BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balak Hanyut Banjir Bukan Percuma, Penduduk Di Larang Ambil

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
19.12.2025 - Timbalan Ketua Suruhanjaya IV Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Alex Indra Lukman menyatakan bahawa penduduk di Sumatera Barat dan Aceh tidak sepatutnya mengambil kayu balak yang hanyut akibat banjir, lapor portal berita nentralnews.com semalam. Namun, katanya, pengurusan kayu selepas banjir tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa peraturan jelas. Ia perlu dirujuk kepada Undang-Undang Nombor 18 Tahun 2008 mengenai Pengurusan Sisa.

“Kita melihat penduduk menjadikan kayu pelbagai saiz dan jenis sebagai barangan bernilai ekonomi seperti papan dan seumpamanya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana pengendaliannya mesti merujuk kepada Undang-Undang Nombor 18 Tahun 2008 mengenai Pengurusan Sisa,” ujarnya.

Kayu pelbagai saiz dan jenis itu kini banyak digunakan oleh penduduk sebagai bahan binaan untuk membaiki rumah selepas banjir serta tanah runtuh berlaku hujung bulan lalu. Alex menjelaskan bahawa Peraturan Pemerintah Nombor 27 Tahun 2020 sebagai panduan teknikal Undang-Undang Pengelolaan Sampah memberikan ruang kepada kerajaan pusat mahupun daerah untuk memanfaatkan sisa akibat bencana menjadi aktiviti bernilai ekonomi. Beliau menyarankan agar pihak berkuasa tempatan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk membersihkan timbunan kayu tersebut supaya proses pembersihan dapat dilakukan pada kadar segera. Sementara itu, di Aceh, Gabenor Muzakir Manaf juga melarang mana-mana pihak mengambil kayu balak yang dibawa banjir kecuali untuk kepentingan kecemasan atau sebagai barang bukti penyelidikan.
1766142512819.png
 
‘Saya Fikir Dunia Sudah Kiamat’- Mangsa Banjir Aceh

21.12.2025 - “Saya fikir dunia sudah kiamat, semuanya sudah selesai, sudah berakhir hidup kita”. - Itu Rostam yang Imam Surau Desa Geudumbak Aceh Utara dekat sini ketika ditemui semasa pulang daan melihat rumahnya selepas banjir besar surut pada 28 November lalu. Menurutnya, perasaan itu tidak dapat digambarkan kerana rumah, kereta dan tanaman dan haiwan ternakan semuanya sudah hanyut dalam banjir besar yang bermula pada 26 November lalu. Rostam menceritakan, kejadian tersebut berlaku pukul 8 pagi dan ketika itu air sudah naik ke paras lutut di rumahnya dan tiga jam kemudian sudah naik ke paras dada orang dewasa. Bapa kepada empat anak itu menerima panggilan telefon daripada penduduk yang menyuruhnya dan penduduk desa berkenaan keluar kerana air banjir sudah semakin tinggi.

“Saya bersama-sama anak lelaki dan perempuan manakala isteri saya terpisah semasa mahu keluar menyelamatkan diri daripada banjir. Kami mula menyelamatkan diri kerana banjir sudah naik sehingga 5 meter pukul 2 pagi, kami pun panik” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Misi Kemanusiaan Sumatera 2025 di surau desa tersebut, semalam yang dijadikan pusat perlindungan mangsa banjir dan tempat mengagihkan pelbagai bentuk bantuan. Misi tersebut dianjurkan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) dan Pasaraya Econsave yang bermula 18 hingga 23 Disember ini dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir terutama di Sumatera dan Aceh. Bercerita lanjut, Rostam berkata, disebabkan tidak sempat keluar dari desa kerana arus semakin deras dan dalam, dia dan dua anaknya bersama-sama penduduk lain berteduh atas pokok kelapa sawit. Sebahagian penduduk yang tidak sempat melarikan diri turut berlindung atas pokok kelapa sawit selain pokok lain yang tinggi selain duduk atas bumbung rumah dan surau.

“Saya bersama-sama yang lain terperangkap atas pokok kelapa sawit dua hari dua malam, tiada makan atau minum, hanya meneguk air hujan untuk menghilangkan rasa haus. Keadaan sangat sukar, ada orang tua, bayi dan kanak-kanak yang menangis di atas pokok. Selepas dua hari dan air surut, kami pulang ke rumah dan mendapati sudah tiada apa yang tinggal,” katanya.

Apa yang ada, katanya, hanya timbunan sisa kayu dan kayu balak settingi kira-kira empat meter yang sudah menutup jalan serta rumah penduduk.

