flyangler
Fun Poster
- Messages
- 218
- Joined
- Jan 23, 2011
- Messages
- 218
- Reaction score
- 3
- Points
- 15
Assalamualaikum warga CG....
aku tak pasti samada perkara ni penah dibincangkan atau tidak sebelum ni tapi pada hakikat, dengan KehendakNya aku cuba menyusun posting ni dari lepas isya' tadi lagi... moga2 apa yg cuba aku sampaikan di sini hanyalah sebagai informasi kpd mereka yg mencari kebenaran sahaja... aku taknak berhujjah apa2 ttg perselisihan atau perbezaan mana2 pendapat di sini... sesiapa yg sudi membacanya aku persilakan tapi bagi yg sebaliknya tak perlu nak komen apa2, abaikan aje thread ini.
____________________________________________________________________________________________________________________
Qola RosuluLLah SAW. :”Lamma Usriya bihi inni uridu an akhruja ilaa Quraisyin Fa akhbiruhun Fakadzdzabuhu Fashoddaqohu Abu Bakrin Rodliyallohu ‘anhu Fasummiya yaumaidzin Ash-shidqu.”( ‘An Ummi Hani-Rowahu Thabroni Tafsir Durul Mansur-VI/hal.158). Ertinya : Sabda RasuluLLah SAW, “ Semasa aku di isra’kan, ketika itu aku hendak keluar untuk menyampaikan kepada kaum Quraisy, kemudian aku menceritakan kepada mereka lalu mereka mendustkannya. Dan yang membenarkan hanyalah Abu Bakr RodhiyaLLahu ‘anhu. Maka pada hari itu ia aku gelarankan ‘ AS-SHIDDIQ’ “.
Keterangan :
1. Nama asal Abu Bakr ialah Abdul Ka’bah, kemudian RasuluLLah SAW memberikan namanya kepada Abdullah. Ayahnya bernama Abi Qukhafah. Beliau lahir di Makkah setelah peristiwa Fiel (Gajah) berselang dua tahun 14 hari.( Menurut dari Kitab Nurul Absor, halaman 59).
2. Oleh kerana beliaulah satu-satunya sahabat Nabi yang paling awal menerima kebenarannya peristiwa isra’ wal mi’raj, maka RasuluLLah SAW memberikan gelaran As-Siddiq kepadanya, sebagaimana tersebut dalam hadith diatas.
3. Menurut kata Sayidina Ali KarramaLLahuwajhah yang bermaksud “ Sesungguhnya ALLah Ta’ala telah menurunkan nama Abu Bakr dari langit As-Siddiq kerana dia telah menerima kebenaran kabar Isra’.(Kitab Nurul Absor,hal 59 Taliiq As-Syikho mu-min).
4. Abu Bakr juga menyerahkan jiwa dan raga serta harta benda bagi membantu RasuluLLah SAW untuk menyampaikan risalah TAUHID. Oleh yang demikian RasuluLLah SAW bertanya kepada beliau “Apa lagi yang engkau ada wahai sahabatku, semuanya telah engkau belanjakan ke jalan ALLAH”. Lalu beliau menjawab “Aku hanya ada ALLAH dan Rasul”. Lantaran itulah baginda RasuluLLah SAW telah menghadiahkan amalan peribadinya mengenai ilmu keTuhanan kepada Abu Bakr As-Siddiq R.A. iaitu ZIKRULLAH. Maka bermulalah perjalanan seorang hamba bagi menuju kepada Khaliqnya yang dinamakan THORIQAT.
Asal Thoriqat dinamakan AS-SIDDIQIYYAH iaitu sempena amalan khususiyah Saiyyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A. Oleh kerana perubahan nama-nama di dalam salsilah THORIQAT ini maka terhasil pelbagai nama Thoriqat sehinggalah ke zaman mutakhir ini.
Perubahan Nama-nama Salsilah Thoriqat menurut ASY-SYAIKH MUHAMMAD AMIN KURDI AL IRBILI (Kitab Tanwirul Qulub).
