apa yang tak kena denyan kenyataan saya?
1) Saya kata ini masalah feqah bukan tauhid. Kalau ada yang kata sembah berhala itu halal sudah tentu itu syirik sangat jelas. Dan itu masalah sembah berhala itu masalah tauhid. Tapi masalah sentuh **** dan samak ini adalah masalah feqah. Berbeza pendapat dalam masalah feqah itu rahmat. Tapi berbeza macamamane? Berbeza atas dasar ilmu atau nafsu?
2) Mengikut mazhab sunnah wal jamaah, imam mazhab feqah itu ada 4 yang utama; Shafie, Maliki, Hanbali, Hanafi. Jadi dalam bab samak bila sentuh **** ni, anda nak ikut mana antara yang 4 itu? Anda boleh ikut mana2 pun boleh antara 4 itu jika anda seorang ulama' mujtahid berilmu yang boleh mengeluarkan ijtihad. Tapi kalau anda orang awam bagaimana? Jadi ikut la mazhab tradisi tempat anda, jangan ikut syaitan.
3) Yang kecoh sangat pasal Wahabi ini ialah kekerasan pegangan mereka. Sehingga mereka ini mendakwa mereka tidak berpegang kepada mana-mana mazhab tetapi sangat berpegang teguh kepada Imam Ibn Taimiyah. Mereka juga menolak untuk berpegang kepada 4 imam mazhab feqah yang Ahli Sunnah Wal Jamaah pegang. Mereka keras pada orang Islam TETAPI lunak pada orang kafir. Lihatlah Arab Saudi yang bermazhab Wahabi Salafi.
Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.
Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.
Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.
Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.
Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.
Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.
Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 9199
Sumber:http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894