BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayan pakar IT termuda didunia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
10675555_1506138279649904_6533287777223179774_n.jpg


PERCAYA atau tidak, Ayan Qureshi yang baru sahaja berusia 5 tahun ini merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah termuda di dunia!

Budak lelaki pintar ini mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.

Malah lebih mengejutkan, kanak-kanak ini lulus dengan cemerlang sehingga memperoleh sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon yang terdiri daripada graduan dewasa.


ayan.jpg


Kanak-kanak cilik berbakat dari Coventry, England ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.

Bapanya, Qureshi, telah memperkenalkan komputer kepada Ayan sejak dia berumur 3 tahun lagi.

Melihat minat anaknya terhadap komputer, Qureshi telah membina sendiri sebuah makmal komputer bagi pembelajaran anaknya.


ayan2.jpg



ayan5.jpg


Adalah tidak mudah untuk mengajar tentang komputer di usia muda, namun bapa Ayan seorang yang optimis kerana percaya usahanya pasti akan membuahkan hasil.

Ternyata, telahannya kini jadi kenyataan.

Anak anda juga boleh menjadi seperti Ayan Qureshi, tetapi syarat pertama mestilah pandai membaca dulu..
 
kenapakah kbanyakan manusia yg bijak pandai dlm dunia ni semua berasal drpd negara barat:-?
 
cam astrok je
 
die buat ape sampai 3 skali komputer on...sepatah aram xpaham
 
takleh bayang tetibe lepak dgn budak ni kt mamak sembang psl perisian... :D
 
takleh bayang tetibe lepak dgn budak ni kt mamak sembang psl perisian... :D

bukan perisian dah kalu level nih...

tgk screen pc dia tuh.. semua mcm msdos jah..
coding software dah nih... bukan camna nak guna perisian
tp cipta perisian nih...

aku command msdos yg reti pun
format c:\
jaa :eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register