BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

B@bi tidak najis...?

adeh... ini thread b.a.b.i tapi dah jadi cam thread WAHABI pulak :-w:-w:-w
 
Hurmm...Ini Prof yang buka Thread "Leverage dalam Forex itu Haram-Uzar" kan? Anda pun copy paste apa yang UZAR, Mufti Perak, Monzer Kahf kan dalam tu?

Ko pun dikira Ular dalam Semak juga ke sebab cakap agama dengan bersandarkan apa yang ko copy paste?

p/s: Gurau jer Prof, bersama-sama kita amal apa yang kita kata...

hehe.. emosi nampak, aku copy dan aku paste, dan aku quit dpd forex.. semuanya aku amalkan.. Walk the talk! ;)

p/s: harap thesis yg ko buat berkualiti bukan main copy n paste jer.. :">

aku pun gurau gak.. jgn marah.. :p
 
hehe.. emosi nampak, aku copy dan aku paste, dan aku quit dpd forex.. semuanya aku amalkan.. Walk the talk! ;)

p/s: harap thesis yg ko buat berkualiti bukan main copy n paste jer.. :">

aku pun gurau gak.. jgn marah.. :p

bab copy paste tu kat forum ni walk the talk ke talk the walk? ke prinsip 'walk the talk ni' ada Had ada Hari...

p/s: aku tak berijtihad lagi pasal forex ni...tu sbb aku xde stand...kire aku pun walk the talk gak ek...hehehe...ada baiknya ko mintak Mufti Perak keluar fatwa berkenaan ISA...bagitau dia walk the talk, mufti....oppss..sori, lari tajuk pulak...thesis aku kalo nak lepas, atas examiner la...bukan atas aku...kalau tak lepas dpt PhD pun, kita accept jer la...tesis aku dlm bidang engineering, bukan agama k....!! Pasal tu aku bnyk copy paste bab agama ni...pasal aku takut sebarkan yang bukan2....


Ada satu story tu...dia ni duk study al-QUran dalam internet...jumpa la satu website bab Al-Quran...macam2 artikel Quran yang bernas...so, dia pun dengan guna maklumat website tuh, dia sebarkan pemahaman ilmu Al-Quran dalam forum-forum...last-last bila sampai satu tahap, dia nak ajak orang percaya Quran jer tanpa ikut Hadis...orang mintak dia keluarkan sumber2 berkenaan Quran yang diambil tu...rupanya dia amik dari website anti-hadis...dan ustaz yang dia belajar quran pun sebenarnya anti-hadis....Moral of the story, berkongsi la rujukan...
 
Last edited:
adeh... ini thread b.a.b.i tapi dah jadi cam thread WAHABI pulak :-w:-w:-w

tu la pasal...sape yg buat masuk isu wahabi...aku pun mendalami lg isu wahabi ni...sekejap ke kanan, sekejap ke kiri...
 
jgn sampai bertukar jd thread H1N1 sudah.. :p:">:D

Betul tu Prof...tapi H1N1 tu kira isu semasa la lagi...tp kalau dah masuk isu ULAR ke, isu SEMAK ke tak tau la ape kaitannya....:)):D:)cgrock:)paid
 
Apa yg melalut pulak kat sini sampi ada serangan peribadi nie??? konfius lak.....
 
saya ada kata salah keR? maaf ler kalau saudara terasa cuma saudara mengatakan ini soal feqah!! soalnya saya mengatakan kalau tauhid dah berbeza apakan lagi feqah.feqah takkan lari dari landasannya jika tauhid tidak berbeza.saya bukan simply bukak bab tauhid tu tapi saya ingin menerangkan.
kalau feqah dia dah kata **** boleh pegang.so kita kena tanya tauhid dia macam mana yang dia gunakan.kalau dah lari dari dasar tauhid yang kita tahu dari dan diamalkan sejak lama.maka kita perlu tolak coz orang yang mengajar feqah itu tauhidnya dah lari.

mahu belajar membaiki kereta kena tahu latar belakang orang yang mengajar kita.kalau dia tu tukang paip nak ajar kita betul kereta umpama beginilah yerk... ENJIN KERETA BOLEH CONVERT MASUK ENJIN KAPAL TERBANG. so disini anda nampak benda nie terang tak dia nak merosakkan akal kita? tapi kalau duk cerita PASAL BOLEH PEGANG **** tak nampak lak latar belakang yg duk bagi fatwa tu.

kesimpulannya FEQAH yang dicerita disini adalah TERSURAT dan bab TAUHID yang saya ceritakan adalah TERSIRAT.

so dua dua kita kena ambil tahu baru kita tahu orang yang nak sampaikan nie tak betul coz TAUHID dia pun dan berbeza apakan lagi FEQAH dia.
so faham?

jangan suka copy paste dari web lain lepas tu jadikan dalil awak kat sini... BELAJAR tanpa MENGKAJI tak guna kan?..
maaf ler kalau ayat saya kasar saudara ENCIKZ :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

aku tengok post engkau nie mcm org pandai.. so ada baiknya engkau terangkan ajar secara details kaitan isu ni dengan tauhid dan feqah........ tak perlu tunggu post org lain utk dikomen....
 
Apa yg melalut pulak kat sini sampi ada serangan peribadi nie??? konfius lak.....

Tu la pasal...
Sebelum aku mengundur diri ni, aku nak bawa thread ni back to the topic.

Aku terjumpa satu artikel ni...nampak menjawab kemusykilan kita bab samak ni...secara rumusan, mazhab syafie meletak satu standard yang sangat tinggi berkenaan penyucian dari terkena najis ni...

Pada aku boleh difahami la kenapa. Kalau **** itu dimakan haram, maka Mazhab Syafie meletakkan satu method yang sangat berhati-hati untuk menyucikannya. Ini supaya umat islam lagi berat untuk bergaul dengan **** ni, sebab nak menyucikannya susah...kalau menyucikannya senang, nanti senang-senang je umat Islam nak sentuh ****...lama-lama mungkin senang-senang je makan ****, mungkin umat Islam akan masuk bekerja dalam industri **** ni sebab senang sangat nak sucikannya...berkumur jer atau basuh jer...

Dalam erti kata lain Imam Syafie mungkin ingin buat apa yang dikatakan 'prevention, better than cure'...kalau susah nak samak ni, mesti kita keberatan nak pegang daging ni...makan jauh sekali

Tp memang pengamalannya susah dan tersangat susah...maka ramai ulama' pengikutnya memudahkan cara untuk menyucinya...

Wallahua'lam..

sumber:http://www.asrulmunir.com/tmp/badut.txt
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register