BTC USD 83,096.5 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya dosa riba

kalau nak elak 100%.. macam tak lojik ler pula
nak lari duduk dalam hutan, lagi tak lojik
Khalifah mende lari daripada masyarakat dan duduk dalam hutan
Khalifah yang lari daripada masalah?
dan Rasulullah SAW pun tak lari apabila diletakkan dalam masyarakat Jahilliyah..
tetapi berusaha memperbaiki situasi sedikit demi sedikit ..
sehinggalah dipaksa untuk berhijrah (rancangan bunuh)

so.. rasanya jalan terbaik ialah mengambil jalan yg adil untuk setiap aspek..
cuba sedaya upaya untuk tidak memudaratkan diri dan orang lain
sambil berusaha tergolong dalam "golongan yang memperbaiki amal"
mengelakkan riba sebaik yang mungkin dan improve dari hari ke hari utk bebas daripada riba..
Allah pun kata akan maafkan orang yang sentiasa ikhlas berusaha "memperbaiki amal"
sabar, dan istiqamah...

Wahai anak-anak Adam!
Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu
yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku
maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya
tidak ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[al-Araf:35]

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki amalan mereka
dan mereka pula berpegang teguh kepada Allah
serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah
maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman
dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

[An-Nisaa:146]

kita manusia jer, banyak tanggung-jawab dan limitation
satu yang kita lihat baik kepada diri kita sendiri pada suatu sudut
mungkin akan mendatangkan ketidapuasan di hati orang dari sudut yang lain...
jadi.. mana mampu terus berubah 100%
baby pun tak boleh terus berlari dan dewasa
benih pun tak jadi pokok balak terus
air pun tak turun memenuhi lautan dalam masa serentak..
inikan pula iman manusia...
dah memang hukum alam macam tu.. semua macam tu
step by step, sabar, istiqamah dan buat bersungguh2...
ini lebih bernilai di sisi Allah daripada paksa diri 100%, pastu jadi kafir apabila gagal menghadapi ujian dan tekanan kehidupan :D
 
Last edited:
Pertama sekali saya ingin menekankan disini bahawa selagi kita masih menggunakan ' fiat money ' atau wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik atau nilai yang sebenar sebagai media perantara dalam urusan jual-beli selagi itu ianya masih Riba dan masih haram.

Al-Quran hanya mengikhtiraf Dinar dan Dirham yang berasaskan kepada emas dan perak sahaja sebagai duit ( media perantara ) dalam urusan jual-beli atau perdagangan. Manakala Rasulullah SAW pula menyatakan emas, perak, kurma, garam, gandum dan barli sahaja yang boleh di gunakan sebagai duit.

Ini memberi isyarat bahawa selagi kita tidak kembali kepada dinar dan dirham selagi itu kita belum bebas dari Riba. Dinar dan Dirham adalah merupakan inti utama dalam sistem kewangan Islam. Berdasarkan kepada kefahaman ini maka sehingga ke hari ini belum ada lagi apa yang boleh kita panggil sebagai perbankan Islam atau kewangan Islam yang benar-benar patuh syariah.

Kedua, apa pun model pembiayaan yang di wujudkan pada hari ini ianya adalah merupakan produk-produk kepada pembiayaan secara Islam. Apa yang lebih penting dan lebih utama dalam membangunkan sistem kewangan Islam adalah struktur, platform, mekanisme dan lanskapnya yang menepati kehendak Islam. Ini perkara-perkara asas yang perlu di bangunkan terlebih dahulu untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan Sistem Kewangan yang bebas Riba.

Kita tidak akan dapat membangunkan institusi-institusi kewangan Islam yang benar-benar patuh syariah apalagi produk-produknya sebelum kita membangunkan perkara-perkara yang tersebut di atas.

Saya mohon maaf kerana tidak berupaya untuk menjelaskan secara terperinci mengenai struktur, platform, mekanisme dan lanskap kewangan Islam di sini kerana ruangan ini agak terbatas. Saya menyarankan agar sdra mengikuti seminar WICC untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kewangan Islam versi WICC.

Kembali mengenai American Finance House, maklumat yang boleh di dapati mengenai mereka amat sedikit. Oleh itu komen saya mengenai operasi pembiayaan mereka agak terhad. Apa pun kerana ciri-ciri asas kewangan Islam itu tidak wujud maka bolehlah saya simpulkan bahawa operasi mereka masih belum patuh syariah.