“Kita semua sedih. Tidak tahu dari mana datang kayu-kayu yang sangat banyak. Kita terfikir macamana hidup selepas ini? Tanaman semua musnah. Sebahagian penduduk ada yang menangis, resah dan ada yang meninggal dunia,” katanya.
1766293328517.png
 
“Saya bersama-sama anak lelaki dan perempuan manakala isteri saya terpisah semasa mahu keluar menyelamatkan diri daripada banjir. Kami mula menyelamatkan diri kerana banjir sudah naik sehingga 5 meter pukul 2 pagi, kami pun panik” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Misi Kemanusiaan Sumatera 2025 di surau desa tersebut, semalam yang dijadikan pusat perlindungan mangsa banjir dan tempat mengagihkan pelbagai bentuk bantuan. Misi tersebut dianjurkan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) dan Pasaraya Econsave yang bermula 18 hingga 23 Disember ini dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir terutama di Sumatera dan Aceh. Bercerita lanjut, Rostam berkata, disebabkan tidak sempat keluar dari desa kerana arus semakin deras dan dalam, dia dan dua anaknya bersama-sama penduduk lain berteduh atas pokok kelapa sawit. Sebahagian penduduk yang tidak sempat melarikan diri turut berlindung atas pokok kelapa sawit selain pokok lain yang tinggi selain duduk atas bumbung rumah dan surau.

“Saya bersama-sama yang lain terperangkap atas pokok kelapa sawit dua hari dua malam, tiada makan atau minum, hanya meneguk air hujan untuk menghilangkan rasa haus. Keadaan sangat sukar, ada orang tua, bayi dan kanak-kanak yang menangis di atas pokok. Selepas dua hari dan air surut, kami pulang ke rumah dan mendapati sudah tiada apa yang tinggal,” katanya.

Apa yang ada, katanya, hanya timbunan sisa kayu dan kayu balak settingi kira-kira empat meter yang sudah menutup jalan serta rumah penduduk.

“Kita semua sedih. Tidak tahu dari mana datang kayu-kayu yang sangat banyak. Kita terfikir macamana hidup selepas ini? Tanaman semua musnah. Sebahagian penduduk ada yang menangis, resah dan ada yang meninggal dunia,” katanya.
Banjir sampai 5 meter punyalah teruk. Pas tu duduk atass pokok sawit dua hari. Pas tu ada yg boleh sibuk pasal kayu balak kena curi. Gila.
 
Lapan Maut Akibat Kebuluran, Kesejukan

21.12.2025 - Sekurang-kurangnya lapan penduduk Desa Geudumbak, Kecamatan Langkahan, Aceh Utara meninggal dunia akibat kelaparan dan kesejukan ketika berpaut pada pelepah dan pucuk pokok kelapa sawit sewaktu banjir besar melanda kawasan penempatan itu, kira-kira tiga minggu lalu. Mayat seorang daripada mereka tidak ditemui sehingga hari ini manakala tujuh mayat lagi ditemui di bawah timbunan batang kayu balak yang hanyut ketika banjir melanda pada 26 November lalu. Mangsa banjir terbabit pada mulanya berlindung di atas atap rumah tetapi kemudiannya terpaksa berpaut pada pelepah pokok kelapa sawit dan pokok buah-buahan apabila rumah mereka mula hanyut dan tenggelam akibat dihentam batang balak dan pohon besar. Pada masa sama, lebih 40 penduduk termasuk kanak-kanak dan bayi melalui pengalaman menakutkan apabila terpaksa berlindung di atas atap sebuah surau selama dua hari dua malam untuk menyelamatkan diri selepas kediaman mereka mula dinaiki air pada tengah malam hari kejadian. Imam surau kampung berkenaan, Rostam Abdullah, 49, berkata, penduduk berdekatan surau dua tingkat di kampung berkenaan terpaksa memanjat sehingga ke bumbung ketika banjir kerana sudah terkepung dengan air sungai yang melimpah deras.

"Air banjir dari sungai naik dengan cepat sehingga menenggelamkan bahagian bawah dan merobohkan sebahagian struktur surau. Penduduk yang tidak sempat keluar dari kampung menyelamatkan diri sehelai sepinggang ke surau ini. Namun air terus naik sehingga ke tingkat dua dan memaksa mereka sama ada lelaki atau wanita, kanak-kanak memanjat naik ke bumbung termasuk saya. Terdapat seorang mangsa banjir mengalami strok. Sebelum banjir hampir menenggelamkan tingkat dua surau ini, lelaki strok berkenaan diikat dengan tali sebelum ditarik naik ke atas. Keadaan amat cemas, sukar dan menakutkan kerana sekeliling sudah menjadi lautan," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan sempena Misi Kemanusiaan Sumatera 2025 di surau tersebut, yang dijadikan pusat perlindungan mangsa banjir dan tempat mengagihkan bantuan.

