BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

B@bi tidak najis...?

x payah ler pening2kan kepala nak pk masalah menatang nih... kalo halal pun saya x lalu nak makan dan pegang sebab mukanya hodoh sekali :D Dan menatang nih amat pengotor.. makan apa saja... so pegang cam tuh dah ler bro :D (kalo nak pk cara simple)
 
Masalah ini adalah fekah, penceramah tu pun kata kalau ikut feqah susah, baik ikut Al-Quran dan As-sunnah! Tapi dia tak sedar ke masalah Feqah tu dari Quran dan sunnah juga.

Nak tuduh ust ni Wahabi pun aku takde bukti. Tapi ust ni macam nak menolak pandangan Imam yang 4 (Syafie, Hanbali, Maliki, Hanafi). Tapi nak suruh orang ikut pendapat dia.

Mazhab yang 4 itu bile dah dia bincangkan pasal **** dan yang berkaitnya, telah meletakkan dalil-dalilnya...dalil2 mazhab yang 4 tuh bersandarkan pada Quran dan Hadis juga.

Asyik kata saya tak jumpa dalil, saya tak jumpa dalil...yang 4 imam letak dalam kitab masing2 tu ape? Hang tak bace kitab mereka ke? Kalau hang tak bace, hang nak bahas macamane?

p/s: hati-hati la dapatkan informasi...ni zaman dajjal...akhir zaman...

mukaddimah

Berikut adalah hukum-hakam tentang ****. Semoga dapat memberi penjelasan yang dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat melayu terhadap pandangan Islam dlm perkara ini.


Makan daging ****

Ijmak para ulama mengatakan haram makan daging **** melainkan dalam keadaan darurat. Ini berdasarkan firman Allah swt:

إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم

“Allah hanya sanya mengharamkan kepadamu untuk memakan bangkai, darah, **** dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Sesiapa yang makan dalam kemudaratan tanpa melampau dan tanpa berlebih-lebihan maka dia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang. (173 : al-Baqarah)

Najisnya zat ****

Ulama Hanafi, Syafie dan Hambali telah bersepakat bahawa zat **** adalah najis. Demikian juga semua yang terpisah darinya seperti peluh, air liur dan maninya. Ini berdasarkan Firman Allah swt:

قل لا أجد فيما أوحي إلي محرما على طاعم يطعمه إلا أن يكون ميتة أو دما مسفوحا أو لحم خنزير فإنه رجس...

"Katakanlah hai Muhammad, tidak ada aku dapati dalam wahyu yang diturunkan kepadaku perkara yang haram dimakan melainkan bangkai, darah yang mengalir atau daging **** ; sesungguhnya ia adalah najis.” (145 : al-Anam)

Ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa zat **** yang hidup tidak najis.

Kulit ****, adakah boleh disamak?

Sepakat para ulama 4 mazhab menyatakan bahwa kulit **** tidak boleh dibersihkan dgn samak.

Sebahgian ulama seperti Abi Yusuf dan pendapat yang tidak masyhur dalam mazhab Maliki menyatakan kulit **** bersih bila disamak. Dr Yusuf Qardawi cenderung dgn pendapat ini dalam kitabnya Halal wal Haram.

Cara membersihkan benda yang terkena jilatan ****

Ada tiga pendapat

Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan perlu membasuhnya 7 kali dan salahs atunya dicampur dengan tanah. Ini dikiaskan dgn hukum jilatan anjing yang disebut dlm hadis.

1. Mazhab Hanafi berpendapat perlu membasuhnya 3 kali.
2. Mazhab Maliki berpendapat tidak najisnya benda yang terkena jilatan ****.

Hukum jual beli ****

Ijmak Ulama mengatakan bahawa tidak sah jual beli ****. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw:

إن الله تعالى ورسوله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

“Sesungguhnya Allah swt mengharamkan jual beli arak, bangkai, **** dan berhala.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Orang kafir ahli zimmah yang membelanya

Para fuqaha bersepakat bahawa orang kafir ahli zimmah boleh membela **** selagi mana ia tidak bersifat terang-terangan.

Ulama syafie menyatakan bahwa orang kafir ahli zimmah tidah boleh membela **** secara terang-terangan sekiranya tempat yang ada orang-orang Islam. Adapun tempat yang hanya ada orang kafir, boleh membelanya secara terang-terangan.