Selain model pembiayaan mereka, struktur modal mereka juga perlu di lihat dan di titik beratkan. Di peringkat operasi pula, persoalan yang perlu di lihat adalah sama ada bercampur urusan yang halal dan yang haram. Ini juga isu penting dalam memahami amalan kewangan Islam.

Kesimpulannya, kerana masih belum wujud ciri-ciri yang menjadi karektor dalam kewangan Islam maka belum ada institusi-institusi atau produk-produk kewangan Islam yang benar-benar patuh syariah setakat ini. Perlu di ingatkan sekali lagi, ada beberapa perkara dasar yang perlu di bangunkan terlebih dahulu sebelum kita berupaya mewujudkan sistem kewangan Islam yang benar-benar patuh syariah. Sekian, harap maklum.
 
ayat-ayat berkaitan riba.

Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba
(yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,
jika benar kamu orang- orang yang beriman.
(Al-Baqarah 2:278)

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan
(perintah mengenai larangan riba itu),
maka ketahuilah kamu:
akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat).
Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu
(yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim
kepada sesiapa, dan kamu juga
tidak dizalimi oleh sesiapa.
(Al-Baqarah 2:279)

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu makan atau mengambil riba
dengan berlipat-lipat ganda,
dan hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah supaya kamu berjaya.
(A-li'Imraan 3:130)

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba
padahal mereka telah dilarang melakukannya,
dan (disebabkan) mereka memakan harta orang
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan
bagi orang-orang yang kafir di antara mereka,
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(An-Nisaa' 4:161)


jika diteliti betul-betul riba itu diambil oleh orang
yang memberi hutang, bukan oleh orang yang berhutang.
tetapi pihak tertentu telah memutarbelitkan makna ayat
-ayat itu, sehingga orang yang berhutang juga diancam
oleh dosa riba.
mereka juga menyuruh orang awam berhutang dengan
bank islam yang katanya tidak mengenakan riba,
tetapi pada hakikatnya bunga yang dikenakan
oleh bank islam lebih
tinggi dari bank convensional.

Salaam,..

Ada hadith yg den nak kongsikan..

“Tidak boleh ada dua akad dalam satu akad jual beli.
Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat pemakan riba,
yang memberi makan orang lain dengan riba,
dua saksinya, dan pencatatnya.”
(HR. Ibnu Hibban no. 1053, Al-Bazzar dalam Musnad-nya no. 2016 dan Al-Marwazi dalam As-Sunnah (159-161) dengan sanad hasan)


4 GOLONGAN RIBA :

a) Pemakan Riba
(cth: Standard Chartered, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Public Bank >front door RIBA)
(cth: Maybank Islamic, RHB Islamic, CIMB Islamic i.e. undercover Islamic Banking >back door RIBA )
sistem yang diaplikasi adalah masih sama dengan fundamental kewangan konvensional.

b) Memberi makan orang lain dengan riba
(Saya, Kita, Anda dan Mereka: rujuk PTPTN, PINJAMAN BANK UNTUK BELI RUMAH & KENDERAAN atas nama INTEREST/’FLOWER’!)


c) dua saksinya .
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)

d) pencatatnya.
(pekerja bank, pegawai bank, pengurus bank)


Definisi paling ringkas dan bagus adalah yang diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Maram:

Bahawa makna riba adalah:
“Penambahan pada dua perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).” (Syarhul Buyu’, hal. 124)

p/s : kopi & pasta sahaja..

mencari rezeki
faisal_moukei
 
Bentuk-bentuk Riba dalam al-Quran


1. Perbezaan Riba vs Jual-Beli; (al-Baqarah:275)

apa sahaja yang tidak dapat memenuhi syarat jual dan beli di dalam Islam, keberangkalian tinggi ia adalah riba


2. Perbezaan Riba vs Transaksi Berlipat ganda (transaksi atas angin, mlm); (ali-Imran:130)

apa sahaja yang diperolehi daripada keuntungan atas keuntungan, perolehan bukan daripada usahanya sendiri... keberangkalian tinggi ia adalah riba


3. Perbezaan Riba vs Sedekah (rasuah etc); (al-Baqarah:276)(ar-Rum:39)

apa sahaja yang tidak dapat memenuhi syarat sedekah zakat etc di dalam Islam, keberangkalian tinggi ia adalah riba


4. Perbezaan Riba vs Penindasan/Kezaliman (penipuan, pemerasan, judi etc); (an-Nisa:161)

apa sahaja yang tidak diperolehi secara adil atau melalui penindasan dan kezaliman etc, keberangkalian tinggi ia adalah riba
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register