BTC USD 84,742.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya dosa riba

goldtrack

Banned
Messages
2,309
Joined
Jun 15, 2008
Messages
2,309
Reaction score
91
Points
30
Nota Untuk Renungan : Dosa RIBA...

Apabila sesebuah kerajaan berhutang maka sebenarnya rakyatlah yang berhutang. Rakyatlah yg sebenarnya terlibat dgn RIBA. Ini bermakna semua orang terlibat dengan dosa RIBA. Termasuklah para ustaz dan para ulamak. Tidak ada yang terlepas dari dosa RIBA.

Dalam Islam, dosa RIBA adalah sangat menjijikkan. Ini kerana serendah-rendahnya dosa RIBA itu ia adalah sama dosanya dgn dosa kita berzina dengan ibu kita. Dan yang paling dahsyat mengenai RIBA...Allah SWT dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamal-pengamal RIBA. Baik yang memberi mahu pun yang menerima. Serta semua yang terlibat dalam mengendalikan urusan tersebut.

Namun yang menghairankan di sini para ustaz dan para ulamak kelihatannya tidak sedikit pun merasa gerun untuk berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Apatah lagi majoriti umat Islam pada hari ini. Dosa RIBA di anggap sebagai sesuatu yg sangat remeh. Sehingga tidak kelihatan sesiapa pun yang mempersoalkan dan mempertikaikan amalannya.

Malah kalau di Malaysia, dalam amalan undang-undang Syariahnya, pasangan lelaki perempuan yang berkhalwat di tangkap, tidak berpuasa di bulan Ramadhan di tangkap tapi pengamal RIBA yang dosanya jauh lebih besar tidak pula di tangkap. Walaupun mengamalkan RIBA di bulan Ramadhan tetap juga tidak ada sesiapa yang di tangkap. Kenapa ye ?

Mungkin kerajaan dan para ulamak merasakan yang dosa RIBA ini terlalu kecil dan tidak perlu di beri perhatian. Berperang dengan Allah berperang dengan Rasul pun tidak mengapa. Yang penting boleh terus meminjam dengan bank untuk beli kereta dan beli rumah. Kalau tak meminjam dengan bank macam mana nak beli kereta dan beli rumah.
 
tt terlibat tak dengan riba' ni? :)

confirmed terlibat, paling tidak tempias riba...
dan itu membuktikan "ujian akhir zaman" itu sangat berat...

cuma orang yg tak prasan tgh menghadapi ujian paling hebat
sebab kebanyakan orang mengambil pendekatan "anggap masalah tak wujud", atau "lepas tangan"
padahal masalah besar, masa terus berjalan...
dan takda boleh patah balik

boleh settle ker urusan akhirat dgn sikap macam ni?
ada surah dan ayat al-Quran yang cakap boleh? :-?

Abomb.gif




Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)
dan serangan penyakit
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat

[al-Baqarah:214]
 
Last edited:
1)dapat duit tiap bulan selama 12 bulan dgn cukup sekali beli emas tu amende plak TT? goyang telo dapat duit.

2)beli emas dgn kaedah ar-rahnu 30:70 tu amende TT?

3)perbezaan upah simpan kat ar-rahnu antara simpan saja dgn simpan dan pinjam duit tu amende plak TT?
 
confirmed terlibat, paling tidak tempias riba...
dan itu membuktikan "ujian akhir zaman" itu sangat berat...

cuma orang yg tak prasan tgh menghadapi ujian paling hebat
sebab kebanyakan orang mengambil pendekatan "anggap masalah tak wujud", atau "lepas tangan"
padahal masalah besar, masa terus berjalan...
dan takda boleh patah balik

boleh settle ker urusan akhirat dgn sikap macam ni?
ada surah dan ayat al-Quran yang cakap boleh? :-?

Abomb.gif

macamlah kau xlari dr terkena tempias riba..puiiih..:))
 
1)dapat duit tiap bulan selama 12 bulan dgn cukup sekali beli emas tu amende plak TT? goyang telo dapat duit.

2)beli emas dgn kaedah ar-rahnu 30:70 tu amende TT?

3)perbezaan upah simpan kat ar-rahnu antara simpan saja dgn simpan dan pinjam duit tu amende plak TT?

tu pun riba yg telah di islamisasikan istilah dan sebutannya... :">
 
Semuanya adalah riba.....
 
Back
Top
Log in Register