BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS lulus jualan senjata RM7.9 bilion kepada Arab Saudi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,772
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,772
Reaction score
289
Points
146

AS lulus jualan senjata RM7.9 bilion kepada Arab Saudi​

3583898.webp

Arab Saudi merupakan antara sekutu utama bukan anggota NATO yang menjalin kerjasama pertahanan rapat dengan Washington. - Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan senjata bernilai AS$1.96 bilion (RM7.9 bilion) kepada Arab Saudi ketika konflik di Asia Barat terus memuncak.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan penjualan itu akan menyokong dasar luar serta kepentingan keselamatan negara tersebut.

"Cadangan penjualan ini akan menyokong objektif dasar luar dan keselamatan negara Amerika Syarikat dengan meningkatkan keupayaan keselamatan sekutu utama bukan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menjadi faktor kepada kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di rantau Teluk," menurut kenyataan itu.

Arab Saudi merupakan antara sekutu utama bukan anggota NATO yang menjalin kerjasama pertahanan rapat dengan Washington.

Kelulusan penjualan senjata itu diumumkan ketika ketegangan dan konflik di Asia Barat terus meningkat susulan peperangan yang melibatkan beberapa negara di rantau tersebut.-AFP

 
Back
Top
Log in Register