BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Askar naik ‘syeikh’, tiba-tiba ikut tarian kuda kepang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-kuda-kepang.webp

Seorang askar yang mengawal acara pertujukan kuda kepang melakukan gerakan aneh. - Instagram

JAKARTA – Satu video tular di media sosial memaparkan seorang anggota tentera melakukan gerakan aneh, dipercayai akibat dirasuk makhluk halus ketika berkawal semasa acara pertunjukan kuda kepang, lapor laman berita Readers.

Kejadian berlaku di Banyumas, wilayah Jawa Tengah.

Dalam video yang dimuat naik di platform Instagram, anggota tentera lengkap beruniform itu pada awalnya mengawal keadaan sebelum dia mula melakukan gerakan aneh.

Tatapan matanya berubah tajam, manakala badannya digerakkan mengikuti irama muzik gamelan yang dimainkan.

Dia kemudian mula menari dengan penuh bersemangat serta beberapa kali membuat gerakan tangan seperti penari kuda kepang.

Melihatkan keadaan itu, sejumlah penonton cuba menenangkan askar terbabit sebelum dia dipulihkan oleh beberapa perawat tradisional. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register