Menarik tentang ****

Syeikh ad-Damiri berkata “Kalau dikorek salah satu mata **** ia akan mati cepat. Kalau diikat bersama himar dengan kuat, kemudian himar kencing pasti **** akan mati. **** bercampur diantara ciri binatang buas dan binatang ternakan. Ciri binatang buas adalah taring dan makan bangkai. Ciri binatang ternakan adalah bentuk tapak kakinya dan memakan rumput.”

Mimpi ****

Mimpi jumpa **** menunjukkan kepada kejahatan, kepayahan hidup dan kemuflisan. Mimpi **** betina menunjukkan mendapat zuriat yang banyak. Siapa yang mimpi naik **** , maka dia mendapat harta dan mengalahkan musuh.

Pandangan orang melayu pada ****

Setengah orang melayu tidak menyebut **** dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut ****. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut ****.

Menyentuh **** juga tidak haram. Ada orang melayu yang mengatakan pelajar veterinar pegang **** sebagai menghina Islam. Pegang najis tidak dosa. Macamana nak basuh kencing dan berak kalau tidak boleh pegang najis.

Yang lebih malang lagi, seorang agamawan malaysia memberitahu bahwa peluk **** adalah adalah dosa besar dalam kes orang2 yang peluk **** kerana mencari nombor ekor. Dia kata mereka ini telah buat 3 dosa besar iaitu berjudi, kepercayaan sesat dan peluk ****. ini menggambarkan seolah peluk **** adalah berdosa sedangkan ia tidak haram.Berjudi dan mempercayai **** dgn kepercayaan yg sesat adalah dosa besar tapi perbuatan peluk **** adalah tidak berdosa. Tidak adak dalil dan tidak ada seorang ulama muktabar pun yg berpendapat begitu. Ia mengeluarkan hukum berdasarkan sensiviti melayu yg anti ****.

Rujukan: Mu’jam Mufahris Li Alfazul Quranul Karim, Al-Mausu’ah al-Feqhiah dan Hayatul Hayawanul Kubra oleh ad-Damiri.

akhisalman.blogspot.com
bagus cam ni laaa ada, bukan mengikut perassan tetapi ada ilmu
 
Last edited:
ini masalah feqah, bukan tauhid...nak pegang mazhab mana pun boleh kalau ade dalil yang kukuh...tp kalau apa satu pun tak tau, baik ikut mazhab yang dipegang secara tradisi dah la...

saudara encikz saya tahu ini masalah feqah tapi saya ada type WAHABI so saya melibatkan tauhid.baca dengan teliti sebelum komen k.tinggi ilmu kita bukan bermakna kita akan mudah memberi komen.kerana kita b*d0h yang pandai hanya DIA. wallahhualam.

so dalil feqah ini datang dari pandangan ulamak mana? tak tau ler nak kata wahabi atau bukan tapi lebih terjerus pada perkara tu so saya cerita pasal tauhid juga.kalau tauhid dia dah tak betul apakan lagi feqah dan yang lain lain.
 
Last edited:
Masalah ini adalah fekah, penceramah tu pun kata kalau ikut feqah susah, baik ikut Al-Quran dan As-sunnah! Tapi dia tak sedar ke masalah Feqah tu dari Quran dan sunnah juga.

Nak tuduh ust ni Wahabi pun aku takde bukti. Tapi ust ni macam nak menolak pandangan Imam yang 4 (Syafie, Hanbali, Maliki, Hanafi). Tapi nak suruh orang ikut pendapat dia.

Mazhab yang 4 itu bile dah dia bincangkan pasal **** dan yang berkaitnya, telah meletakkan dalil-dalilnya...dalil2 mazhab yang 4 tuh bersandarkan pada Quran dan Hadis juga.

Asyik kata saya tak jumpa dalil, saya tak jumpa dalil...yang 4 imam letak dalam kitab masing2 tu ape? Hang tak bace kitab mereka ke? Kalau hang tak bace, hang nak bahas macamane?

p/s: hati-hati la dapatkan informasi...ni zaman dajjal...akhir zaman...

ko x kisah ke klo ank ko pegang cik bab tu? klo anak ko main2 ngan cik bab tu? peluk2, cium2.. x kisah ke???:-?
 
Relak bro sekalian.. kita bincang dengan baik2 yer :D .. Jgn jadi thread politik lak :D
 
kita dah mazhab shafie....yg gatal pergi ikut mazhab lain napa?...mazhab lain bole guna dalam keadaan tertentu jer..
 
aku dok kat thread nie nak menambah ilmu tapi dah jadi macam carca marba plak...kesimpulannya...baik kita tanya ustaz atau org yg lebih arif tentang hal nie....jgn sampai akidah kita terpesong....jgn menjatuhkan hukum halal haram sewenangnya.....
 
