BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana mengumpul rm5j dengan thread ni. *Aku pun tgh cuba..

neocortex

Active Member
Messages
2,355
Joined
Jun 11, 2012
Messages
2,355
Reaction score
78
Points
40
Terjemahan 'lurus' oleh aku - Neocortex, credit to Wealth Dynamics.

Dengan nama Allah aku mulakan..

Jadi adakah ianya 'possible' atau munasabah untuk menjana nilai tersebut dengan thread ni?
Berita baiknya - YA BOLEH!!
Berita buruknya - IA MEMERLUKAN PERSEDIAAN SEBELUM KITA BENAR-BENAR BOLEH MELAKUKANNYA.

*Ianya lebih kepada umpama kita menonton video - 'Bagaimana untuk menerbangkan pesawat Boeing 747'.
Korang akan dapati ianya munasabah atau boleh untuk dilakukan. Tapi tentunya korang akan perlukan persediaan untuk hatta 'menghampiri' tahap itu.

Jadinya disini akan berikan 3 kaedah berlainan bagaimana orang di seluruh dunia boleh, telah dan akan melakukannya - dapatkan rm1j pertama atau terus rm5j atau sebarang nilai.

Aku mulakan dengan yang pertama, kemudian korang pilihlah yang mana yang sesuai dengan diri korang.

Cara Pertama - CREDIT:
Dimana korang pergi kepada mereka yang sememangnya mempunyai dana/modal lebih dari yang korang ingin dapatkan. Contohnya ayah atau pakcik atau kerabat korang yang sememangnya seorang puluhjutawan. Atau pihak bank. Satu pihak yang mempercayai korang. Yang mana plan bisnes/projek korang akan memberikan pulangan X untuk P faktornya.
X = Pulangan.
Faktor P = Profit ( Keuntungan )
*Korang perlukan KEPERCAYAAN untuk cara pertama ni. Cara ni diketahui paling BAHAYA takat ni kerana ianya berangkali akan melibatkan 'sandaran'.
Ini adalah kerana korang menggunakan modal orang dengan 'pulangan' yang dijanjikan samada setiap bulan atau tahun.
Satu maksud lain korang janjikan pulangan dimasa hadapan

Cara Kedua - CAPITALIZE:
Dimana korang boleh bahagikan pegangan dalam bisnes/syarikat/projek yang bakal korang tubuhkan. Unjuran pendapatan atau nilai bisnes korang boleh dicapai dalam tempoh tertentu.
*Antara kaedah yang 'mahal' kerana korang menawarkan sebahagian kekayaan korang. Share dalam perusahaan korang.

Cara Ketiga - CASHFLOW:
Sebenarnya cara ketiga ini adalah cara yang paling cepat untuk dapatkan rm1j tu jika ianya dilakukan sempurna, teliti dan ibu kepada segala persediaan untuk dapatkan dana tu.
Ianya memerlukan kemapanan. Perlukan konsistensi.
*Pandai jaga cashflow, bermakna sentiasa membuatkan sungai mengalir tanpa ada sekatan atau rintangan.

Kekayaan umpama sungai yang mengalir.
Cara pertama memungkinkan sungai korang mengalir dengan cepat.
Cara kedua memungkinkan sungai korang mengalir lebar dan dalam.
Cara ketiga memungkinkan sungai korang mengalir cepat, lebar dan dalam.

Perkara pokok adalah bagaimana korang mencipta nilai untuk produk atau idea korang.
Value atau nilai kepada apa yang korang plan nak atau sedang buat.
Kemudian sandarkan kepada apa yang berkaitan dengan korang ingin usahakan.
Contohnya Bill Gates: Value - Produk Microsoft disandarkan dengan industri komputer dan IT.

Jadi kesimpulannya:

Seseorang sentiasa bersedia untuk 'berkongsi' kekayaan mereka jika korang bersedia untuk berkongsi 'nilai' dengan mereka.
Setiap nilai ringgit tu dari nilai paling besar kepada nilai paling kecil sentiasa 'gugur' atau 'jatuh', mencari ruang untuk dimiliki. Kemudian ia akan naik semula ke keatas umpama air hujan yang jatuh dan kemudiannya tersejat ke awan.

Mengumpamakan ekonomi sebagai tingkat gelas yang disusun umpama piramid kemudian dituangkan air, ianya adalah berkenaan antara gelas-gelas, itu dimanakah korang?

*Bila korang dah mahir atau pandai menerbangkan Boeing 747, ianya bukan lagi berkenaan pesawat tu.
Ia berkenaan kemampuan dan cara atau jalan untuk sampai ke tahap tu.

Moga bermanfaat buat korang.
*Sebab aku faham ianya bermanfaat buat aku..dan aku sedang mengikutinya sebaik mungkin.
 
Last edited:
bagus ... dan aku percaya :)paid

Tapi tu lah ,... kena ada IDEA dan PLAN bisnes yang mantap :D
 
Hanya di carigold anda akan jadi jutawan.. Posible or imposible.. Tapi actually memang boleh... Just kena rajin dan berani jer.. Ada tak yah pakai modal dan boleh jadi kaya raya.. Yang penting effort tu
 
Hanya di carigold anda akan jadi jutawan.. Posible or imposible.. Tapi actually memang boleh... Just kena rajin dan berani jer.. Ada tak yah pakai modal dan boleh jadi kaya raya.. Yang penting effort tu

Hanya di carigold? Keh keh... Sungguh ka tok?

And macam mana nak jadi jutawan dengan tanpa modal tu?

Boleh beri pencerahan n tunjuk ajar?
 
Hanya di carigold? Keh keh... Sungguh ka tok?

And macam mana nak jadi jutawan dengan tanpa modal tu?

Boleh beri pencerahan n tunjuk ajar?

G jer kat bahagian hartanah.. tolong jualkan.. Mana ada pakai modal duit.. just kena usaha ler.. Freekan...:">

Tapi kalau diamati bukan hartanah jer banyak bis kat cg ni tak guna modal jer.. Survey jelah
 
G jer kat bahagian hartanah.. tolong jualkan.. Mana ada pakai modal duit.. just kena usaha ler.. Freekan...:">

Tapi kalau diamati bukan hartanah jer banyak bis kat cg ni tak guna modal jer.. Survey jelah

Contohnya dropship la tok ye...
 
aku mmg tabik n follow thread berkualitas mcm ni..keep it up bro
 
kaya dgn dropship dan jadi orang tengah jual tanah.. :))
 
Contohnya dropship la tok ye...

Kalau dropship boleh tapi kalau nak kaya jangan ambik agent.. Ambik reger.pemborong terus... Tapi payah sikit ni..

Jual kereta pun boleh.. Terbaru ada sorang newbie jual kereta murah murah cepat je laku:D
 
Back
Top
Log in Register