Misi itu dianjurkan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) dan Pasar raya besar Econsave yang bermula 18 hingga 23 Disember ini dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir di wilayah Aceh dan sekitarnya. Rostam berkata, keadaan menjadi semakin cemas apabila hujan berterusan tiga hari tanpa henti dan banjir bertambah buruk hingga arus derasnya membawa batang kayu serta balak yang hanyut dari gunung berdekatan. Menurutnya, longgokan kayu balak yang dibawa arus itu kemudian seperti membentuk benteng di tepi surau berkenaan seolah-olah menghalang banjir daripada terus merobohkan struktur bangunan surau. Pada masa sama katanya, dapat dilihat arus banjir yang membawa kayu balak merobohkan lebih 100 rumah penduduk sebelum hanyut dan hilang ditelan arus deras dalam sungai di kampung itu.

"Rumah saya turut runtuh dan hilang sekelip mata. Rumah dan kereta saya hanyut dan yang tinggal kini hanya tapak rumah. Lebih 200 hektar kebun milik penduduk kampung ini juga musnah. Terdapat kira-kira 150 rumah di desa ini dan lebih 100 rumah hanyut iaitu hampir 80 peratus rumah di kampung ini. Keadaan itu membuatkan mangsa banjir terbabit hilang tempat tinggal dan terpaksa tinggal di surau ini dan mendirikan khemah," katanya.

Imam itu berkata, sepanjang dua hari berlindung atas bumbung surau, penduduk hanya minum air hujan dalam keadaan hujan dan kesejukan serta terpaksa menahan lapar selama dua hari dua malam. Selepas dua hari katanya, air mula surut tetapi hanya di tingkat dua surau itu dan mereka berlindung pula di tingkat dua dan tidak dapat pergi ke mana-mana kerana tingkat bawah masih tenggelam.

"Semasa banjir, sebahagian penduduk berlindung di surau ini manakala yang lain ke tempat tinggi dan mendirikan khemah selain ada juga yang memanjat pokok kelapa serta pokok kelapa sawit.

Rostam berkata, penduduk bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak dalam dan luar negara yang menyumbang termasuk dari Malaysia kerana prihatin dengan nasib mereka.​

1766301804699.png
 
Mangsa Banjir Sumatera Bakal Terima Elaun RM2.40 Sehari

21.12.2025 - Mangsa banjir pulau Sumatera akan menerima bantuan pemerintah termasuk elaun sara hidup harian, bantuan ganti rugi isi rumah dan pampasan untuk ahli keluarga yang terkorban dalam bencana yang telah meragut lebih 1,000 nyawa di tiga wilayah itu, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA). Menteri Hal Ehwal Sosial, Saifullah Yusuf berkata, pemerintah sedang mempertimbangkan skim elaun sara hidup harian untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

“Sebaik sahaja terdapat perumahan sementara atau perumahan tetap (tersedia untuk mereka), mereka akan menrima elaun sara hidup yang disediakan selama tiga bulan. Setiap individu dalam setiap keluarga akan menerima bantuan kewangan sebanyak 10,000 rupiah (RM2.40) sehari. Elaun sara hidup adalah 10,000 rupiah untuk setiap individu. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang akan menerima 50,000 rupiah (RM12.20) setiap hari selama tiga bulan” kata Saifullah seperti dipetik laman berita Detik.

Beliau menambah, jumlah elaun yang dicadangkan masih dalam perbincangan dengan Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan, Pratikno bagi memastikan ia memenuhi taraf hidup semasa. Selain itu, pemerintah juga merancang untuk mengagihkan 3 juta rupiah (RM730) untuk membantu isi rumah yang terjejas membeli dan menggantikan perabot serta barang keperluan lain yang rosak atau hilang, lapor media tempatan.

“Ini bertujuan untuk membantu menggantikan barangan rumah seperti peralatan dapur, kerusi, meja dan keperluan asas lain,” katanya Khamis lalu.

Pemerintah juga sedang menyediakan pampasan untuk mangsa yang meninggal dunia dan cedera parah.

“Keluarga mangsa yang meninggal dunia akan menerima 15 juta rupiah (RM3,700), manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah akan menerima 5 juta rupiah (RM1,200)”, kata Saifullah.

Sehingga kelmarin, jumlah kematian mencecah 1,068 orang, dengan lebih 190 orang masih hilang dan kira-kira 7,000 cedera di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara selepas Siklon Senyar melanda pada akhir November lalu.
1766315690695.png
 
Macam lebih teruk dari sunami. Sambai kayu balak musnahkan 100 rumah dan org mati kebuluran menunggu air reda. Ngeri.

Aku kena ucap tankiu dgn Sultan Abu Bakar bina parit-parit gergasi kat kawasan aku. Tak pernah banjir walaupun hujan teruk.
 
dia nak sangat ikut undang-undang kata tak boleh ambil kayu kann..
ramai-ramai call jabatan kerajaan yg terlibat setiap jam,
suruh datang segera ambil balik kayu2 & sampah tu
buat menyemak kampung je
 
Back
Top
Log in Register