BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

B@bi tidak najis...?

ko x kisah ke klo ank ko pegang cik bab tu? klo anak ko main2 ngan cik bab tu? peluk2, cium2.. x kisah ke???:-?

apa yg ko cakap ni tudung34, baca la post aku biar bagi paham dulu...

aku ni mazhab syafie la...
 
Semakin diperbincangkan, semakin menimbulkan
was2 di dlm diri aku,better berpegang kpd pendirian bwh
b*b* itu najis, better ntuk aku yg cetek ilmu ini.
sebagai langkah mudah....
semasa kita belajar di sekolah rendah....
apakah perkara asa yg pak ustaz & ustazah ajar kita....?

b.a.b.i adalah tergolong dalam golongan Najis Mughallazah....
Kita pegang perkara itu telah memadai......
 
ini masalah feqah, bukan tauhid...nak pegang mazhab mana pun boleh kalau ade dalil yang kukuh...tp kalau apa satu pun tak tau, baik ikut mazhab yang dipegang secara tradisi dah la...

bile aku kata "nak pegang yang mana pun boleh kalau ada dalil yang kukuh" itu maksudnya merujuk kepada mana-mana pendapat mazhab imam yang 4 iaitu Shafie, Maliki, Hanafi & Hanbali. Kalau ada dalil yang kukuh itu jika anda seorang Ulama Mujtahid dan boleh berijtihad dan anda mahir ilmu usul fiqh dan dalil2 ini....

Tetapi kalau anda orang awam, berpegang lah dengan pegangan mazhab tradisi tempat anda. Maknanya, kalau diMalaysia ni Mazhab Syafie la...

Kalau nak jelas lagi berkenaan mencampur aduk mazhab feqah ni, boleh rujuk ini.

1) Bolehkah kita mencampur aduk mazhab seperti contohnya, kita ambil wuduk cara syafei, batal wuduk cara hanafi dll.

2) bolehkah kita mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah sehingga tercampur semua pendapat2 mazhab.

_________________

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Seseorang muqallid yang mencampur aduk pendapat beberapa mazhab dalam satu masalah yang mempunyai beberapa cabang yang berkait, dinamakan sebagai talfiq.

Majmak Feqah Islamiy dalam persidangannya pada tahun 1414H di Brunei, membuat ketetapan bahawa talfiq dilarang dalam situasi berikut:

- untuk mengambil pendapat yang mudah semata-mata kerana hawa nafsu, atau menyebabkan terabai prinsip yang digariskan untuk mengamalkan rukhsah.
- menyebabkan ia berlawanan dengan hukum qadha'.
- menyebabkan berlawanan dengan suatu yang telah diamalkan secara taqlid, dalam satu-satu kes.
- menyebabkan berlawanan dengan ijmak.
- menyebabkan terjadinya satu keadaan campur aduk yang tidak pernah dipersetujui oleh mana-mana mujtahid pun.

Adapun mengikut beberapa mazhab kerana melihat kepada kekuatan dalil, dengan tidak membawa kepada talfiq, bukan satu kesalahan.

2- Berkenaan mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah, ia jelas ditegah.

Dalam kitab 'Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih' karya Ibn Abdil Barr, dinukilkan kata-kata Sulaiman al-Taimiy, "Jika kamu mengambil pendapat mudah dari setiap orang alim, maka terhimpunlah segala keburukan pada kamu". (2/91).

Kemudian, Ibn Abdil Barr membuat komentar, "Perkara ini adalah ijmak yang aku tidak mengetahui ada perselisihan padanya".

Wallahu A'lam.

Sumber:http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2008/12/campur-aduk-antara-mazhab.html
 
apa yang tak kena denyan kenyataan saya?

1) Saya kata ini masalah feqah bukan tauhid. Kalau ada yang kata sembah berhala itu halal sudah tentu itu syirik sangat jelas. Dan itu masalah sembah berhala itu masalah tauhid. Tapi masalah sentuh **** dan samak ini adalah masalah feqah. Berbeza pendapat dalam masalah feqah itu rahmat. Tapi berbeza macamamane? Berbeza atas dasar ilmu atau nafsu?

2) Mengikut mazhab sunnah wal jamaah, imam mazhab feqah itu ada 4 yang utama; Shafie, Maliki, Hanbali, Hanafi. Jadi dalam bab samak bila sentuh **** ni, anda nak ikut mana antara yang 4 itu? Anda boleh ikut mana2 pun boleh antara 4 itu jika anda seorang ulama' mujtahid berilmu yang boleh mengeluarkan ijtihad. Tapi kalau anda orang awam bagaimana? Jadi ikut la mazhab tradisi tempat anda, jangan ikut syaitan.

