BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marahkan isteri, suami roboh rumah sendiri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141
roboh-rumah.webp

Si suami mengendalikan sendiri jengkaut ketika merobohkan rumahnya. - TikTok

JAKARTA – Seorang suami di Sragen, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumahnya sendiri gara-gara marah selepas mendapat tahu bahawa isterinya berlaku curang, lapor laman berita Lambe Turah hari ini.

Dalam satu video tular yang dimuat naik di platform TikTok, sebuah jengkaut dilihat merobohkan sebuah rumah, sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi rata.

Jentera berat itu dikendalikan oleh lelaki itu sendiri, yang dikatakan sudah hilang sabar dengan sikap isterinya.

“Lagi insiden kecurangan sehingga rumah dirobohkan di Sragen. Kecurangan membuatkan si suami marah,” kata keterangan video tersebut.

Sejumlah penduduk setempat juga dilihat memerhatikan kejadian tersebut sambil menunjukkan reaksi terkejut dengan tindakan si suami.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tetap meneruskan tindakan itu meskipun ia merupakan rumah hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Video itu menerima pelbagai komen pengguna media sosial dengan ada yang berpendapat ia adalah salah satu cara seseorang menzahirkan kemarahan akibat dicurangi.

Sebilangan netizen pula mengecam tidakan tersebut kerana ia dianggap merugikan harta benda yang dibangunkan dengan wang sendiri. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register