BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arahan PMO nilai syarikat diterima menerusi MoF, mahkamah diberitahu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Arahan PMO nilai syarikat diterima menerusi MoF, mahkamah diberitahu​

3d233a34-9c00-4cc6-917a-6855a8950f6e-muhyiddin-yassin-bernama-210826-1.jpg

Presiden Bersatu Menteri Muhyiddin Yassin berdepan empat pertuduhan salah guna keduduka meminta rasuah RM225.3 juta bagi pihak parti daripada Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, Azman Yusoff, dan KCJ Engineering Sdn Bhd. (Gambar Bernama)

Rosni Yusoff, yang mempengerusikan jawatankuasa penilaian kontraktor Jana Wibawa di bawah Bahagian Perolehan kementerian itu, dalam keterangan sebelum itu menyatakan PMO atau perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, tidak campur tangan dalam proses membuat keputusan jawatankuasa tersebut.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan rasuah Muhyiddin.

Ketika disoal balas, Rosni, 54, bersetuju dengan peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani, bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan daripada PMO, dan Muhyiddin mahupun PMO tidak campur tangan dalam proses atau keputusan mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Namun, semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat, Rosni diminta menjelaskan jawapan diberikan kepada Chetan, dilihat bercanggah dengan penyataan saksinya bahawa jawatankuasa itu tidak akan menilai syarikat yang tidak disyorkan PMO.

“Saya menerima arahan melalui satu memo, dan memo itu adalah daripada PMO kepada pejabat menteri kewangan.

“Pejabat menteri kewangan kemudian menghantarnya kepada setiausaha Bahagian Perolehan, yang mencatat minit kepada saya. Dari situ, kami akan menilai syarikat yang terlibat dan selepas penilaian selesai, membawanya ke jawatankuasa penilaian kontraktor Jana Wibawa.

“Ya, apabila keputusan dibuat, tidak ada campur tangan PMO. Bagaimanapun, arahan yang kami terima untuk menilai syarikat-syarikat tersebut datang daripada PMO melalui pejabat menteri kewangan,” katanya.

Presiden Bersatu, Muhyiddin, 79, berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta rasuah RM225.3 juta bagi pihak parti daripada Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, Azman Yusoff, dan KCJ Engineering Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu juga berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM200 juta yang didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu di AmBank dan CIMB Bank.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu, antara 1 Mac 2020 dan 8 Julai 2022.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Nurdin bersambung pada 26 Ogos.
 
Back
Top
Log in Register