BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar kabel dalam rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KANGAR: Bau hangit yang menyelubungi ruang udara di Taman Desa Pauh, dekat sini, mendedahkan lokasi sebuah rumah yang menjadi tempat pemprosesan wayar kabel sebelum dilebur bagi mendapatkan tembaga.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, menyerbu rumah terbabit dan menemui sebahagian besar wayar kabel dipercayai dicuri termasuk yang siap diproses, pada jam 2 petang kelmarin.


Enam lelaki berusia 30-an dari keturunan Orang Asli berasal dari Perak, dipercayai terbabit dalam kerja melebur dan mengutip wayar kabel serta pemilik rumah ditahan untuk siasatan lanjut.

Nashir berkata, pemilik rumah berusia 30-an itu dipercayai menggunakan khidmat Orang Asli berkenaan untuk melakukan kerja mengutip dan melebur wayar kabel yang dicuri bagi mendapatkan tembaga sebelum dijual kepada peraih.


“Dia menjadikan rumah lot tepi berkenaan sebagai markas operasi tanpa menyedari kegiatan terbabit menimbulkan kegelisahan jiran berikutan bau kurang menyenangkan akibat pembakaran wayar kabel.


“Ketika serbuan, sekitar rumah itu dipenuhi wayar kabel termasuk berguni-guni mengandungi tembaga yang siap diproses. Barangan itu dipercayai dicuri di negeri ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Beliau berkata, semua stok kabel yang ditemui di dalam rumah terbabit dipercayai diperoleh melalui dua cara iaitu curi dan penyelewengan sebelum diproses atau dibakar untuk mendapatkan tembaga di dalamnya


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bakarkabeldalamrumah/Article/index_html
 
huhu..mujur rumah xterbakar...
lam umah pon jadi wat projek camni...
 
Back
Top
Log in Register