BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APM Bantu Pindahkan Pesakit 300kg Ke HSNZ Guna Lori

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ba0f34488460a32639b4b6fcc4eda19d6996d9a3c34b0

Kakitangan Hospital Besut dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut berganding bahu memindahkan pesakit obesiti, Muhammad Azrol Haffiz Juraimi, 28, dari Unit Kecemasan Hospital Besut ke dalam lori 5 tan milik APM untuk dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut hari ini berjaya memindahkan seorang pesakit yang memiliki berat lebih 300 kilogram (kg) dari Hospital Besut di sini ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Mohd Fazlien Jaafar berkata lelaki berusia 28 tahun itu berdepan kesukaran untuk dibawa menaiki ambulans atau kenderaan biasa berikutan saiz badannya, menyebabkan pihaknya menggunakan lori APM.

“APM menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pagi tadi meminta bantuan khidmat khas membawa pesakit yang terpaksa ditidurkan tersebut ke HSNZ.

“Semalam kami (APM) telah membawa pesakit yang sama dari rumahnya di Kampung Padang Luas ke Hospital Besut dengan lori sama, dan hari ini pesakit itu terpaksa dirujuk pula ke HSNZ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata lima anggota APM Besut bersama sebuah lori terlibat dalam operasi sekitar 12 tengah hari tadi.

Mohd Fazlien berkata lori yang membawa pesakit dengan diiringi pegawai perubatan dan beberapa petugas Hospital Besut itu selamat sampai di HSNZ pada 2.30 petang tadi.

Sementara  itu, abang pesakit, Muhamad Shafik Juraimi, 33, berkata adiknya Muhammad Azrol Haffiz, 28, dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut kira-kira 8 malam tadi kerana terdapat jangkitan pada kakinya.

“Pada mulanya kami hubungi ambulans tetapi apabila ambulans sampai didapati adik saya yang ketika itu sedar dan boleh berjalan dengan bantuan tidak dapat masuk ke dalam kenderaan tersebut kerana keadaan fizikalnya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Besut di sini hari ini.

Muhamad Shafik berkata berat badan adiknya yang masih bujang itu meningkat secara mendadak sejak awal tahun lepas selepas kakinya membengkak.

 
Back
Top
Log in Register