 sikit....insyaAllah takde apa2....

rumah kat kg akak pun sama.....masa buat rumah, abah akak beli balak..means upah org carikan balak kat hutan n tebang, pastu anta kilang papan...jadikan tiang n papan, kos lg murah kot cara camtu...masa mula2 duduk rumah tu, mmg mcm2 gangguan....mak nmpk ada lembaga hitam berbulu yg besar kat tiang seri rumah....pastu masa mak tgh solat, ada benda tolak dia dr blkg smpi tersungkur tgh solat tu....

so, almost every month la masa tu buat solat hajat n makan2 kat rumah...ajak org surau n org kg....alhamdulillah...few months pastu, ok dah smpi skrg....

jin ni ada di mana2...even masa tidur dlm surau kat U dulu pun, akak penah kena tindih gak.... :)

Meremang jugak baca cerita akak...
Sy pun selalu jugak kena tindih masa kat kampung dulu. Tido kat tempat yg jarang org tido.
Bukan sekali, 3-4 kali jugak kalau tak silap. Malam yg sama pulak tu... Mula2 seram jugak, lama2 jadi bengang. Asik kena kacau je. Tidur mengiring baru stop kena tindih.
Sy tak kisah gangguan macam tu. Bunyi2 pun boleh buat pekak je. Asalkan jgn muncul depan mata. Yg tu takleh bayangkan...
Gangguan audio takpa, jgn gangguan visual... :-SS
 
bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin.

Thanks bro. Boleh masukkan dlm mp3 player surah2 ni dan play masa buat kerja. Ptg ni insyaallah nak sambung mengecat. Pagi ni malas...
 
"syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan padanya surah al-baqarah"

(hadis sahih)

tt baca le sendiri... tak banyak pun 49 mukasurat jer

sejam baca abis ler... takkan nak harap mp3 jer bacakan....:)
 
"syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan padanya surah al-baqarah"

(hadis sahih)

tt baca le sendiri... tak banyak pun 49 mukasurat jer

sejam baca abis ler... takkan nak harap mp3 jer bacakan....:)

Dah pindah masuk nanti bole la kot. Buat sementara ni baca ayat qursi je ok tak? Surah al-Baqarah jugak...
 
aku baru pindah rumah minggu lepas.. apa yg aku buat? aku azankan setiap penjuru rumah bermula dari sebelah kanan.. lepas azan baca surah kursi kemudian hembuskan dari penjuru yg kita azankan tu ke penjuru yang satu lagi.... ulangkan kat penjuru yang seterusnya..kira imaginekan kita tengah buat pagar segi 4..

tahun 2009 dulu aku penah kena kes yang sama macam tt..nampak kelibat budak2 berlari sedangkan rumah tu kosong 4-5 tahun takde org... meremang bulu roma tu takyah cakaplah... tengahari terik pun berdiri je.. waima aku baru nak masuk gate rumah tu... terasa ada org yang tengah tenung kita,, pintu rumah kena terajang malam hari.. macam2 ganggguan yang dia buat.. rumah tu jauh dari rumah yang lain.. sampaikan kawan aku yang gi kat rumah tu kena warning dlm mimpi.. yg pelik bini dia pun mimpi benda yang sama.. sampai demam member..aku relek je.. last sekali aku panggil sorang abang tu gi tangkap benda tu.. hasilnya dapatlah tangkap anak dan mak.. aku nampak dengan mata aku sendiri kelibat dalam botol tu..

kalau TT ada rezeki lebih buatlah kenduri doa selamat kat umah tu.. takpun buat cara aku tadi.. kalau rajin baca yasin kat satu bilik sorang2 pada malam hari.. seelok-eloknya 7 kali.. kalau nasib TT baik dia akan datang pada bacaan yang ke 7 tu.. ni kawan aku penah buatlah.
 
Last edited:
aku dah kena dah dgn rumah b'hantu (maksud aku berjin)..
 
hampir sama dgn pengalaman aku cuma aku tak tau nak citer...hehe
 
aku kat rumah ni... Plan nak mengecat kejap lagi. Silap taktik pulak terbukak thread ni. Tak pasal2 meremang bulu roma...
 
Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.

a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, "amanarasuul... " dan empat Qul.

b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini "Allahumma rabiissamaawatissab'i wamaa azlalna warabbil ardinassab'i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a'uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa".
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa "A'uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq", kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca "bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa 'alallhi tawakkalnaa" sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam "assalaamu'alaikum... ." jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah "assalaamu'alainaa wa 'alaa 'ibaadillahis solihiin". Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.

c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.

Wallhu a'lam bissowaab

sumber
 
Back
Top
Log in Register