Relak bro sekalian.. kita bincang dengan baik2 yer :D .. Jgn jadi thread politik lak :D

saya ada perkataan nak lafazkan.tapi takut orang cakap Islam itu pengganas. tapi kalau perbincangan tiada penyelesaian pasti ada perperangan.tapi harus dielakkan jika mampu.tapi kalau nak berperang biarlah benda yang HAK
 
aku dok kat thread nie nak menambah ilmu tapi dah jadi macam carca marba plak...kesimpulannya...baik kita tanya ustaz atau org yg lebih arif tentang hal nie....jgn sampai akidah kita terpesong....jgn menjatuhkan hukum halal haram sewenangnya.....

tahun 2006-2007 adalah seoarang hamba Allah yang hebat (hebat atas kehendak Allah) selalu lepak kat carigold nie. tapi lebih kat thread FOREX ler. tapi dia dah tak lepak lagi coz banyak petai dari otai kat thread forex tu.
so dia ini adalah seorang yang bijak ilmu agamanya diakui ramai yang jumpa dia.

ustaz begini agak susah kita nak cari kerana jarang memperlihatkan diri ,. tapi kalau kau nak cari ustaz carca marba ramai ler.
sangat rugi dia dah takda kat forum carigold nie.tanya saja kemusykilan dia akan beri dengan logik akal dan dalil dalil yang kukuh.tapi aku jarang tanya tu..aku banyak tanya forex jer.hehehehehe

so **** tu aku tak nak pegang coz aku masih kata haram.
nak tanya pendapat jangan hanya pada seorang ustaz jer coz nanti kita fanatik dengan dia pulak.

sedangkan NABI MUSA a.s pun belajar dengan NABI HIDIER. apakan lagi kita manusia yang bukan ada apa apa tittle di sisi Allah nie.
hhuhuhuhu belajar beb..kaut semua lepas tu kaji.. BACA DAN KAJI,DENGAR DAN KAJI,FAHAM DAN KETAHUI,KETAHUI DAN FAHAM.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
saudara encikz saya tahu ini masalah feqah tapi saya ada type WAHABI so saya melibatkan tauhid.baca dengan teliti sebelum komen k.tinggi ilmu kita bukan bermakna kita akan mudah memberi komen.kerana kita b*d0h yang pandai hanya DIA. wallahhualam.

so dalil feqah ini datang dari pandangan ulamak mana? tak tau ler nak kata wahabi atau bukan tapi lebih terjerus pada perkara tu so saya cerita pasal tauhid juga.kalau tauhid dia dah tak betul apakan lagi feqah dan yang lain lain.

apa yang tak kena denyan kenyataan saya?

1) Saya kata ini masalah feqah bukan tauhid. Kalau ada yang kata sembah berhala itu halal sudah tentu itu syirik sangat jelas. Dan itu masalah sembah berhala itu masalah tauhid. Tapi masalah sentuh **** dan samak ini adalah masalah feqah. Berbeza pendapat dalam masalah feqah itu rahmat. Tapi berbeza macamamane? Berbeza atas dasar ilmu atau nafsu?

2) Mengikut mazhab sunnah wal jamaah, imam mazhab feqah itu ada 4 yang utama; Shafie, Maliki, Hanbali, Hanafi. Jadi dalam bab samak bila sentuh **** ni, anda nak ikut mana antara yang 4 itu? Anda boleh ikut mana2 pun boleh antara 4 itu jika anda seorang ulama' mujtahid berilmu yang boleh mengeluarkan ijtihad. Tapi kalau anda orang awam bagaimana? Jadi ikut la mazhab tradisi tempat anda, jangan ikut syaitan.

3) Yang kecoh sangat pasal Wahabi ini ialah kekerasan pegangan mereka. Sehingga mereka ini mendakwa mereka tidak berpegang kepada mana-mana mazhab tetapi sangat berpegang teguh kepada Imam Ibn Taimiyah. Mereka juga menolak untuk berpegang kepada 4 imam mazhab feqah yang Ahli Sunnah Wal Jamaah pegang. Mereka keras pada orang Islam TETAPI lunak pada orang kafir. Lihatlah Arab Saudi yang bermazhab Wahabi Salafi.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 9199


Sumber:http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894
 
Back
Top
Log in Register