tp orang kita sekarang...selamba aje pakai santa clause..dengan topi nya....yang paling teruk anak2 kita dah mula tertarik dengan santa clause...dan percaya dgn santa clause membawa hadiah.....
itu lah realiti sekarang....
Menyamatarafkan semua agama salah satu cabang pemikiran yang disebarluaskan oleh mereka yang berfahaman sekularisme (memisahan agama daripada kehidupan). Berdasarkan 3 doktrin:
i. Kebenaran agama itu bersifat subjektif. Bermaksud pemeluk agamanya menilai bahawa agamanya yang benar manakala agama lain itu salah.
Oleh kerana itu semua agama bersifat demikian maka orang lain tidak boleh dipaksa untuk mengikuti agama selain daripada agamanya. Oleh kerana itu taraf semua agama adalah sama.
ii.Akibat daripada doktrin yang pertama tadi iaitu semua agama mempunyai taraf yang sama, maka sesuatu agama itu tidak boleh mendominasikan agama lain.
Jika ini berlaku bermakna adanya pemaksaan terhadap untuk mengikuti ajaran yang bukan daripada agamanya.
iii. Oleh kerana itu untuk mengatur kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, maka perlulah ada peraturan bersama yang nilai mampu untuk diadaptasi
ke atas semua agama ataupun fahaman yang berkembang ditengah masyarakat.
Penyamatarafkan semua agama ini menyebabkan sebahagian umat islam memandang rendah bahkan tidak suka, menjauhi dan memusuhi agamanya sendiri.
Mereka merasakan telah menjadi masyarakat yang modern yang mana apabila menerapkan aturan yang bersifat ‘demokratik dan aspiratif’ yang sebenarnya adalah melepaskan diri daripada agama, termasuklah islam.
Malah ada juga mengecam aturan Islam dengan mengatakan ianya ketinggalan zaman ataupun kejam, malah sesiapa sahaja ingin menerapkan hukum islam dianggap sebagai fanatic, fundamentalis, ekstremis agama.
Di Malaysia, kita boleh menyaksikan dengan jelas peraturan bersama yang dicipta bersama orang kafir ialah konsep ‘Kongsi Raya”.
Semua penduduk malaysia dikehendaki merayakannya dengan alasan bahawa ianya adalah perayaan kaum di malaysia.
Samada mereka sedar atau tidak, umat islam yang bersikap demikian bermakna menentang islam.
Mereka membawa diri mereka kedalam jurang kesesatan.
Mereka lupa seorang muslim wajib yakin bahwa hanya islam sahaja diredhai Allah.
Akibat daripada fahaman penyamaantaraf agama, umat islam samada di malaysia maupun dinegara islam lain tidak akan merasa apa-apa ketika menyaksikan kehidupan mereka tidak diaturkan dengan peraturan islam.
Pemikiran islam, peraturan islam, penyelesaian islam dan aqidah islam adalah satu-satu cara dan jalan penyelesaian masalah kehidupan manusia.
ASAS kehidupan yg dipaparkan diats adalah cabang pemikiran yg lahir dpd sekularisme. Manfaat telah dijadikan standard dalam setiap penganut setianya.