aku bagi pandangan lah yer kenapa ramai Melayu murtad,
kerana kita diajar mengenal agama utk PATUH bukannya TAAT (mengenal Tuhan), kita mengenal agama melalui cara syariatnya (iaitu ibadah dan cara hidup) sebaliknya kita agak jauh dari semua tu , sedangankan kita ada fiqh dlm beragama, sebahagian pendakwah dan umum yang dah ddk dlm level patuh ni dengan mudah menghambur kata2 kesat tanpa melihat situasi kehidupan saudara kita yg sdg dilanda permasalahan yang mendorong mereka utk keluar dari Islam
plus pula pendekatan missionaries agama dan fahaman lain ni jauh lbh baik dari pendakwah2 kita yg ada sbb mereka berjaya bawa keluar permasalahan dalam hidup mereka, bukan kearah material dengan ditabur harta kaya raya pon sekadar tlg cari pekerjaan sbg cth utk mereka hadapi kesusahan
benda ni sebilangan kecil shj pendakwah dan influencer kita yg berani utk buat, tp akhirnya dikecam dan difitnah hebat oleh bangsa kita sendiri (cth ebit liew dan abe hae) kerana mendekati golongan ni melalui cara hidup mereka (dakwah Rasulullah yang sebenar). Bukannya dgn ceramah dan audience yang grand utk populariti
mengapa patuh dan taat ni berbeza? patuh ni with lashes maksudnya dgn amaran, ketakutan dll.. sdgkan pendekatan taat/mengenal ini adalah dengan lemah lembut dan kasih sayang
setuju tak bila aku cakap SIKAP kita yg mengaku menganut agama Islam ini jauh dari sifat Allah sendiri yang kita kenal iaitu MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG, MAHA ADIL
jd pls share you views ..