3) Yang kecoh sangat pasal Wahabi ini ialah kekerasan pegangan mereka. Sehingga mereka ini mendakwa mereka tidak berpegang kepada mana-mana mazhab tetapi sangat berpegang teguh kepada Imam Ibn Taimiyah. Mereka juga menolak untuk berpegang kepada 4 imam mazhab feqah yang Ahli Sunnah Wal Jamaah pegang. Mereka keras pada orang Islam TETAPI lunak pada orang kafir. Lihatlah Arab Saudi yang bermazhab Wahabi Salafi.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 9199


Sumber:http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894


saya ada kata salah keR? maaf ler kalau saudara terasa cuma saudara mengatakan ini soal feqah!! soalnya saya mengatakan kalau tauhid dah berbeza apakan lagi feqah.feqah takkan lari dari landasannya jika tauhid tidak berbeza.saya bukan simply bukak bab tauhid tu tapi saya ingin menerangkan.
kalau feqah dia dah kata **** boleh pegang.so kita kena tanya tauhid dia macam mana yang dia gunakan.kalau dah lari dari dasar tauhid yang kita tahu dari dan diamalkan sejak lama.maka kita perlu tolak coz orang yang mengajar feqah itu tauhidnya dah lari.

mahu belajar membaiki kereta kena tahu latar belakang orang yang mengajar kita.kalau dia tu tukang paip nak ajar kita betul kereta umpama beginilah yerk... ENJIN KERETA BOLEH CONVERT MASUK ENJIN KAPAL TERBANG. so disini anda nampak benda nie terang tak dia nak merosakkan akal kita? tapi kalau duk cerita PASAL BOLEH PEGANG **** tak nampak lak latar belakang yg duk bagi fatwa tu.

kesimpulannya FEQAH yang dicerita disini adalah TERSURAT dan bab TAUHID yang saya ceritakan adalah TERSIRAT.

so dua dua kita kena ambil tahu baru kita tahu orang yang nak sampaikan nie tak betul coz TAUHID dia pun dan berbeza apakan lagi FEQAH dia.
so faham?

jangan suka copy paste dari web lain lepas tu jadikan dalil awak kat sini... BELAJAR tanpa MENGKAJI tak guna kan?..
maaf ler kalau ayat saya kasar saudara ENCIKZ :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Banyak yang lari dari tajuk & berforum dengan emosi,kita berbincang untuk mendapatkan ilmu. Kalau ada article yang berkaitan boleh la kita kongsikan bersama.

Perlu diingat apa yang kita belajar dari kecil tidak semestinya betul, sebagai contoh dulu masa kecik saya diajar hukum HUDUD ini tidak sesuai di Malaysia, tetapi bila dah besar ternyata apa yang diajar dulu adalah salah.

Teruskan berforum dengan ilmiah.
 
apa yg ko cakap ni tudung34, baca la post aku biar bagi paham dulu...

aku ni mazhab syafie la...

ini tindakan saudara kalau ada orang quote saudara punya post tanpa membaca dengan paham betul tak?

begitulah saya kalau saudara tak baca post saya dengan jelas dan paham saya akan bahas balik...

so dun angry ler kalau orang dah fitnah saudara tadi...
maafkan saudara TUDUNG34 tu k... :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Banyak yang lari dari tajuk & berforum dengan emosi,kita berbincang untuk mendapatkan ilmu. Kalau ada article yang berkaitan boleh la kita kongsikan bersama.

Perlu diingat apa yang kita belajar dari kecil tidak semestinya betul, sebagai contoh dulu masa kecik saya diajar hukum HUDUD ini tidak sesuai di Malaysia, tetapi bila dah besar ternyata apa yang diajar dulu adalah salah.

Teruskan berforum dengan ilmiah.

forum dengan ilmiah adalah apa yang kita ketahui dan jangan copy dan paste..
apa yang kita tak tahu kita diam jangan nak jadi wali agung pulak nak berdebat..
saya setuju dengan tindakan saudara mengatakan berforum secara ILMIAH.
ayat BISMILLAH sahaja kita dah tak tau kegunaanya.. saya akui saya juga kurang tahu.
so disini please ler jangan ambil sesuatu dengan bulat bulat tanpa mengkaji..
saya terus terang mengatakan saya BENCI dengan orang yang tiada ILMU tapi mengatakan DIA PUNYA ILMU YANG TINGGI dengan cara copy dan paste FAKTA.
manusia terus belajar dan belajar...itu yang penting jangan copy and paste dan terus copy and paste...

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
maaf kepada semua yang ada disini ...saya rasa tak elok saya berdebat lagi...nanti jadi satu musyawarah diantara ULAMAK SYARIAT dan ULAMAK SUFI

ulamak sufi kata KAMI DAH MERASAI DAN BARU MENGETAHUI

tapi ulamak syariat berkata ANDA HARUS MENGETAHUI SEBELUM MERASAI..

peningkan? ini terjadi di bahgdad,iraq
 
forum dengan ilmiah adalah apa yang kita ketahui dan jangan copy dan paste..
apa yang kita tak tahu kita diam jangan nak jadi wali agung pulak nak berdebat..
saya setuju dengan tindakan saudara mengatakan berforum secara ILMIAH.
ayat BISMILLAH sahaja kita dah tak tau kegunaanya.. saya akui saya juga kurang tahu.
so disini please ler jangan ambil sesuatu dengan bulat bulat tanpa mengkaji..
saya terus terang mengatakan saya BENCI dengan orang yang tiada ILMU tapi mengatakan DIA PUNYA ILMU YANG TINGGI dengan cara copy dan paste FAKTA.
manusia terus belajar dan belajar...itu yang penting jangan copy and paste dan terus copy and paste...

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Tiada siapa disini yang mendakwa mempunyai ilmu yang tinggi, disebabkan kita tidak menerima secara bulat itu yang kita berforum.
 
Saya rasa TT dah jelaskan??? So kalo dah jelas.. tutup ajer thread nih :D
 
Back
Top
Log in Register