kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
SHAH ALAM, 17 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250 kepada setiap keluarga terbabit bencana banjir di negeri itu.
Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi, berkata peruntukan sekali setahun itu membolehkan mangsa menerima bantuan kewangan segera selain keperluan lain.
“Sebelum ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan kewangan, namun selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), tahun ini kita luluskan peruntukan kewangan.
“Walaupun jumlah pampasan itu tidak banyak, namun kita mengharapkan ia dapat meringankan beban mangsa,” katanya kepada SelangorKini.
Semalam, Dr Daroyah turun padang melawat dan menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada 200 keluarga terjejas banjir di Jalan Lautan Samudera, Puncak Alam
Dr Daroyah berharap kerja pengorekan dan pembersihan kolam dapat disegerakan supaya musibah sama tidak berulang.
“Saya dimaklumkan kejadikan ini merupakan kali kedua berlaku dalam tahun ini. Kita mahu semua pihak terbabit dapat menyegerakan kerja pengorekan dan pembersihan,” katanya.
Semalam, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor kini rancak menyiapkan kerja pengorekan Kolam Puncak Alam 2 dan Kolam Puncak Bestari sebagai penyelesaian jangka masa panjang banjir di kawasan itu.
Katanya, pengorekan itu dilakukan bagi menampung kapasiti lebihan air hujan lebat dan kerja naik taraf membabitkan kos RM2.8 juta itu dijadual siap pada Jun 2016.
Kelmarin, kira-kira 200 penduduk di Bandar Puncak Alam Fasa 2, di sini terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara ekoran kediaman dilanda banjir kilat.