BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami reda, isteri bakar rumah kerana marahkan anak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141
Geli-bakar.webp

Keadaan rumah pasangan tersebut yang musnah. - Tribun Medan

JAKARTA – Seorang wanita di Buton, wilayah Sulawesi Tenggara membakar rumah sendiri selepas bertengkar dengan suaminya gara-gara ditegur memarahi anak, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Ketua Polis Wolowa, Inspektor Pertama La Nasiri berkata, dalam kejadian kelmarin sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), wanita tersebut pada awalnya mencari anaknya yang berusia enam tahun sebelum memarahi kanak-kanak tersebut.

“Selepas menemui anaknya, dia membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah lalu memukulnya di bilik tidur,” kata Nasiri.

Pada masa itu, si suami berada di ruang tamu dan mendengar kejadian tersebut sebelum  dia menegur tindakan isterinya.

Teguran itu mencetuskan pertengkaran sehinggakan wanita tersebut memberitahu bahawa dia akan membakar rumah mereka.

Dia kemudian pergi ke dapur untuk mendapatkan tin minyak tanah lalu menyimbah dinding dan lantai rumah yang diperbuat daripada kayu.

“Si isteri menyalakan mancis dan membakar kain yang tergantung di dinding yang telah disimbah dengan minyak tanah, menyebabkan kebakaran besar,” jelas Nasiri.

Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan berkata, dia reda dan tidak akan membuat laporan polis terhadap isterinya.

“Suaminya meminta polis untuk tidak meneruskan proses perundangan memandangkan isterinya sering mengalami gangguan mental sejak kemalangan dan pernah koma selama seminggu sebelum ini,” kata Nasiri. – AGENSI

 
Marahkan nyamuk, kelambu dibakor,
Marahkan suami, rumah dibakor bini....

Waspadalah suami2 jgn sakiti hati bini,
Tak gitu adinda ku yg fatty bombom tapi Manis?

Ekekeke 😆
 
Back
Top
Log in Register