BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Pendidikan Perak Ringankan Beban Keluarga, Bantu Pelajar Capai Kejayaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,678
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,678
Reaction score
97
Points
80

Bantuan Pendidikan Perak Ringankan Beban Keluarga, Bantu Pelajar Capai Kejayaan​

3ff7a66bf21f4a32f8f221bc8afde1f26a5792d531a87

36afdbb3adbbf6341fcd6fb2559d26436a57931fe2993

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bantuan pendidikan disediakan Kerajaan Negeri Perak menerusi Biasiswa Menteri Besar bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga pelajar, tetapi juga digunakan mereka sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Penerima biasiswa, Yoong Lam, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuff berkata bantuan RM1,200 diterimanya setiap semester digunakan membayar yuran, membeli buku rujukan dan mengikuti kelas tuisyen.

Yoong yang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berkata bantuan berkenaan meringankan beban bapanya yang bekerja sendiri sebagai pencari nafkah utama keluarga.

“Biasiswa ini sememangnya banyak mengurangkan beban ibu bapa, jadi saya harap pelajar lain belajar bersungguh-sungguh supaya berpeluang menerima bantuan seperti ini,” katanya yang ditemui pada majlis Apresiasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 Peringkat Perak di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengarah Pendidikan Perak Zulkafli Mohamed Mokhtar dan Pengurus Besar Yayasan Perak Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Muhammad Haziq Hafit, 19, dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syar’Iyyah, Bagan Datuk berkata bantuan RM1,000 yang diterimanya dimanfaatkan sebagai persediaan memasuki universiti.

"Bantuan ini memberikan kelegaan kepada keluarga saya dalam menyediakan keperluan awal sebelum memulakan pengajian. Saya bercadang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya (UM),” katanya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Muhammad Taufiq Ikwan Mohammad Asri, 19, dari sekolah sama pula berkata bantuan itu akan digunakan bagi membuat persiapan melanjutkan pengajian ke Mesir.

"Walaupun jumlahnya tidak sebesar biasiswa lain, amat bermakna terutama bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register