Sedikit sejarah tentang Syaikh Muhammad Amin Kurdi :
Asy Syaikh Al Imam Syihabuddien Abi Abdillah Yaquti bin Abdillah Al Hamawi Ar Rummi Al Baghdadi, wafat pada tahun 626 H = 1228 M.
Beliau menyusun kitab yang namanya “ MU’JAMUL BULDAAN “ ertinya Kumpulan Nama-nama Negara, terdiri dari 5 jilid besar, tiap-tiap jilidnya berisi 540 halaman. Dalam buku jilid I, halaman 138, diterangkan bahawa “ Ada sebuah negeri yang namanya “ IRBIL “ . Irbil tersebut ada 2 keadaan :
1. Negeri IRBIL termasuk wilayah Iraq yang jaraknya dengan kota Baghdad jika berjalan kaki mengambil masa 7 hari.
2. Negeri IRBIL yang kedua terletak di pesisir termasuk wilayah Syam.
Di negeri Irbil termasuk wilayah Iraq yang dekat kota Mousol, yang kota Mousol itu ada makam NabiyuLLah Yunus A.S. maka disitu lahirlah seorang “ ULAMA TASAWWUF” yang besar namanya, “ ASY SYAIKH MUHAMMAD AMIN KURDI AL IRBILI “ wafat pada 12 Rabi’ul Awwal, malam Ahad, tahun 1332 H. Beliau mengarang kitab yang namanya, “KITAB TANWIRUL QULUB I FI MU’AMALATI ‘ALLAAMIL GHUYUB “ tebalnya 560 halaman.
Pada bab “ FASHLUN FI ADAABIL MURID MA’A IKHWAANIHI “ halaman 539 disebutkan demikian : “ I’LAM ANNA ALQOBAS SILSILATI TAKHTALIFU BIKHTILAAFIL QURUNI – FAMIN HADLROTISH SHIDDIEQI RODLIYALLOHU TA’ALA ‘ANHU ILASY SYAIKH THIFURI BIN ‘ISA ABI YAZID AL BUSTHOMI TUSAMMA ( SIDDIQIYYAH)”.
Ertinya : “ Ketahuilah bahwa sesungguhnya julukannya silsilah itu berbeza-beza, di sebabkan perbezaanya kurun waktu. Silsilah dari Abu Bakr As-Siddiq R.A.sampai kepada Syaikh Thoifuri bin Isa Abi Yazid Al Busthomi dinamakan SIDDIQIYYAH “.
Jadi “ SIDDIQIYYAH “ itu bukan nama ajarannya akan tetapi nama silsilahnya iaitu dari ABU BAKR AS-SIDDIQ R.A. sampai kepada Syaikh THOIFURI BIN ISA ABI YAZID AL BUSTHOMI lalu dinamakan Toreqat SHIDDIQIYYAH.
Ketahuilah bahwa ilmu yang khusus mengenai rahsia “ISMUDZ DZAT ( ALLAH )”, itu dilimpahkan oleh RasuluLLah SAW kepada ruhaniah Abu Bakar As-Siddiq R.A. Manakala rahsia “ LAA ILAHA ILLALLAH “ itu pula dilimpahkan kepada ruhaniah Sayidina ALI KarramaLLahu Wajhah.
Kemudian Sayidina ALI K.R.W., mengambil zikr ISMUDZ DZAT ( ALLAH) ini dari ABU BAKR AS-SIDDIQ R.A. Manakala seorang lagi sahabat iaitu SALMAN AL FARISI juga mengambil zikr ISMUDZ DZAT (ALLAH) ini dari ABU BAKR AS-SIDDIQ R.A.
Adapun ABU BAKR dan sahabat-sahabat yang lainnya ( rodhiyaLLahu’anhum) mengambil zikr LAA ILAAHA ILLALLOH dari sahabat ALI KarramaLLahu Wajhah.
Dengan Demikian maka SILSILAH SIDDIQIYYAH itu ke bawah ada yang melalui Sayidina ALI ( karramaLLahu wajhah) dan ada yang melalui SALMAN AL-FARISI RodhiyALLahu anhu.
SILSILAH TOREQAT SIDDIQIYYAH ke bawah yang melalui SALMAN AL-FARISI, dinukilkan dari kitab TANWIRUL QULUB.