BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Sandakan: PM Anwar Umum Pelbagai Bantuan Segera Bagi Ringankan Beban Mangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141
1a70e2c6f9e39c46e28163b11360059269e8e083d15a4

24ba166b947e128919861181377df55f69e8e095b900d

0b2a0e03c3a4da45e93cb1b08dfc8a5269e8e0a69839e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya sesuatu kepada mangsa kebakaran Mohamad Albani Alang, 76, ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi, hari ini
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelbagai bentuk bantuan segera, bagi meringankan beban mangsa kebakaran Taman Bahagia di Sandakan, Sabah.

Antaranya, sumbangan ihsan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,500 kepada setiap keluarga melibatkan kira-kira 300 keluarga, dengan anggaran keseluruhan RM450,000 yang akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pengumuman itu dibuat ketika Perdana Menteri melawat mangsa terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi, Sandakan yang melibatkan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah serta beberapa kementerian berkaitan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sabah turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga terlibat, manakala Yayasan Kebajikan Sabah menyampaikan bantuan tambahan sebanyak RM1,000.

Anwar berkata Kementerian Pendidikan pula akan menyediakan bantuan khas RM300 bagi setiap anak warganegara Malaysia yang bersekolah, melibatkan 454 murid daripada 12 sekolah.

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara pula, menyediakan penggantian percuma dokumen pengenalan diri menerusi perkhidmatan bergerak ke lapangan Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR), merangkumi Sijil Kelahiran, MyKid, MyKad, Sijil Kematian dan Sijil Perkahwinan bukan Islam.

Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia turut menyediakan penggantian pasport bagi mangsa yang terjejas.

Menerusi hantaran di Facebook kemudiannya, Anwar berkata ia bukan sekadar bantuan, tetapi cerminan ihsan dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan tiada yang ditinggalkan dalam saat getir ini.

“Sumbangan tunai, sokongan kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah serta penggantian dokumen penting dilaksanakan tanpa lengah, agar mereka bangkit semula dengan lebih yakin dan bermaruah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register