kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,717
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,717
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Keberkesanan BDA Bergantung Pada Reformasi, Integrasi Data - Pakar
Keberkesanan analitik data raya (BDA) dalam sektor perumahan bergantung pada pencapaian hasil lebih baik dan padanan lebih rapat antara bekalan dengan keperluan isi rumah serta disokong pembaharuan struktur, data bersepadu dan perancangan yang kukuh.
Bagi mengukur hasil itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) mencadangkan pengenalan “kad skor ketidakpadanan perumahan”.
“Petunjuk prestasi utama (KPI) sebenar bagi BDA seharusnya diukur berdasarkan berapa banyak keputusan perumahan yang lebih baik dapat dibuat hasil daripada data tersebut,” katanya kepada Bernama.
Muhammad Danial, yang juga pakar dasar awam Universiti Malaya (UM) berkata Malaysia boleh mengalami keadaan “terlalu banyak rumah” dan “kekurangan perumahan” secara serentak apabila unit yang tersedia tidak sepadan dengan kemampuan isi rumah atau lokasi yang mereka perlukan.
Beliau berkata BDA mesti membezakan antara keperluan dan pilihan perumahan serta kapasiti kewangan yang efektif.
Carian hartanah dalam talian atau pernyataan minat, menurut beliau tidak sepatutnya dianggap sebagai permintaan kukuh tanpa mengambil kira pendapatan, kelayakan pinjaman, penjagaan anak, pengangkutan dan perbelanjaan penting yang lain.
“Jika sistem menganggap minat dalam talian sebagai permintaan sebenar, penggubal dasar dan pemaju mungkin menerima isyarat yang salah,” katanya dan menambah data juga mesti merangkumi keluarga berpendapatan rendah yang mungkin tidak menghasilkan data carian hartanah disebabkan kekangan kewangan.
Selain itu, Muhammad Danial berpandangan sistem BDA perlu dikemas kini secara berterusan merangkumi data pergerakan penduduk, pendapatan, pekerjaan, trend sewaan, transaksi hartanah, kelulusan perancangan, kebolehcapaian pengangkutan dan pelaburan utama.