kuehsopo
Freshie
- Messages
- 49
- Joined
- Sep 16, 2010
- Messages
- 49
- Reaction score
- 2
- Points
- 11
Cemana pulak dengan tariqat Ahmadiah - cuciter..cuciter
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
sebelum aku meneruskan perbincangan suka aku nak berkongsi sedikit pengalaman dalam bertoriqat ni.... tujuan aku berkongsi pengalaman ni bukanlah nak bermegah2, malah jauh sekali berperasaan riak dan takabbur... ramai org terkeliru dgn hal toriqat ni, bahkan mereka2 yg bergelar khalifah atau mursyid sekalipun masih ramai yg tidak faham dgn ajaran yg sebenar... pertama kali aku mengambil toriqat iaitu pada tahun 1996 di Spg Pulai Ipoh iaitu dgn Tuan Hj Mokhtar Jamin An-Naqsyabandiyah Al-Kholidiyah... kemudian pada tahun 2005 aku berbai'at dgn Pak Guru Zuki As-Sujjak iaitu wakil talqin Toriqat Qodiriyah Wa Naqsyabandiyah (TQN) di Kuala Nerang Kedah... dlm pada itu aku berkesempatan menziarahi tuan guru mursyid TQN iaitu Syaikh Ahmad Sohibul Wafa Tajul Arifin yg lebih dikenali sebagai Abah Anom di Pondok Pesantren Suryalaya, Tasik Malaya Jawa Barat, Indonesia... TQN telah bertapak di Malaysia di bawah pimpinan Ayahanda Tun Sakaran Dandai iaitu bekas Ketua Menteri Sabah... TQN juga telah menubuhkan Pondok Remaja Inabah yg bertempat di 4 buah negeri bagi program pemulihan kenakalan remaja dan Al-HamduliLLah Kementerian Dalam Negeri telah memberi mandat kpd TQN utk menjalankan program pemulihan di sebuah pusat serenti... aku juga dapat ziarah beberapa org mursyid spt Tok Ayah Syaikh Mahmood Al-Majzub dan beberapa tokoh lagi di sekitar nusantara... pada tahun 2009 aku telah diijazahkan sebagai khalifah oleh Tuan Guru Syeikh Hasyim As-Syarwani An-Naqsyabandiyah Al-Kholidiyah iaitu Tuan Guru Babussalam, Langkat Sumatera Utara, Indonesia... oleh kerana itu aku kerap diundang ke majlis2 mufti di beberapa buah negeri termasuk di kediaman2 resmi menteri2 besar utk memberi penerangan ttg zikruLLah... melalui pengalaman inilah aku ada menulis beberapa buah buku tapi masih belum diterbitkan kerana masih terdapat kekurangan fakta di dlm isi kandungannya... syukur Al-HamduliLLah melalui beberapa muzakkarah ulama beberapa org tokoh2 salafi@wahabi di negara ini telah membuka hati mereka utk mengambil amalan ZikruLLah ini sebagai amalan peribadi melalui Toriqat.
sekian dgn ringkasnya serba sedikit pengalaman aku dalam bertoriqat.
Dasar Thoriqat
Manakala pengamalan Thoriqoh ini amat menititikberatkan kepada zikruLLah. Ajaran dalam berzikruLLah telah dicontohkan atau diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. dan disebut di dalam al-Qur’an al-Karim ang bermaksud kira-kira :
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri RasuluLLah itu contoh dan ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)” (Al-Ahzab : 21).
....bersambung